Rabu, 8 Oktober 2014

SPA DAN KITA



Assalamualaikum,
Ramai yang suka ke spa, tapi kak ummu biasanya buat spa kat rumah je. Beli je peralatan spa dan buat sendiri .Lebih jimat , yelah di zaman ekonomi yang serba canggih  dan menjunam tinggi ni. Tapi bagi yang ada duit  ok je  mengunjungi spa .Tak salah memanjakan diri setelah seharian berpenat lelah. 

Apa-apa pun kita lihat dulu apa yang kita perlu fikir sebelum kita pergi buat rawatan SPA .
iaitu tentang rawatan,duit dan berapa jauh SPA tu dari tempat tinggal kita (sumber : Times UK) 

 Jenis SPA

Sebelum kita mula, jom kita lihat jenis -jenis SPA yang biasanya beroperasi diluar sana : 
  
 1. "DAY SPA" - jenis ni menawarkan perkhidmatan profesional kepada pelanggan  selama satu hari atau kutan , dimana pelanggan pilih rawatan ,kemudian buat rawatan  dan bayar. Biasaya rawatan lebih kurang 30 minit - 1jam . Bolehlah menghilangkan stress di tempatkerja  atau dalam perjalanan yang sesak. SPA  begini biasanya tidak sediakan kad  ahli  atau diperlukan  bermalam. 
Oklah,,,, bagi yang hendak ke spa tu elok tahu serba sedikit tentang bayaran perkhidmatan yakni sebagai garis panduan  supaya tidaklah terkejut bila dah siap buat rawatan nanti  ,, sebab ada spa yang tulis harga dan ada yang tak tulis harga rawatan .

2"SPA DESTINASION " - jenis ni bisanya berada dihotel atau resort , dimana kita menginap di hotel berkenaan dan disitu ada buat rawatan ,,tak kiralalah rawatan muka , rawatan  urut, aktiviti gymnasium, nasihat cara pemakanan sihat dan turunkan berat badan . Sekarang makin popular. 

3. " MEDICAL SPA"- sangat tidak popular dimalaysia tapi popular di Thailand. biasanya ada urutan untuk melegakan seperti urut tradisioanal ,aromatherapi , bekam , akupunture juga . 

Disini kak ummu turnkan garis panduan perkhidmatan di SPA ::

1. Rawatan 
Carilah dalam internet atau melalui surat khabar .tentang jenis urutan atau rawatan muka atau apa2lah yg nerkaitan dengan SPA . Fikir apa yang  kita perlukan .Kalau boleh buat kat rumah sendiri buatlah sendiri . Contohnya lulur atau orang putih kata ' body scrub' . iIanya sangat senang dan boleh dibuat sendiri ,tak kiralah guna serbuk kopi .serbuk halia thampas teh atau garam bukit. Ianya sangat membazir kalu di buat kat SPA. Kata  ” Alexia Brue – spa expert and writer of “Cathedrals of the Flesh”, a book about Eastern European baths. Kak ummu pun punya pendapat yang sama hehehe.
Antara rawatan yang kita boleh dapat  DI SPA:
  1. Aromatherapy
  2. Bathing or soaking
  3. Body wraps
  4. Facials
  5. Massage
  6. Nail care
  7. Nutrition and weight guidance
  8. Personal training
  9. Skin treatment
  10. Yoga and meditation
  11. Waxing
  12. Hair care
  13. Beauty care
Kak ummu cadangkan kita fikir berapa banyak duit  yang nak dibelanjakan untuk rawatan ,atau kita fikir nak buat apa kat SPA ,nak buat facial ke , nak urut swedish ke atau nak mandi ais ke atau nak buat urutan relak. atau nak buat semua sekali . terpulanglah . Barulah Cari spa dan bandingkan harga . kemudian buat rawatan . yang penting survey dulu. 

2. WANG  
“Choose a spa you can afford. Anxiety from overspending will negate benefits of relaxation.” Alexia Brue

A general guide for prices at a day spa in Malaysia is as follows:( Tahun 2011)
  1. A 30min traditional massage on specific body part (foot massage, neck massage) starts from RM35.
  2. A 60min full body traditional massage starts from RM60.
  3. A specialty massage like hot stone therapy is more expensive, and may start from RM75. It may also run a little longer than 60min.
  4. A basic facial that consists of cleansing, exfoliating and moisturising regime usually starts at RM120. Adding special masks, serums or eye treatments, skin-type specific treatments (sensitive skin, oily skin) or beauty treatments (brightening, scar-reducing, anti-aging) and impurities extraction will make it more expensive, sometimes up to RM400 per 60min session. The duration of the facial also differs from one treatment to another
  5. A 30min body scrub starts from RM80, body wraps and slimming body mask treatments start from RM180.
  6. A 60min spa manicure or pedicure starts from RM80, intensive hand or feet treatment can start from RM120.
Face waxing starts at RM20, while bodyworks (bikini line, half-body waxing, full-body waxing) can start from RM80.
  1. A simple wash-and-blow hairstyling service starts from RM80; special treatments like hair colouring, rebonding or curling may go as high as RM400 per treatment.
Kos di atas tak termasuk cukai tdan tips  Kalau nak bagi tip pada SPA terapi bolehlah bagi rm 10 -30  sudah cukup. Ini kerana kemahiran tangan spa terapi tidak sama . Harga di SPA destinasi  dan SPA perubatan adalah lebih mahal  sebab ia melibatkan makanan ,tempat tinggal  dan peralatan perubatan.  

DAH MALAS TRANSLATE SO BACALAH SENDIRI DAN FAHAMILAH 

3. DESTINASI

“Think about where you are going. For luxury, the best spas in the world are in SouthEast Asia. They combine views, water, climate, and design. America offers the best body treatments, and Eastern Europeans give the best facials anywhere.” Geraldine Howard – founder of Aromatherapy Associates
One would normally pick a day spa destination depending on where you live and/or work. But sometimes, depending on the treatment and budget that you set aside, the closest day spa to you may not fit your requirements.  And sometimes you would like to pick a spa at the place where you intend to holiday.
To choose a spa destination and/or a destination spa (see definition above), you need to check these additional considerations:
  1. Can you give up caffeine, cigarette and alcohol? Some spas only serve ‘clean’ food and forbids negative behaviours such as smoking.
  2. What do you want to eat? Check the food and beverage policy. A weight-loss retreat may put you on a fasting diet, or a restricted-calorie diet. Other kind of retreats may not have any restrictions on diet at all. On the other hand, you may require special diet yourself if you have a health condition like diabetes or high-cholesterol or food allergies; or for personal or religious reasons like if you are a vegetarian or a Muslim that requires all your food to be Halal.
  3. Do you like indoor or outdoor activities? Decide if pilates and yoga, or rock-climbing and canopy-walking, is your thing. Some spas offer a combination of both, while others specialize in indoor or outdoor activities.
  4. Who do you want to be at the spa with you? Some spas are gender-specific or age-specific, there are also spas that offer couple treatments only.
  5. How do you feel about being lectured? Wellness retreats especially will have an educational component to it. Participants will be be given lessons on healthy eating, relaxation techniques, cooking and even grooming as part of the program.
  6. Luxury or rustic? Different spas are located in different geography. Not only that, the level of luxury also differs from one spa to another. If luxurious accommodation in a tropical setting is important to you, then head to the 4-5 star spa resorts in the tropics. If you don’t mind rustic, basic accommodation, well, anything will do. Do you want to be in the city or be one with the nature?  To put it simply, check out the facilities and star rating of the spa.
Helpful links:
  1. Spa Review Malaysia – a review site of spas in Malaysia.
  2. KL Spas – a guide to spas in and around Kuala Lumpur, the capital of Malaysia.
  3. Medical Tourism in Malaysia – the official site for healthcare and medical tourism by Ministry of Health, Malaysia.
  4. Experience Malaysia – a resource for Malaysian tourism information.
**********************
This post is written by using materials and information from Spa, wikipedia and “How to choose a destination spa” articles by CareFair andAbout.com

 

Selasa, 19 Ogos 2014

Jangkitan Vagina: Bakteria Vaginosis

Apakah bakteria vaginosis (BV )?

Biasanya vagina kita dipenuhi oleh microorganisma atau flora flora yang hidup secara harmoni dan ia berfungsi sebagai satu benteng barisan hadapan yang mencegah bakteria bakteria luaran yang merbahaya dari menakluki vagina dan membawa penyakit. Hampir 95 % daripada flora flora yang menduduki vagina ini ialah lactobasilus, i.e bakteria yang baik dan 5 % adalah fungus seperti candida and bakteria yang  merbahaya seperti streptoccoccus dan sebagainya. Kehadiran bakteria merbahaya dan fungus tidak memberi masalah kerana populasi mereka kecil dan dikawal oleh populasi lactobasilus yang lebih dorminant. Keseimbangan eko-sistem ini sangat penting yang menjamin kesihatan vagina.
Bakteria vaginosis atau BV terjadi apabila komposisi atau populasi flora di dalam vagina telah berubah. Dengan BV, terdapat peningkatan dalam bakteria berbahaya dan penurunan dalam bakteria baik. BV adalah jangkitan vagina yang paling biasa di kalangan wanita yang telah berkahwin.
Apa yang menyebabkan BV ?
Terdapat perkara-perkara tertentu yang boleh mengganggu keseimbangan normal bakteria dalam vagina dan membunuh bakteria yang baik seterusnya meningkatkan risiko anda mendapat BV:
1. Douching atau mencuci vagina terlalu kerap
2. Pasangan anda mempunyai pasangan seks yang lain selain anda (poligamous relationship or marriage)
3. Anda mempunyai pasangan seks baru atau anda menpunyai ramai pasangan seks
4. Penggunaan alat IUD
IUCD infected
5. Penggunaan antibiotik 
6. Stress, tekanan yang berpanjangan
BV adalah lebih biasa di kalangan wanita yang aktif secara seksual. Anda tidak boleh mendapat BV daripada   tandas ,tempat tidur , kolam renang atau  menyentuh objek di sekeliling anda
Apakah tanda-tanda BV ?
Watery Froty vaginal discharge
Wanita dengan BV mungkin mempunyai discaj atau keputihan yang tidak normal dengan bau vagina yang tidak menyenangkan seperti bau ikan, terutamanya selepas hubungan seks. Bau yang busuk dan kuat ini juga boleh di hidu dari jauh oleh orang disekelilig kita. Discaj yang keluar berwarna putih susu atau kelabu dan ia juga boleh menjadi berbuih atau berair. Gejala-gejala lain mungkin termasuk rasa ‘panas’ ketika kencing , gatal-gatal di sekeliling luar faraj, dan ketidakselesaan. Tetapi ada sesetengah wanita dengan BV tiada gejala sama sekali.
Bagaimana saya boleh mengetahui jika saya mempunyai BV ?
Terdapat satu ujian untuk mengetahui jika anda mempunyai BV. Doktor mengambil sampel cecair dari faraj anda dan ia telah diuji. Doktor anda juga boleh melihat tanda-tanda BV semasa pemeriksaan faraj. Untuk membantu doktor anda mencari tanda-tanda BV atau jangkitan lain.
Bagaimana BV dirawat?
BV dirawat dengan ubat-ubatan antibiotik yang ditetapkan oleh doktor. Doktor anda boleh memberikan anda sama ada metronidazole  atau clindamycin. Secara umumnya, rakan kongsi seks lelaki wanita dengan BV tidak perlu dirawat. Walau bagaimanapun , BV boleh disebarkan kepada rakan-rakan wanita. Anda boleh mendapatkan BV lagi walaupun selepas dirawat.
Adakah ia selamat untuk merawat wanita hamil yang mempunyai BV ?
Semua wanita hamil dengan gejala BV perlu diuji dan dirawat jika mereka mempunyai gejala gejala BV.  Ini adalah penting terutamanya untuk wanita hamil yang pernah mengalami kelahiran pramatang pada masa lalu. Jika tidak dirawat, ia boleh mengancam kandungan anda dan meyebabkan kelahiran pramatang berulang lagi.

Bolehkah BV menyebabkan masalah kesihatan?

BV boleh menimbulkan masalah dan komplikasi  jika tidak dirawat
1. Kelahiran Pramatang (Premature labour)
2. Penyakit keradangan pelvis atau PID:  sejenis jangkitan yang boleh menjejaskan rahim wanita , ovari dan tiub fallopion.
3. Berisiko tinggi untuk mendapat HIV dan jangkitan kelamin (STI ) yang lain seperti chlamydia dan gonorea.

Isnin, 18 Ogos 2014

Faedah steam muka & Tips buat steam di rumah

 

320190_273446839426978_433893901_n
Steam atau wap panas merupakan salah satu cara terbaik untuk membersihkan kotoran di muka. Steam juga baik untuk menghindari pori-pori tersumbat dan jerawat / jeragat.
Jika Anda nak jimatkan wang atau pun malas nak pergi di salon / spa, maka lakukanlah steam di rumah. Berikut ini tips untuk melakukan steam di rumah, seperti yang dikutip dari become gorgeous.
Bagi pemilik wajah berminyak, steam boleh dilakukan setiap hari. Sedangkan bagi yang memiliki kulit kering, sebaiknya melakukan steam seminggu sekali.
Sebelum melakukan rawatan steam, bersihkan muka supaya bebas dari berminyak dengan menggunakan sabun mild tanpa wangian yang boleh elakkan iritasi. Rebus segayung air dan tambahkan irisan lemon atau minyak esensial seperti lavender, chamomile atau rosemary agar lebih banyak manfaat yang didapat.
steam muka 4
Dekatkan wajah (muka) ke air panas tersebut. Jangan lupa meletakkan tuala di kepala belakang untuk mencegah wap air keluar. Ini adalah untuk menjaga agar steam lebih efisien. Jangan lupa untuk menutup mata dan mulut saat melakukan perawatan ini. Lemon atau minyak esensial dalam air dapat membuat mata pedih.
Tunggu selama 15 hingga 20 menit hingga wap menghilang. Namun jangan melakukan perawatan ini lebih dari 20 menit. Untuk kulit sensitif, sebaiknya melakukan steam selama 10 hingga 15 minit saja. Setelah selesai rawatan steam, bersihkan muka Anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih.
Setelah wajah muka Anda sudah bersih dan pori-pori telah terbuka, sebaiknya Anda melakukan rawatan masker wajah supaya masker tersebut masuk ke dalam pori-pori



Kebaikan air kelapa



Minum air kelapa adalah menakjubkan sihat untuk badan kita dan seterusnya membaca artikel ini memberikan anda maklumat lanjut mengenai manfaat air kelapa.
Air kelapa mengandungi vitamin dan mineral, kalium, gula, sodium, protin dan serat yang anda boleh mendapatkan apabila minum air kelapa yang tulen. Air kelapa muda mempunyai banyak manfaat kesihatan yang terbukti dan diuji oleh banyak umat seluruh dunia. Air kelapa membantu meningkatkan imuniti anda untuk menghilangkan penyakit-penyakit dan jangkitan dan membuang toksin yang berbahaya kepada sistem kami.
Air kelapa yang berfungsi sebagai ubat yang hebat untuk masalah buah pinggang seperti batu buah pinggang dan jangkitan saluran kencing (UTI). Ia mengekalkan baki keasidan buah pinggang anda dan mengurangkan saiz batu-batu dalam buah pinggang dan akhirnya menolak mereka keluar dari saluran kencing anda.
Mengekalkan diri sendiri Diet? Menurunkan berat badan dengan selamat dan secara semulajadi dengan minum air kelapa sebagai sebahagian daripada diet dailt anda.Ia adalah lebih dinasihatkan supaya meminumnya setiap pagi apabila anda bangun. Dan memakan satu kelapa hijau sehari, penurunan berat badan akan dipatuhi.
Air kelapa adalah kaya dengan kalium. Malah, ia juga mengandungi kalium yang lebih banyak berbanding dengan pisang. Selepas senaman yang berat, tubuh memerlukan air untuk menggantikan cecair yang telah dimakan oleh berpeluh. Minum air kelapa adalah alternatif yang positif untuk menyuburkan dan menampung badan. Lebih baik daripada apa-apa minuman tenaga, minuman isotonic ini adalah rendah kalori, rendah lemak dan bebas kolesterol.
Minum air kelapa adalah bermanfaat untuk pesakit-pesakit dengan kencing manis. Ia mengekalkan baki tahap gula dalam darah anda. Ini adalah rendah dalam gula, kalori dan natrium yang kebanyakan minuman ringan dan jus komersial mempunyai. Kerap minum air kelapa akan pasti memberikan anda hasil yang berjaya.
Masa terbaik untuk minum air kelapa adalah setiap pagi selepas anda bangun. Satu kelapa sehari adalah cukup baik. Makan selepas Mencincang badan untuk membuat lubang. Mendedahkannya ke udara akan menyebabkan penapaian mengambil tempat. Rasa tidak akan sama seperti segar sebagai sebelum selepas dua-tiga jam.
Beruntung bagi orang-orang yang mempunyai pokok-pokok kelapa di belakang rumah mereka kerana mereka boleh dengan mudah mendapatkannya – percuma. Anda boleh membeli kelapa muda yang hijau di Resort Pantai, perhentian lebuh raya, Taman dan pasar awam. Jadi jika anda rasa anda mahu minum kemudian keluar dan mengambil.

Ahad, 17 Ogos 2014

Penjagaan selepas bersalin secara Ceasarean


Sekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean, penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina. Luka akibat pembedahan memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.
Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu;

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.  Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.
                 # Remedy homeopathy membantu menyembuhkan luka pembedahan

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.


6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko  jangkitan kuman. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, anda juga boleh dapatkannya di farmasi.
 TISU GULUNG digunakan untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung semula.

9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.Tisu gulung digunakan untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung semula.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

# Walaupun luka sudah sembuh dan kuat, sesekali anda akan terasa ngilu dibahagian parut luka terutama apabila melakukan kerja yang memerlukan anda mengangkat barang yang berat.


Bilakah boleh mandi selepas bersalin cesarean?

Mandi selepas bersalin cesarean ada dua cara - bergantung kepada bagaimana luka anda dijahit.

1. Kalau luka anda dijahit dibahagian luar (cara nak tahu… kat bahagian tepi kiri dan kanan diletakkan pin macam butang, dan anda diminta untuk datang ke hospital seminggu selepas pembedahan untuk membuka butang) - maka anda hanya boleh mandi selepas butang dibuka.

2. Kalau luka anda ditutup dengan gam, biasanya selepas keluar dari hospital dah boleh mandi.

Tak kiralah cara jahitan jenis 1 atau 2, sebaiknya sebelum anda discharge dari hospital tanyalah doktor bilakah anda boleh mula mandi untuk kepastian. Juga, pastikan luka cesarean dikeringkan dengan pengering rambut setiap kali selepas mandi.


Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean - part 1



Bertungku sewaktu didalam pantang selepas bersalin

Amalan bertungku sebenarnya penting bagi ibu selepas bersalin, termasuk lah mereka yang bersalin cesarean. Tujuannya untuk menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang telah kembang sewaktu tempoh hamil dan bersalin, serta membantu melancarkan perjalanan darah darah nifas.

Waktu bertungku biasanya boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kiralah waktu pagi, petang atau malam. Sebaiknya dilakukan setiap kali selepas mandi dan sekerap yang boleh sepanjang tempoh berpantang. Mulakan bertungku sebaik saja anda kembali kerumah dari hospital dan dilakukan setiap hari sehingga habis tempoh 44 hari pantang bersalin.

Cara-cara bertungku :

• Boleh dilakukan sambil berbaring atau sambil duduk. Mana-mana yang sempatlah. Almaklumlah, bagi mereka yang sudah bersalin beberapa kali dan perlu berpantang seorang diri pasti tahu bagaimana sukarnya menguruskan diri, anak-anak dan baby.
• Bahagian yang perlu ditungku - bahagian bawah payu dara dan perut, bahagian pinggul, paha, punggung, bahagian ari-ari, tapak kaki dan tumit. Kawasan yang perlu dielakkan ialah dibahagian luka pembedahan / cesarean. Jadi, anda tidak perlu bertungku di bahagian ini ye.
• Bagi yang menggunakan batu sungai, anda boleh panaskan beberapa biji batu setiap kali ingin bertungku. Balut batu dengan kertas surat khabar dan kain yang tebal, dan letak tungku di bahagian yang saya sebutkan diatas. Sebaiknya diletakkan di beberapa bahagian badan serentak. Tapi hati-hati sewaktu bertungku ye.. sebab kalau batu terlebih panas, nanti terbakar pula tilam dan cadar anda.
• Bagi yang menggunakan tungku dari besi dan tungku moden, anda boleh meletakkan tungku secara bergilir-gilir dikawasan yang saya sebutkan diatas. Bagi tungku moden pula, anda boleh juga meletakkan beberapa helai daun pandan, daun lengkuas, daun mengkudu, daun sirih atau mana-mana daun herba didalam beg tungku moden sebagai aromatherapi. Daun yang diletakkan akan mengeluarkan bau yang harum apabila terkena panas tungku.

Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean - part 2

Tips bertungku dan mengurut terutama selepas bersalin cesarean :-

Rawatan mengurut selepas bersalin :



Seperti mana bertungku, mendapatkan rawatan mengurut juga penting walaupun selepas bersalin cesarean. Bagi rawatan mengurut, seelok-eloknya dapatkan rawatan dari bidan dan mereka yang berpengalaman dalam memberikan rawatan mengurut selepas bersalin. Almaklumlah, sekarang ni ada berbagai jenis tukang urut. Ada yang pandai urut untuk orang terseliuh kaki, urutan refleksologi, urut di spa dan dan dirumah urut.

Bagi mereka yang bersalin cesarean selalunya dirawat dihospital selama 3 ke 4 hari sebelum dibenarkan pulang kerumah kecuali bagi kes-kes tertentu yang memerlukan rawatan lanjut dari doktor. Sebaiknya anda mula mendapatkan rawatan mengurut pada hari ke 14/15 selepas kembali kerumah. Tujuan urut selepas bersalin ialah :

• untuk mengembalikan kesegaran badan
• membuang angin
• membetulkan urat yang tegang (part yang ni urut memang penting sebab selepas bersalin cesarean, urat-urat menjadi tegang kesan dari ubat bius yang diberikan sewaktu pembedahan)
• melancarkan perjalanan darah dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas

Jika anda tidak mendapatkan rawatan mengurut dengan segera, pasti badan akan sakit-sakit dan terasa berat serta susah untuk memusingkan badan sewaktu berbaring dan untuk bangun dari katil.



Seelok-eloknya, rawatan mengurut dilakukan diwaktu pagi sebelum mandi, dilakukan selama 3 ke 5 hari berturut-turut. Urutan bagi ibu bersalin sebenarnya adalah urutan yang lembut. Bahagian yang diurut pula adalah diseluruh badan, kaki, tangan dan kepala KECUALI bahagian perut bagi yang bersalin cesarean. Sememangnya perut tidak boleh diurut selepas bersalin cesarean bagi mengelak sebarang masalah kepada luka jahitan.

Biasanya urutan dilakukan dengan menggunakan minyak. Bagi sesetengah bidan, mereka membawa kelengkapan mengurut termasuk minyak dan bahan-bahan lain bersama mereka. Tetapi ada juga yang meminta agar anda menyediakan bahan-bahan untuk mereka. Jadi sebaiknya anda tanya bidan / tukang urut terlebih dahulu sebelum mereka datang agar segalanya berjalan lanc