Jumaat, 28 Disember 2012

bertungku


Bertungku
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.
Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 – 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Khamis, 6 Disember 2012

Urut Tradisional | Elok Mandi Air Rebusan Daun-Daun Bagi Wanita Pantang.



Setelah wanita dibawa pulang ke rumah,wanita dalam pantang sepatutnya diberi rehat yang cukup.Lebih afdal lagi sekiranya para suami yang tidak dapat menjaga isteri bersalin mencari seorang pembantu untuk menjaga isteri mereka ketika dalam pantang.

Dari hari pertama balik ke rumah,wanita dalam pantang digalakkan mandi dengan air rebusan daun-daunan seperti di bawah:
Serai,daun pandan,daun tulang,daun lengkuas dan daun inai yang direbus dalam satu periuk.Apabila pastinya telah keluar barulah dibancuh dengan air suam di dalam besen.Bahan daun ini boleh dibuat untuk 3 hari.Cebuk dengan air sireh yang telah direbus di vagina dan air sireh ini dapat mencuci permukaan vagina wanita bersalin.

Urut Tradisional | Bertungku.

Selepas mandi dilap tekapkan dengan tuala dan baring atas katil dan ditungku dengan batu sungai atau penungku besi khas.Caranya ialah membakar batu atau penungku di atas api dan diletakkan ke atas daun mengkudu dan dibalut dengan kain yang agak-agak rasa suam maka tungkulah arah ke atas dari paras atas ari-ari wanita.Bertungku adalah untuk memecahkan angin,memecahkan darah beku dan mengecutkan peranakan dan urat saraf yang telah kembang dimasuki angin.Bertungkulah dalam tempoh 20-25 minit.
tungku batu Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut TradisionalSetelah bertungku,proses seterusnya adalah berurut dengan rawatan urut radisional.

Urut tradisionalwanita lepas bersalin adalah sama saja dengan urut tradisional sihat badan.Yang membezakan 2 kaedah urut tradisional ini hanyalah urutan di perut.Selepas berurut naikkan peranakan dan bubuhlah bahan-bahan barutan di perut,taburkan dan dilapik dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkongkan.


Terdapat dua jenis cara atau ubat yang boleh diletakkan di atas perut dengan membuat sendiri iaitu dengan:
1. Campurkan ingu/jadam dan halba(dimesen kering) dan dimasak.Setelah dimasak dan dalam keadaan suam,sapukan ke atas perut,ATAU

2. Kalau dengan cara yang ringkas ialah campurkan sedikit kapur makan dengan limau diperah dan di dalam keadaan rasa panas,kapur dan limau tadi ditaburkan ke atas perut dan balut dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkong.
Bagi tempoh 7 hari,bolehlah dipakai barut yang mempunyai banyak tali yang  sering kita panggil barut “kereta”.Dalam tempoh 7 hari,kita tdak digalakkan membengkong kerana ,membengkong memerlukan cerutan yang kuat.Dikhuatiri cerutan tadi boleh merosakkan sistem dalam perut.Menggunakan barut pada peringkat ini adalah lebih afdal kerana cerutannya tidak kuat.

tunku2 Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut Tradisional

Urut Tradisional | Berbengkong.

Pada hari seterusnya elok dibengkong dengan bengkong yang panjangnya 8-10 meter yang diikat lilit dari bawah punggung hingga ke paras dada wanita tersebut. Bagi wanita yang bersalin melalui “scisorion” (operation),jangan dibarut atau dibengkong.Cukup sekadar mendapatkan rawatan urut tradisional sahaja dan dielakkan dari mengurut di bahagian perut yang luka.

Tujuan berbengkong adalah:
1. Bagi memastikan pergerakan ibu bersalin dibataskan.
2. Bagi merapatkan kembali vagina.
3. Bagi menaikkan kembali keanjalan punggung yang jatuh.
4. Supaya perut ibu bersalin dapat balik ke asal,dan supaya tidak gendut atau buncit.
5. Supaya air yang kita minum tidak boleh membuatkan perut menjadi lembik dan menggelebeh.

Dinasihatkan proses di atas hendaklah dilakukan seawal pagi sebelum ibu-ibu bersarapan pagi.Lakukan penjagaan di dalam pantang selama 44 hari.Kecuali berurut dengan rawatan urut tradisional bolehlah dilakukan 3 hari dulu.Kemudian setelah dua minggu boleh diulangi dapatkan rawatan urut tradisional untuk mengurut 3 kali lagi.
Selain dari mandian herba,bertungku,berurut dengan urut tradisional dan membengkong,ibu-ibu bersalin dinasihatkan meminum rebusan akar kayu atau jamu bersalin selama dalam pantang.Ibu-ibu juga  digalakkan meminum air kunyit yang telah ditumbuk untuk tiga hari berturut-turut.Ini untuk mencuci segala kotoran darah nifas dan menghilangkan bau yang tidak enak.Akar kayu atau jamu untuk memastikan semua urat saraf,saluran peranakan dan peranakan menjadi kuat dan kecut kembali.

Akar kayu dan jamu juga baik untuk merangsang darah supaya ibu bersalin tidak di dalam kedinginan dan kesejukan.Pakailah stokin untuk mengelakkan angin masuk ke dalam badan.Pakailah baju yang agak tebal biar berpeluh dan jangan kedinginan.Elakkan diri dari terkena terlalu banyak angin dari kipas 
atau alat penghawa dingin.


Sapukan pilis di dahi.Cekak dan ikat rambut dengan kuat dan kemas supaya urat saraf di muka tidak cepat kendur sebelum tiba waktunya.Seluruh badan hendaklah disapu dengan param.
Sekiranya ibu-ibu dapat mengikut cara-cara tradisional seperti di atas,pasti kesihatan para ibu akan terjamin untuk jangka waktu yang panjang.Kerana dengan bepantang dapat memastikan keseluruhan badan,urat saraf dapat dirawat untuk kembali normal dan ibu-ibu akan dapat mengembalikan tenaga ke asal.
Urut tradisional bagi wanita bersalin ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut atau 5 hari atau 7 hari atau sebulan mengikut kehendak wanita itu sendiri.Lagi kerap berurut urut tradisional lebih banyak kelebihannya.

Di antara kelebihan urut tradisional bagi wanita bersalin ialah:
1. Apabila setiap wanita itu lepas melahirkan,mereka akan menghadapi lemah lesu di seluruh badan kerana urat-urat yang menegang ketika proses kelahiran.Dengan mengurut rawatan urut tradisional,akan dapat melembutkan urat-urat tersebut dan menyegarkan kembali badan.

2. Rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin dapat memastikan pengaliran darah berjalan dengan betul dan darah-darah kotor serta toksid kotor dapat keluar sekali bersama-sama darah nifas.Oleh yang demikian,tidak terdapat darah yang tersekat di dalam pembuluh urat saraf,juga dapat membuang angin.


3. Dalam rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin,dengan mengurut dan menolak peranakan wanita tersebut,dapat menjamin peranakan wanita bersalin itu berada di dalam keadaan yang sempurna dan tidak turun ke bawah.Sekiranya peranakan ini turun,akan mengakibatkan kesan kepada wanita  itu sendiri seperti kencing tidak tos,dan kemungkinan keluarnya tombong dari faraj(prolapse).

Itulah keperluan-keperluan yang perlu dibuat oleh wanita yang baru lepas bersalin di mana tidak dapat disangkal,amalan amalan ini telah diamal oleh orang-orang melayu sejak dulu lagi yang mana diakui keberkesanannya.Semua ini yang harus disusuli dengan proses yang wajib iaitu rawatan urut tradisional.


Jenis-Jenis Urut Tradisional Melayu.




Dalam rawatan urut tradisional terdapat pelbagai jenisurut tradisionalyang boleh kita dapati.Antara jenis jenis urut tradisional tersebut adalah seperti berikut:
1. Urut tradisional kesihatan biasa seluruh badan.
2. Urut tradisional wanita selepas bersalin.
3. Urut tradisional lemah tenaga batin/lemah syahwat(cepat keluar air mani/tidak boleh bertahan).Kita boleh menggunakan minyak urut khas yang sangat menakjubkan seperti minyak linang jantan,minyak ikan belacak,minyak lintah dan banyak lagi.
4. Urut tradisional bagi orang yang susah mendapat zuriat(khas).
5. Urut tradisional lelah(athma)
6. Urut tradisional terseliuh,terkehel dan salah urat.
7. Urut tradisional migrain.
8. Urut tradisional untuk berkasih sayang/bersantai.
9.Urut tradisional lumpuh.

Tujuan Rawatan Urut Tradisional.

maassage8 Jenis Dan Tujuan Rawatan Urut Tradisional MelayuTujuan utama seseorang mendapatkan rawatan urut adalah lebih kurangnya dengan jenis urut tradisional yang mereka dapati.Di antara tujuannya adalah seperti: Membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat,merawat urat saraf wanita lepas bersalin dan memulihkan kembali tenaga mereka selepas melahirkan.Urut wanita bersalin juga merangkumi urutan menaikkan kembali peranakan yang kendur atau turun akibat meneran ketika melahirkan.Untuk membuang angin di dalam badan,kerana angin kalau tidak dibuang akan membuatkan seseorang merasa badan sengal-sengal dan lenguh-lenguh  disebabkan darah tidak berjalan dengan lancar.

Tujuan-tujuan lain yang kita boleh dapati dari rawatan urut tradisional adalah urut tradisional tenaga batin bagi lelaki.Dengan cara dan kaedah yang betul dan tekun,orang lelaki yang hampir mengalami masalah tenaga batin akan boleh pulih kembali dengan rawatan urut tradisional.Menggunakan minyak linang jantan boleh membantu menyembuhkan kembali tenaga kelakian.Bukan itu sahaja.Para lelaki boleh memanjang  urut tradisional tenaga batin bagi lelaki.Dengan cara dan kaedah yang betul dan tekun,orang lelaki yang hampir mengalami masalah tenaga batin akan boleh pulih kembali dengan rawatan urut tradisional.

.Mengurut tenaga batin dengan tekun dan sempurna boleh mengelakkan gejala pancutan air mani sebelum masanya.Urut tradisional tenaga batin juga boleh mempertingkatkan prestasi ketegangan zakar serta memecahkan lemak,lendir dan angin yang menghalang  pengaliran darah. ( urutan  ni kak ummu tak buat)

Urut tradisional juga boleh memecahkan toksin atau racun dalam badan,dan juga boleh memecahkan gula dalam darah bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis.
Bagi urut tradisional santai,regangan dan urut suami isteri dapat mengeratkan lagi kasih sayang,dan pasangan akan mendapat kesihatan yang sempurna apabila suami isteri dapat bertukar tukar urutan.Cara urut tradisional ini lebih sempurna kerana urutan yang berjadual akan menjamin hasil kesihatan yang sangat baik.Kebaikan urut tradisional suami isteri juga dapat mengimbangkan Yi dan Yang di mana orang-orang Tionghua percaya bahawa Yi itu untuk wanita dan Yang pula untuk lelaki.Yang demikian tidak secara langsung memberi keseimbangan antara lelaki dan wanita untuk hasil yang diperolehi.


Terimakasih kepada http://www.uruttradisional.com.

Tips bisa-bisa badan

Bekam untuk sakit belakang dan lenguh bahu

Tips rawatan untuk kali ini adalah berkenaan dengan Masalah Bisa2 Dan Lemah Badan yang disangka Sihir..

Memang tidak dinafikan, salah satu diantara tanda2 seseorang itu mengalami masalah gangguan sihir adalah bisa2 serta lemah badan yang keterlaluan... Namun begitu kita perlu memerhatikan juga tanda2 yang lain, agar kita tidak terlalu cenderung didalam menyalahkan hal2 yang berbentuk spiritual.
 

Untuk makluman para pembaca, jika emosi seseorang itu selalu tidak stabil, samada selalu didalam perasaan was2, ragu2, banyak bersangka2, selalu merasa cemas, maka pernafasan mereka adalah terganggu dan tidak teratur... ini boleh menyumbang kepada masalah lemah dan bisa2 badan...

Ini adalah beberapa kaedah yang boleh diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah tersebut :

1. Tarik nafas sedalam yang boleh, tahan nafas seketika dan lepaskan... buat sebanyak tujuh kali, sampai perasaan menjadi tenang. Buatlah sekurang2nya 3 kali sehari, pagi, petang dan malam.

2. Buat solat sunat taubat sebanyak 4 rakaat, atau 8 rakaat atau 12 rakaat, dalam bilangan 2 rakaat 1 salam. Beristighfar (istighfar pendek - sekurang2nya 500 kali sehari).

3. Banyakkan berselawat keatas Rasulullah s.a.w

4. Banyakkan bersedeqah -  seikhlas hati / mengikut kemampuan kita

5. Cuba sedaya upaya kawal minda dan perasaan supaya sentiasa didalam keadaan bertenang.

6. Buat air rawatan untuk minum dan mandi (seperti posting saya yang lalu)

7. Jika masalah masih berterusan, sila berjumpa perawat untuk rawatan pemeriksaan.
 

8. Amalkan membaca LAILAHAILALLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH LAHUL MULQU WA LAHUL HAMDU WAHUWA ALA KULLY SYAEING QODIR

AL MU’MINUN AYAT     97 – 98

Rujuk ayat dalam surah di atas bagi membetulkan lagi bacaannya

Direkodkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RadiyaLLahu 'anhu katanya :

RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, sabdanya : "Sesiapa yang bertasbih selepas setiap kali solat sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan Takbir 33 kali, jumlah kesemuanya akan menjadi 99 kali. Apabila dia mencukupkan bilangan keseratus kali dengan menyebut "

La ilaha illaLLah wahdahu la syariKalah lahumulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli sya'in Qodir

Nescaya ALlah subahanahu wa ta'ala akan mengampunkan dosa-dosanya, walaupun dosa-dosanya seperti buih-buih di laut






Hijama (Wet Cupping) Clinic Case Study 2:Treatment of Vascular Claudication*


Gambar ini hanyalah hiasan


By Dr Rizwhan Suleman (Mchiro) and Nurudeen Hassan Bsc (Hons) MRes
HijamaCentres.co.uk
Case History                                                 
 78 year old retired male of SoutAh-East Asian origin presents with activity based stiffness and paresthesia in his distal lower limbs bilaterally up to the knee. The symptoms are accompanied by a dull ache in the affected areas as well as in the lower back. The pain and paresthesia are described at the time on a visual analogue pain scale (VAS) as being up to 9/10. Symptoms are brought on gradually by walking for a time period greater than 10 minutes. The pains stop the patient from progressing any further in his activities and are resolved by resting for period of approximately 3 minutes. The complaint developed progressively over the last 2 years and had no known cause of onset.   

Previous Medical History
The patient suffered a myocardial infarction 11 years ago that was treated with triple bypass surgery, he has high cholesterol and high blood pressure that is being managed with medication and has type 2 diabetes that is well managed with dietary control. He was previously diagnosed with anaemia 1 year ago but has since been tested and his iron levels have now normalised.  

Previous Treatment
The patient saw his GP who prescribed pain medication and later referred the patient to a neurologist. After undergoing a number of investigations with his neurologist the patient was  diagnosed with intermittent vascular claudication. Surgical interventions were discussed but the patient and his family did not want pursue this line of care.

Physical examination
Blood Pressure, heart rate, respiratory rate and temperature were all within normal range. Lumbar ROM (range of motion) was relatively limited but did not reproduce any symptoms even on extension. SLR (straight leg raise) did not elicit any pain or symptoms and was within normal range. Lower limb dermatomes, myotomes and reflexes were all normal.    


Diagnosis
Vascular Claudication

Treatment
The patient was prescribed an initial course of 3 treatments after which progress was to be reviewed. Treatment frequency was set at once monthly as a precautionary measure to safeguard against treatment induced anaemia and anticipating a potential for slow healing as a result of the reduced blood supply in the local area. Hijama (wet cupping) therapy was applied bilaterally to the posterior aspects of the calfs (figure A), at the proximal borders of the popliteal fossa (figure A) and para-spinally, just superior to the posterior inferior iliac spines (PSIS) (figure B). The patient was treated laying prone (Figure C).


Post Treatment follow-up
One month after the first treatment the patient described a 20% reduction in the intensity of the symptoms but no change in the duration of onset. After treatment 2 the patient noticed that he was able to walk for over 20minutes without any onset of symptoms and described the parestheisa and pain as being non-existent. On review, after the completion of the treatment course, the patient was asymptomatic and his only limitation when walking was tiredness as a result of the physical exertion.  

Note
Although the exact mechanisms of how hijama (wet cupping) therapy affects human tissues at both the local and systemic level is not objectively clear, cases like this help to shed light on the properties that this ancient medical practice holds. This information will not only aid in bettering the understanding of how and why we can utilise its application but can also help to inspire and guide the various theories that attempt to explain the very mechanisms by which we are achieving such results. 





Definitions: 
Intermittent claudication (Latin: claudicatio intermittens) is a clinical diagnosis given for muscle pain (ache, cramp, numbness or sense of fatigue), classically in the calf muscle, which occurs during exercise, such as walking, and is relieved by a short period of rest.

Claudication derives from the Latin verb claudicare, "to limp". - Wikipedia


FEATURED HIJAMA THERAPISTS:
Hijama Centres UK