Selasa, 24 April 2012

KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA


1-Menyerupai lemak susu ibu.

2-Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric acid dan capric acid bertambah secara ketara. (lihat keterangan terperinci dalam tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan Anak)

3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan sel mati)

4-Antivirus dan antibakteria.

Lauric acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk Listeria monocytogenes dan Heliobacter pylori, serta protozoa seperti Giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Sementara capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).

Dr. Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.

Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organisma berkenaan.

Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma sel organisma berkenaan untuk replikasi (replication).



5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia

6- Dikelaskan sebagai Functional Food.

Sebagai functional food, (functional food telah didefinisikan dalam An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 hingga 7 peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.

Rabu, 18 April 2012

Keistimewaan Dan Khasiat Zaafaran



1. DARI SEGI PERUBATAN


Dios Cerides - seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA'FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.


Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA'FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA"FARAN dapat mengelakkan sisitem pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994)
Di Eropah ZA'FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan.Kini ZA'FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan dimana warnya yang keemasan itu di manfaatkan.


Di Mesir, ZA'FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

" Membantu pencernaan makanan" Menghindarkan batuk dan radang paru-paru" Mengurangkan maslah tidak boleh tidur malam" Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi" Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut" Air anti spashodic


ZA'FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh 'therapist' dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubaat seperti:
" Melancarkan haid yang tidak menentu" Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin" Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala" Membantu menenangkan jiwa yang tertekanDi negara-negara Asia larutan ZA"FARN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan. Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar


ZA'FARAN bukan sahaj melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat 'filamen' daripad ZA'FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum.



2. UNTUK MASAKAN

ZA'FARAN telah menjadi bahan terpenting dalam masakan antarabangsa. Di India ZA'FARAN mempunyai banyak kegunaan di dalam nasi, minuman dan pencuci mlut. Di Negara Teluk, tetamu dihidangkan dengan minuman di mana campurannya ialah kopi ZA'FARAN dan sejenis rempah (cardamurui) serta dihidangkan bersama ZA'FARAN.

Sirap yang menyegarkan juga di sediakan dengan ZA'FARAN. Di Sepanyol sejenis maskan yang menggunakan ZAA"FARAN 'Spanish Cuisine' sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah 'Spanish cuisine' tersebut. Penggunaan meluas ZA'FARAN di Sepanyol sebagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam seperti Libro Del Arte De Cocina (1599 Ad) De Diego Granado, Libro De Paste Leria (1611 Ad)
Di Itali "Rissoho A La Milanese" adalah makanan termasyhur. Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan 'Cake Za'faran'. Di Jepun penggunaan ZA"FARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan secara mentah bersama ZA"FARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan tersebut.


3. UNTUK MINYAK WANGI

Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil 'ZA"FARAN ATTAR' ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa.


4. INDUSTRI TENUSU

ZA'FARAN telah memberikan warna yang cantik danmenyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan Za'faran juga digunakan dalam membuat ais krim.


5. TEMBAKAU BERPERISA

Kebanyakan di India di mana mereka menggunakan tembakau berperisa Za'faran yang dipanggil "Za'farn Zarda". Ianya menjadi sungguh enak.


6. INDUSTRI MAKANAN

Telah digunakan secara meluas termasuk makanan yang telah diproses.


7. BAHAN PEWARNA

Catatan sejarah menunjukkan bahawa banyak bangsa di dunia menggunakan ZA'FARAN yang keemasan sebagai bahan penyeri kulit seperti bangsa Irish, India, Jepun dan lain-lain serta pakaian. Sehingga sekarang sami-sami buddha masih menggunakan ZA'FARAn sebagai bahan pewarna bagi kain selepang yang mereka gunakan serta di dalam lukisan-lukisan mereka.

Berkenalan Dengan Pokok Zaafaran


 POKOK ZA'FARAN




Za'faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za'faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za'faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah.
 Za'faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za'faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian saintis membuktikan bahawa Za'faran berpotensi digunakan sebagai salah satu eleman penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit.
 Penggunaan Za'faran bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah, Za'faran adalah jawapannya. Bagi ibu-ibu mengandung Za'faran dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za'faran mempunyai nilai perubatan. Za'faran berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.
Ummu beli Stigma Zaafaran dan masukkan dalam air minuman.Rasanya sejuk dan segar.Sekarang ni ummu tengah buat  kajian tentang  produk Hafiz Penyegar Mata .InsyaAllah akan di keluarkan dalam masa terdekat.




Kenali dan Tangani Alahan Dengan Teliti






Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.

Istilah 'allergy' telah dicipta oleh pakar kanak-kanak Vienna, Clemens von Pirquet dalam 1906 selepas membuat nota bahawa sesetengah pesakit-pesakitnya adalah hipersensitif untuk entiti-entiti yang biasanya tidak berbahaya seperti debu, debunga, atau makanan tertentu. Pirquet menamakan fenomena ini sebagai 'allergy', daripada kata-kata Yunani allos bermaksud "lain" dan ergon bermaksud "kerja".

Sejarah

Dari segi sejarah, semua bentuk hipersensitif (hypersensitivity) adalah diklasifikasikan sebagai alahan-alahan, dan segala pemikiran yang disebabkan oleh satu pengaktifan yang tidak wajar kelas antibodi yang bernama Immunoglobulin E (IgE) - Teruka dan Kimishige Ishizaka merupakan antara yang pertama untuk mengasingkan dan menghuraikan IgE dalam tahun 1960an.

Kemudian, ia menjadi jelas bahawa beberapa mekanisma penyakit lain telah dilibatkan, dengan hubungan biasa antara hypersensitivities berbeza-beza ini ada satu pengaktifan yang mengganggu sistem imun dalam satu cara atau selainnya. Suatu skima klasifikasi yang baru telah direka oleh P Gell dan R Coombs bagi mencerminkan apa yang kemudian diberi nama semula reaksi kehipersensitifan (hypersensitivities). Perkataan "alahan" adalah kemudian terhad untuk jenis I hypersensitivities, yang adalah disebabkan oleh mekanisme IgE yang klasik.


Penyebab
  • Tumbuh-tumbuhan.
  • Makanan.
  • Ubat-ubatan.
  • Debunga.
  • Sengatan lebah.
  • Gigitan.

Alahan Rhinitis (Alahan pernafasan)

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala
  • Penghasilan mukus (lendir).
  • Gatal-gatal di
    • Tekak
    • Hidung
    • Mulut
    • Mata
    • Kulit
  • Batuk.
  • Sakit kepala.
  • Hidung berair/Bersin.
  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Rawatan
  • Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
  • Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
  • Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

Pengurusan sendiri
Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk:
  • Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.
  • Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.
  • Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.
  • Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.
  • Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.
  • Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

Alahan terhadap makanan

Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
  • Intolerans terhadap makanan.
  • Sindrom gangguan usus.
  • Tekanan fizikal.
  • Keracunan makanan.
Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala
  • Tekak terasa gatal.
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
  • Sesak nafas/bunyi ronkus.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Pengurusan sendiri
  • Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.
  • Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.
  • Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan. (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).
  • Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.
  • Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.

Alahan terhadap ubat-ubatan

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala
  • Gatal-gatal.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata.
  • Bunyi ronkus.
  • Bibir membengkak.
  • Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
    • Penyumbatan rongga hidung.
    • Sukar bernafas.
    • Batuk.
    • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
    • Pening.
    • Keliru.
    • Sakit/kekejangan otot abdomen.
    • Loya, muntah.
    • Cirit-birit.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.


Alahan Konjunktivitis

Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.

Gejala
  • Mata merah.
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
  • Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
  • Keluar air mata.
  • Kelopak mata bengkak/sembab.
Rawatan

Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri
  • Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.
  • Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.
  • Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.
  • Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.
  • Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.
  • Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.

Fadhilat Nama Allah AS-Salam






Asma-ul Husna yang ke enam ialah "As-Salam " iaitu selamat dari sebarang keaiban,sebagaimana Quddus bererti "suci" dari sebarang kecacatan  ,maka As-Salam menbawa  maksud selamat dari perkara yang mengaibkan .Walhasil Zat Tuhan yang diberi nama As-Salam itu Maha sempurna ditinjau dari sudut mana sekalipun.

Dari sudut kekuasaan sememangnya Tuhan  Maha Berkuasa sepenuhnya ,dari sudut kebijaksanaan tentulah Tuhan itu Maha Bijaksana dan yang paling sempurna dan paling indah  kesemuanya ada pada Tuhan .Yang cacat dan hodoh pastilah tidak ada pada-Nya.Sebaliknya  ia ada pada makhluk yang kejadianya amat dhaif dan serba kekurangan.Justeru itulah Zat tuhan itu dinamakan sebagai  "as-Salam" iaitu selamat dari sebarang sifat cacat cela .

Manusia sebagai hamba Tuhan yang bernama As-Salam itu, maka sewajarnya mereka berusaha  menghindarkan diri dari segala  keaiban yang boleh mencacatkan keperibadian manusia.Meskipun manusia mempunyai banyak kekurangan ,namun segala yang aib dan cela mestilah dijauhi.


Khasiat dan Fadhilatnya


Barangsiapa yang selalu membaca atau menyebut nama Tuhan "As-Salam " atau dengan seruan "Ya Salam " seratus lima belas kali ,dan dihembuskan kepada orang yang sakit .InsyaAllah ia akan menjadi penawar dan akan sembuh dari sakitnya dengan izin Allah S.W.T.