Assalamualikum kepada para pembaca blog kak ummu dan terimakasih diatas sokongan anda semua.
Memandangkan suatu hari pelanggan kak ummu order kapur sireh untuk rawatan lepas bersalin jadi terfikirlah dibenak fikiran kak ummu untuk perturunkan beberapa khasiat kapur sirih dalam perubatan alami.Lalu terbitlah kisah kapur sirih seperti dibawah ini.
Tapi tahukah anda dengan cara pembuatan kapur sirih?
Kapur sirih yang berwarna putih dan berbentuk serbuk ini, adalah
merupakan hasil dari pembakaran kulit kerang yang kemudian di tumbuk
hingga halus. Kapur sirih ini masih sering kita jumpai dipasar-pasar
tradisional disekeliling kita. Ada banyak manfaat kapur sirih sebagai
pengobatan herbal, antara lain dapat:
Mengobati penyakit Gout
Cara membuat:
Ambil daun ubi kayu kemudian dicampur dengan kapur
sirih secukupnya setelah itu diremas hingga hancur. Taburi ramuan
tersebut di kawasan yang terkena gout dan rematik.
Mencegah kerutan pada perut selepas melahirkan
Cara membuat:
Ambil kapur sirih 1 sudu makan kemudian dicampur dengan minyak kayu
putih 1/2 sudu makan serta 1 buah air perahan jeruk nipis. sapukan
ramuan pada perut setelah habis mandi, kemudian balut dengan plastik.
Menghilangkan ketuat yang degil
Caranya:
Lumuri ketuat anda dengan kapur sirih kemudian balutlah dengan plaster , ulangi cara tersebut setiap 2 kali sehari.Ganti plaster setiap 2 atau 3 hari. Biasanya sekitar 2 atau 3 bulan kutil akan benar-benar hilang.
Membuangkan bulu ketiak
Caranya dengan melumuri ketiak dengan kapur sirih yang telah di campur
dengan perahan jeruk nipis, lalu dibiarkan selama 15-20 menit setelah itu
bersihkan dengan air bersih. Ulangi hal tersebut setiap tiga kali seminggu.
Mengatasi masalah bau badan
Menyembuhkan batuk dan menghilangkan rasa gatal
Cara membuat:
Ambil air perahan jeruk nipis, madu 1 1/2 sdm dan garam secukupnya, bancuh sampai rata, lalu saring. Lakukan 2-3 kali sehari.
Membantu untuk hal-hal darurat
Kapur sirih juga dapat mengeluarkan semut dari dalam telinga dengan cara
mengoleskan kapur sirih pada bagian belakang telinga. Efek panas yang
di keluarkan oleh kapur sirih dapat mengeluarkan semut dari lubang
telinga anda.
Sebagai obat sakit perut untuk anak-anak
Ketika anak-anak kita sakit perut, segeralah menggunakan daun sirsak
yang telah bercampur kapur sirih, kemudian di sapukankan pada perut anak
yang sakit.
Selamat mencoba!!!
Sabtu, 4 Januari 2014
Selasa, 31 Disember 2013
Minyak kelapa dara dan sembelit
Sembelit berlaku apabila seseorang itu sukar untuk membuang najis disebabkan najis itu keras. Sembelit bukanlah bermakna seseorang itu tidak kerap buang najis .Kekerapan membuang najis berbeza antara individu . Kadar pembuangan najis yang paling baik adalah 14 jam sekali Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.
Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
*Membuang najis yang keras dan kering seperti batu .
* Perut kembung, kejang atau sakit.
* Kurang selera makan.
* Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
* Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Sebab-Sebab
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
# Kurang serat dalam diet-buah-buahan,sayuran dan tepung berserat kaya dengan fiber
# Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua-aktiviti fizikal akan meningkatkan kadar metabolisme
# Susu- produk tenusu adalah kurang fiber
# Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar atau Irritable bowel syndrome.
# Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
# Penyalahgunaan julap-- julap berkesan untuk pergerakan usus tapi akan mendatangkan risiko bila kita terlalu bergantung kepadanya.
# Menahan untuk membuang air besar--makin lama kita menahan buang air besar maka makin kering dan keras najis didalam usus
# Kekurangan air--Minum banyak air, air soda dan lain-lain minuman yang mengandungi kafein akan menyebabkan dehidrasi.
# Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
# Masalah dengan kolon dan rektum.
# Masalah dengan fungsi usus. sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
# Perubahan rutin harian.-- perjalanan jauh akan megubah ruti harian anda. Pada masa ini masa makan ,masa tidur dan masa ke tandas juga berubah ,oleh itu meningkatkan sembelit
Komplikasi
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar.
Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.
Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Sebaiknya Anda segera ke dokter jika sembelit disertai sakit perut, diare, atau tinja Anda berlendir/berdarah.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:# Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
# Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
# Anda dalam kesakitan.
# Anda mendapati najis anda berdarah.
Bagaimana minyak kelapa dara dapat membantu masalah sembelit? Minyak kelapa dara mampu membantu masalah sembelit adalah kerana ia berserat dan dapat membersihkan usus besar dengan berkesan. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dimana ia membantu sistem pencernaan memproses makanan lebih cekap.Ia juga bertindak sebagi pelincir dalam usus.
3 langkah cara pengambilan minyak kelapa dara sebagai pemakanan sehari-hari.
Langkah 1
Campurkan 1/2 sudu teh minyak kelapa dara bersama dengan 1 gelas jus .Mnium campuran jus itu.Pastikan jus yang diambil 100 % asli , tiada campuran gula putihLangkah 2
Ulang 3 atau 4 kali sehari sekurang-kurangnya 30 minut sebelum makan.langkah 3
Tambah dos daripada 1/2 sudu teh sehari sehingga 3-4 sudu makan sehari. Penambahan dos secara berkadar akan memberi masa kepada badan meyesuaikan diri.Khamis, 26 Disember 2013
Manjakani dan khasiatnya

Majakani atau manjakani adalah buah yang tumbuh di Indonesia. Majakani telah lama dikenal di Indonesia sebagai tumbuhan yang bermanfaat untuk kesehatan organ intim wanita. Biasanya digunakan untuk mengatasi keputihan maupun untuk menjadikan organ intim wanita lebih elastik.
Dalam banyak riset, Buah Majakani banyak bermanfaat bagi kesehatan organ intim karena mengandung tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.
Pohon Manjakani sendiri tumbuh di wilayah Indonesia, namun demikian bila dibandingkan dengan daun sirih ternyata buah majakani yang kaya manfaat ini belum digunakan secara optimal.
Di berbagai negara misalnya Cina, India, Arab, Iran, dan Malaysia, Brunai Darussalam, Buah Majakani sudah banyak digunakan sebagai bahan herbal untuk mengatasi berbagai ragam penyakit organ intim.
Buah Majakani berasal dari pohon manjakani atau atau juga dikenal dengan Pohon Oak. Pohon majakani dikenal pula dengan “Oak Galls”. Pohon ini juga punya nama yang lain Mecca Majakani
Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.
Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
- Awet Muda :
Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan Kencing Manis :
Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim :
Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
-
Pencegahan bau yang tidak diingini :
Oleh kerana manjakani bersifat
astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau
yang tidak selesa pada faraj.
Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya,
cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di
tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci
perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.
- Merawat otot-otot di dalam faraj :
Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan
semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
Biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak.
Apabila nasi telah betul-betul tanak keluarkan biji tersebut, kupaskan
kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga
hari berturut-turut. Insyaallah anda akan merasakan perubahan yg ketara
dalam hubungan suami isteri.
Mengawal lendir dan lelehan faraj :
Astringen juga mampu menyerap
segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang
tidak selesa.
Membersihkan lelehan haid dan nifas :
Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
Mengecutkan semula tisu-tisu :
Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
Menegangkan dan mencantikkan kulit :
Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
MANJAKANI SEBAGAI LULUR/MASKER
Cara 1
Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil
(terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah
anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah
disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering.
Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk,
sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali
seminggu sudah memadai.
Cara 2
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.
- Mata yang sihat :
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
- Rawatan payudara :
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat
menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani
dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
- Gigi dan tulang :
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Mulut :
Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
- Kulit kering dan berminyak :
Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
- Perawatan kronik ulser :
Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
Selamat mencuba.
9 Kegunaan " extra virgin olive oil" / minyak zaitun
![]() | ||||
| 500ml-- RM 36 termasuk urusan pos |
Minyak Zaitun Organik
Jenama Al-jazira
Produk Tunisia
500ml--RM 36 termasuk urusan pos
Minyak zaitun memiliki kandungan utama yaitu vitamin E dan oleic acid, yang memberi banyak khasiat kepada kulit. Oleic acid membantu menghaluskan kulit secara efektif, sementara vitamin E membantu meningkatkan anjalan kulit. Selain itu, vitamin E juga berperananan sebagai antioksidan alami/semulajadi yang mampu melawan radikal bebas (gangguan luar terhadap kulit).
Kegunaan minyak zaitun untuk kecantikan :
1) Mandian Minyak zaitun
Cara 1
Untuk menyediakan mandian dengan menggunakan minyak zaitun, hanya perlu masukkan 5 sudu makan minyak zaitun 'extra virgin' kedalam 'bathtub' dan sedia untuk mandi. Boleh ditambah kuantiti minyak zaitun mengikut sukatan yang digemari .Cara yang mudah ini memberikan kesan yang sangat menakjubkan bagi maenjadikan kulit anda halus.
Atau
Cara 2:
Urut badan anda dengan 'extra virgin' minyak zaitun sebelum masuk kedalam 'bathtub'
.Kulit anda akan menjadi halus seperti kulit bayi
.Kulit anda akan menjadi halus seperti kulit bayi
2) Minyak zaitun sebagai losyen badan.
Sapukan minyak zaitun extra virgin keseluruh badan anda semasa mandi selepas menggunakan sabun mandi atau'shower gel'.Ini adalah cara yang cepat dan senang untuk mendapatkan kulit yang sihat dan lembut apabila disentuh.
3) Minyak zaitun sebagai 'makeup remover'
Minyak zaitun lembut membersihkan makeup anda dan sekaligus ia memberi nutrien kepada wajah anda. Letakkan sedikit minyak zaitun keatas kapas muka atau kapas basah dan gosakkan lembut kewajah anda untuk membersihkan 'makeup'. Bilas dengan air suam dan kemudian air sejuk .Air sejuk akan bertindak melancarkan perjalanan darah dibahagian muka dan menutup liang-liang roma.
Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai pembersih 'makeup' dibahagian mata.sekalipun makeup yang digunakan itu adalah kalis air.
4)Bagaimana menguatkan kuku anda dengan minyak zaitun?
Minyak zaitun suam adalah cara yang sangat baik untuk menjadikan kuku anda cantik dan sihat. Ia hanya mengambil masa selama 5/ 10 minit sahaja. Rendamkan kuku anda ke dalam minyak zaitun suam ( suhu bilik).lakukan rawatan ini 1/2 kali seminggu.
5) Minyak zaitun sebagai losyen mata
Sapukan minyak zaitun dibawah mata anda sebelum tidur atau waktu pagi . Simpan minyak zaitun dalam petisejuk dan nikmati kesegaranya.
6) Miinyak zaitun sebagai masker
Campurkan 1 biji kunung telur dengan 1 sudu makan minyak zaitun ( jika suka ,tambahkan 1sudu teh jus lemon, ianya menolong memutihkan dan mencerahkan kulit ,(dimana jus lemon kaya dengan antioksidan dan vitamin C ).Sapukan pada wajah dan biarkan selama 5-10 minit, bilas dengan air suam kemudian dengan air sejuk (air sejuk menolong menutup pori-pori wajah). Masker ini sesuai untuk kulit wajah normal dan kering.
Untuk wajah normal juga boleh di campurkan 1 sudu makan tanah liat putih bersama dengan 1 sudu makan minyak zaitun. sapukan pada wajah ,biarkan 5-10 minit dan kemudian bilas dengan air suam
7) Minyak zaitun untuk rambut
Minyak zaitun digunakan sebagai rawatan rambut, ianya sangat senang dan cepat , mengambil masa hanya 15 minit untuk melakukannya.
Campurkan 1 biji kuning telur dengan 2 sudu makan minyak zaitun bersama 1 sudu teh jus lemon . sapukan kecelah-celah rambut ,gosok lembut dab biarkan selama 15 minit , kemudian syampoo. .Rambut anda akan menjadi lembut dan bersinar
Satu lagi cara ialah dengan menyapu minyak zaitun ke rambut anda , biarkan selama 1 jam,,kemudian syampoo dan sapukan pelembab rambut (anda hanya perlu melakukannya 2 kali seminggu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik).
8) Jangan lupa mengunakan minyak zaitu didalam makanan anda samada digunakan di atas salad atau diambil secara terus . Jika puan berminat untuk mengambil secara terus gunakan 2 sudu makan minyak zaitun organik.Minyak zaitun organik mempunyai rasa yang kurang melekat di kerongkong dan baunya wangi.Ianya akan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah anda dan sekaligus mengurangkan risiko penyakit darah tinggi . Minyak zaitun juga boleh memperbaiki kulit dan rambut anda dari dalam.
Ingat !! kecantikan bermula dari dalam badan anda sendiri.
9) Minyak Zaitun sebagai selusuh semasa hendak bersalin
Bg para ibu yang ada tekanan darah tinggi bolehlah diambil 2 penutup pagi dan 2 penutup petang.
Bagi para ibu yang punya tekanan darah yang normal cukuplah diambil 1 penutp pg dan 1 penutp petang . Bacalah selawat sebelum minum. semuga dipermudahkan Allah
Thank for http://www.beautyandtips.com/beautyoils/8-ways-to-use-olive-oil-for-beauty/
Khamis, 14 November 2013
Minyak kelapa dara Baraka / Baraka virgin coconut oil
Minyak kelapa dara Baraka
RM 35 termasuk urusan pos
375ml
Produk Sri Lanka
Produk muslim
Atau
Dapatkan " by Hand" di gerai kami di
1. Pasar malam Beserah dan Pasar tani Beserah
2. Pasar malam Balok Permai dan Pasar tani Balok Permai ( berdekatan Jaya Gading)
3. Pasar Tani Sg . Karang
Sms kak ummu 0137033819/0197909618 Atau Umar Madu 0199859618 untuk keterangan lanjut
Langgan:
Catatan (Atom)





