Jumaat, 6 April 2012

Hernia (Angin Pasang) - Usus Terjulur Keluar



ANDA perasan, ada benjolan sebesar telur puyuh di celah kelangkang. Benjolan itu timbul semasa anda batuk, bersin, berdiri, berjalan, berlari atau melakukan aktiviti fizikal lain.
Namun, ia tidak kelihatan seolah-olah bersembunyi dan menghilangkan dirinya apabila anda berbaring mahupun terjaga dari tidur pada waktu pagi keesokan harinya.
Lazimnya, ia tidak mendatangkan apa-apa kesakitan, cuma rasa agak kurang selesa, malah ada benjolan yang masuk semula dengan sendirinya.
Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat.
Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan.
Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.
Anda mungkin pernah mendengar orang tua-tua bercakap tentang angin pasang, uluran dan burut. Inilah dia. Pakar-pakar perubatan pula memanggilnya sebagai hernia.
Walaupun namanya boleh sahaja membayangkan seorang perawan dengan rupa paras yang menarik, hakikatnya lebih ramai lelaki yang menghidapi hernia, 1:10.
Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi, Hospital Pakar Putra (Batu Pahat), Johor, Dr. Chan Kin Yoong berkata, hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar.
‘‘Kecacatan otot di badan boleh terjadi sejak kelahiran, dikenali sebagai hernia kongenital manakala jenis acquired melibatkan kerosakan otot badan disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan berpunca daripada batuk berkali-kali, angkat berat, sembelit dan sukar membuang air kecil.
‘‘Bahagian badan menonjol keluar apabila seseorang itu mengemut atau berdiri. Kalau komplikasi terjadi, perut akan mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh buang air besar,’’ ujar beliau.
Nama penyakit ini berasal dari bahasa Latin, herniae, yang bererti penonjolan isi suatu rongga melalui tisu nipis yang lemah pada dinding rongga itu.





Dinding rongga yang lemah itu membentuk suatu kantung dengan pintu berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di bahagian perut dengan isi yang keluar berupa bahagian dari usus,
Menurutnya, umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak dan lebih sering dialami kaum Adam berbanding Hawa.
‘‘Ini terjadi kerana adanya perbezaan proses perkembangan alat reproduksi lelaki dan wanita semasa janin.
‘‘Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.
‘‘Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu dapat menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia,’’ kata Dr. Chan.
Pesakit sering mengeluh adanya benjolan yang tidak menyakitkan namun cukup mengganggu, bergantung berapa besar penonjolannya. Penonjolan muncul kerana adanya kelemahan anatomi pada otot dinding perut, menyebabkan penonjolan di tempat yang lemah.
Keadaan menjadi lebih parah apabila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, akibat meneran ketika buang air, batuk, bersin atau mengangkat bebanan berat.
Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.
Mengulas lanjut, katanya, hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan, yang merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan.
Pada orang dewasa, hernia terjadi disebabkan dua faktor utama.
‘‘Pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya hernia pada orang dewasa ini terjadi pada usia lanjut kerana pada umur tua otot dinding rongga perut melemah.
‘‘Seiring pertambahan usia, organ dan tisu tubuh mengalami proses kemerosotan. Pada wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya bahagian yang lemah.
‘‘Keadaan-keadaan tersebut, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam bahagian yang lemah tadi lalu menonjol ke luar,’’ jelasnya.
Kebiasaan merokok, penyakit yang mengenai tisu dan diabetes melitus juga dapat mempengaruhi timbulnya hernia. Ketiga-tiganya mempunyai kaitan dengan gangguan metabolisme pada tisu.
Dalam kes hernia ringan, bahagian usus yang keluar dapat masuk kembali ke rongga perut jika pesakit berbaring atau didorong sendiri oleh pesakit.
Berita buruknya apabila hernia sudah masuk ke tahap takterturunkan. Pada peringkat ini, isi hernia yang keluar tidak boleh masuk kembali meskipun ditolak dari luar.
Terang Dr. Chan: ‘‘Kita juga perlu waspada jika cincin hernia berdiameter kecil. Bila sudah ada usus yang keluar ditambah tekanan rongga perut yang meningkat, bahagian usus dapat keluar lebih banyak.
‘‘Jika berterusan begitu tanpa rawatan, ia boleh menjadi hernia inkarserat. Bahagian usus yang terjulur keluar tidak dapat kembali ke tempat asalnya.
``Atau menjadi hernia tercekik kerana usus yang terkeluar tadi dapat mengalami pembusukan dan mati akibat tidak mendapat bekalan darah (gangren).’’
*Rawatan
Hernia pada orang dewasa seelok-eloknya ditangani seawal mungkin. Bila didiamkan dan bertambah parah, nyawa mampu menjadi taruhannya.
‘‘Terapinya tak ada jalan lain, kecuali pembedahan,’’ tegas Dr. Chan. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan kerana puncanya melibatkan keadaan anatomi yang melemah atau mengalami kelainan.
Pembedahan untuk menangani hernia ini merupakan yang kedua paling kerap selepas operasi apendiks.
Di kalangan orang dewasa, pembedahan dilakukan untuk menutup lubang dan memperkuatkan bahagian yang lemah. Otot perut dirapatkan menutupi lubang yang ada.
Pada zaman dahulu, pembedahan dilakukan dengan menempatkan pesakit dalam posisi kepala di bawah agar isi hernia masuk kembali ke rongga perut oleh graviti bumi.
‘‘Pembedahan tidak harus segera kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik, ia harus segera dilakukan. Jika tidak, bahagian isi hernia yang terjerut boleh membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian,’’ katanya.
Setelah operasi, ada sesetengah pesakit mengadu bahagian yang dibedah seperti tertarik dan berasa nyeri (sakit seperti ditusuk jarum).





Untuk mengatasi keluhan tadi, kini tersedia jala sintetis yang dikenal dengan mesh.
Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat.
‘‘Pada kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya.
‘‘Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus.
‘‘Akibatnya, tidak hanya cairan yang keluar, usus pun dapat keluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia,’’ ujar Dr. Chan sambil menambah, pada kanak-kanak, tindakan hanya ditujukan untuk menutup lubang.
Terapi tanpa bedah berupa pemakaian penopang hanya bersifat menyokong, sama sekali tidak memperbaiki hernia itu, apalagi menyembuhkannya.
Cara ini diperuntukkan bagi pesakit yang menolak pembedahan atau keadaan yang tidak mengizinkannya untuk dibedah.
Namun, untuk penderita yang menolak pembedahan, keadaan penyakitnya boleh memasuki tahap lanjut dan akhirnya tetap memerlukan pembedahan.
Malangnya, pada keadaan ini, surgeri akan menjadi lebih sukar, apalagi kalau sampai isi hernia tidak boleh dimasukkan kembali atau membusuk.
Oleh : 
Shafinaz Sheikh Maznan

Disalin daripada

LAGI BERKENAAN FADHILAT BISMILAH...................



BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi).

Yang ummu merahkan itu adalah maksud doa di atas.Doa yang ummu kemukakan di atas ,ummu ajarkan pada anak-anak ummu baik anak ummu yang lelaki dan perempuan apabila mereka keluar ke sekolah ataupun bila mereka mahu keluar rumah dan memasuki rumah.Ini adalah salah satu ikhtiar dan usaha kita supaya dilindungi daripada segala kejahatan .Ummu gunakan juga semasa ummu mahu memulakan proses urutan.
  
Diantara fadilatnya lagi adalah:



  1. Dibaca 3x (tiga kali)  selepas solat.Tujauanya  untuk sebatikan ayat dalam diri kita
  2. Boleh juga  dibaca setiap masa semasa minum di kedai dan gerai dan restoran ataupun semasa mula nak makan . Sekiranya ada orang yang berniat burukseperti menghantar santau atau racun kepada kita  pada waktu itu ,dengan izin Allah SWT kita terlindung daripada kejahatan manusia itu .
  3. Doa ini boleh juga digunakan sebagai pelindung daripada segala jenis penyakit yang memudaratkan kita.
  4. Menghindar segala kemudharatan dan keburukan yang kita sendiri tidak ketahui apa yang bakal terjadi melaikan allah SWT


wallahu'alam

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah

Posted by mfadhlan in Islam
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Moga DiPelihara
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Rabu, 4 April 2012

How Can Bleeding Possibly Be Beneficial?

The following is an article from Dr Rizwhan Suleman (Mchiro) of Hijama Centres UK. 

What is Cupping/Hijama?
Cupping is the modern term for an ancient medical treatment in which a partial vacuum is created in cups that are positioned onto the surface of the body. The vacuum created by either heat or suction draws up skin, subcutaneous tissue and muscle layers a few millimeters into the cups. 


Hijama or wet cupping is also an ancient medical technique popular amongst Arab cultures. It utilizes the same principles of regular cupping therapy except it allows the release and removal of stagnant blood, toxins, inflammation and swellings through the application of small scratches or pin pricks over the areas where the suction is applied. 


This combination of cupping therapy and controlled bloodletting has been utilized for over 3000 years and was a practice the prophet Muhammad (pbuh) promoted & recommended as an inspiration from God. The practice of wet cupping was also an integral part of more recent medical practice as it developed in the Middle East and was used up until the 1800’s even here in the UK. 


Although a simplified explanation wet cupping can be likened to a mechanical form of leaching allowing small quantities of blood to be released from swollen and painful areas of the body, to give relief, promote healing and to regain function. 


How Can Bleeding Possibly Be Beneficial? 
Many conditions that we suffer with are related to inflammation. This includes all conditions that end with the word “itis” such as arthritis, tendonitis, gastritis, appendicitis etc. The common factor in all these conditions is that there is too much unwanted inflammation in that area. This is why anti-inflammatory medication is regularly prescribed to try and reduce down the amount of this inflammation. 


Unwanted inflammation can be simplified as a state in which there is too much blood in an area causing pressure and stagnation preventing the regular flow of nutrient and waste exchange, resulting in pain and compromised natural healing abilities. If left untreated this can develop into a chronic state in which the reduced blood flow allows the build up of waste, carbon dioxide and acidity, causing further pressure, cell damage, pain, and discomfort leading to more inflammation, perpetuating the problem. 

"If there is any good in your medical treatments, it is in Hijama" 
-Prophet Muhammad (pbuh) Bukhari 5359


Why use Hijama? 
Chemical drugs can be used to reduce pain and dampen inflammation but cupping therapy has the unique ability of drawing out inflammation, stagnant blood, cell debris and toxins from deep within the body to the surface of the skin. 


By utilizing wet cupping this built up pressure can be released through tiny pin pricks or light scratches on the skin which often gives instantaneous relief and allows fresh blood, nutrients and oxygen to penetrate the area breaking the cycle of pain and discomfort. 


Traditionally it has been understood that wet cupping also allows a process of purifying the blood and removing unwanted materials from the system. By removing these elements you can reduce the problems that they cause and reduce pain, discomfort and inevitably disease. For this reason wet cupping therapy has been used throughout history to treat a wide range of conditions and even as a preventative medicine. 



What can Cupping/Hijama help?
The Prophet (saw) used hijama as a method of detoxification; after ingesting poison, treating hip pain, as a treatment against black magic, for his ankle after twisting it and he would also recommend it to people with Migraine. He (saw) would also use it regularly without having any problems, as a preventative medicine. Throughout history hijama has been used to purify the blood & for a wide range of conditions ranging from infertility & skin problems to gout & arthritis.
  
Is it Safe?
 When practiced in a clean & hygienic environment under the guidance of a qualified Health Professional hijama is very safe & relatively risk free. 


Unlike other forms of medicinal interventions hijama does not bring anything foreign into the body eliminating the chances of having a “reaction” to the treatment. It simply acts by restoring your body’s ability to repair and function to its optimal level.


Practitioners can screen for various problems &complications before performing the treatment. This involves checking blood pressure, medication & previous medical history, allowing referal of complicated cases to a senior physician when indicated. Although the quantity of blood removed in hijama is relatively minimal, iron levels and anaemia are always taken into consideration. Materials used to perform the treatment are all single use & disposedof after each patient. 


When can hijama be performed?
It is the consensus of the scholars that like any medicinal treatment hijama should be used as & when needed. This is how the Prophet (saw) used it when treating health problems. There are ahadith that mention a preferred time of the month (17th, 19th & 21st) however the prophet (saw) also performed it out of this time such as while on Hajj. There are no dates, times or days when hijama is not permitted.        

MasalahTangan/Pergelangan tangan dan lengan


Kesakitan dan masalah-masalah lain di tangan, pergelangan tangan dan lengan boleh disebabkan oleh kecederaan, aktiviti-aktiviti tertentu atau masalah kesihatan yang lain. Ikuti carta ini untuk maklumat lanjut.




DIAGNOSISTINDAKAN

Mula

Adakah anda memukul,memusingkan,terjatuh pada lengan  atau tangan anda

tidak

Pergi kepada soalan 4

Ya

2.Adakah kawasan yang terjejas itu bengkak dan lebam?


Ya

Tulang anda mungkin patah.

PentingJumpa doktor dengan segera.Letakkan ais di kawasan yang bengkakGunakan anduh untuk memegang lengan bagi megurangkan sakit.

Tidak

3.Adakah sakit bertambah bila anda menggerakkan tangan,lengan dan pergelagan tangan?.


Tidak

Jikalau tidak patah,Mungkin anggota badan anda terkilir.

Elakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan.Letakkan bungkusan ais dan jangan gerakkan tangan anda.Jumpa doktor kalau bertambah sakit


*4. Adakah sakitnya bertambah apabila digerakkan berulang kali,contoh semasa anda bermain sukan dan bekerja?


Ya

Anda mungkin mengalami  TENDINITIS( keradangan tendon), 

Letakkan bungkusan ais dibahagian sakit dan rehatkan tangan anda.Jumpa doktor jikalau tiada perubahan atau bahagian yang sakit makin teruk takut terkena jangkitan..

Tidak

5. Adakah anda merasa sakit apabila memegang tombol pintu  atau adakah kesakitan bermula dari  bahagian luar siku dan bergerak kebahagian tangan kepergelangan tangan?


Ya

Rehatkan tangan dan letakkan ais dibahagian siku.Jumpa doktor jikalau sakit berlanjutan.

Tidak

6.Adakah anda merasa kebas atau sakit di hujung jari,tangan,pergelangan tangan atau lengan apabila anda melendurkan pergelangan tangan anda.


Yes

Anda mungkin mengalami " CARPAL TUNNEL SYNDROME",iaitu mampatan saraf median di pergelangan tangan dan di bahagian tangan.

Jumpa doktor jika berlanjutan.

Tidak

7.
Adakah anda mempunyai benjolan atau bengkak berhampiran sendi pergelangan tangan atau jari?




Ya
Anda mungkin mengalami" GANGLION CYST,cyst yang bukan kanser.
Jumpa doktor jika cyst itu terasa sakit atau membesar dengan  cepat
Tidak
8. Adakah anda mempunyai kemerahan, bengkak atau sakit pada kulit sekitar luka atau dibahagian cedera, atau ada rentetan merah di mana-mana bahagian lengan atau tangan anda?

Ya
Ini adalah merupakan tanda-tanda berlakunya jangkitan  dibahagian lengan ,tangan atau pergelangan tangan.
Penting
Jumpa doktor segera untuk mendapatkan antibiotik.
Tidak
9. Adakah satu atau lebih sendi bengkak dan lembut?

Ya
Anda mengalami RHEUMATOID ARTHRITIS,Suatu keadaan radang sendiAnda juga boleh mempunyai GOUT​​atau JANGKITAN sendi atau tulang.
Jumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Tidak
Untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut ,jumpalah doktor.

This tool has been reviewed by doctors and is for general educational purposes only. It is not a substitute for medical advice. The information in this tool should not be relied upon to make decisions about your health. Always consult your family doctor with questions about your individual condition(s) and/or circumstances. Source: American Academy of Family Physicians. Family Health & Medical Guide. Dallas: Word Publishing; 1996.