Khamis, 23 Februari 2012

CHECK !!!! SUAMI ANDA DAYUS ATAU TIDAK


Check Suami Anda DAYUS Atau Tidak !



DAYUS menurut seorang Ustaz, dipetik dari sebuah kuliah agamanya dari Youtube (video link).

" Tidak akan masuk syurga lelaki yang Dayus....Apa yang dikatakan Dayus ialah seorang lelaki yang membiarkan (kecantikan) tubuh badan anak isterinya dinikmati oleh lelaki-lelaki bukan muhrim. Bahawasanya, 'dinikmati' itu ada 2 iaitu pertama dinikmati menerusi farajnya dan yang kedua dinikmati menerusi mata (lelaki-lelaki itu)...apabila lelaki-lelaki bukan muhrim itu berasa seronok (seksual) melihat kecantikan tubuhnya, maka si isteri telah jatuh berdosa kerana sengaja berpakaian sedemikian dan si suaminya telah menjadi seorang yang Dayus kerana membiarkan.."

Ramai wanita di Malaysia bangga memiliki suami yang berwajah tampan dan bergaya segak. Ramai wanita juga bangga suami mereka kononnya macho, berbadan tegap dan gagah perkasa. Namun, walau segagah mana pun suami mereka itu, sedangkan si isteri di bawah jagaannya ke hulu ke hilir tidak bertudung malah berpakaian sendat dan ketat atas dan bawah. Dari sudut Islam suami sebegitu adalah LEMBIK dan TIDAK BERCIRI KHALIFAH kerana tidak mampu untuk bertegas menegur isterinya supaya menutup aurat mengikut syariat Islam...

Di sana sini, amalan Free hair (tidak bertudung) apabila keluar rumah dan ke tempat awam seringkali dipandang kecil dan remeh oleh ramai wanita Melayu yang bergelar isteri hari ini. Sedarlah bahawa dosa tidak bertudung (tidak menutup aurat) itu akan terus ditanggung oleh si suami selagi mana si suami tidak bertegas dengan isterinya.

Check suami anda Dayus atau tidak ?
Guna formula di bawah:

Kacak + Tampan + Segak + Gagah + Cool + (Tidak Tegas Bab AURAT Isteri) = Suami DAYUS

Tak kacak mana pun + fizikal biasa sahaja + (Ambil Berat Bab AURAT Isteri) = Suami SOLEH

Kacak + Tampan + Segak + Gagah + Cool + (Ambil Berat Bab AURAT Isteri) = Suami SOLEH MARVELOUS

KEMPEN: DELETE GAMBAR DEDAH AURAT ANDA DI FACEBOOK


Kempen: DELETE Gambar Dedah Aurat Anda Dari Facebook

  • Kempen: DELETE Gambar Dedah Aurat Anda Dari Facebook
  • Penganjur: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/
  • Sasaran: Wanita-Wanita Islam Khususnya Melayu Yang Lalai Mendedah Aurat Di Facebook
  • Tempoh Kempen: Selagi Facebook Wujud
  • Objektif: Menyedarkan Mereka Bahawa Lagi Lama Membiarkan Gambar Tidak Menutup Aurat Mereka Tersiar Di Facebook, Dosa Akan Bertambah Dalam Buku Amalan.
  • Penyertaan: Bloggers, Pemilik Laman Web
  • Ganjaran: Pahala Dari Allah Kerana Usaha Menyebar Kesedaran

Isnin, 20 Februari 2012

Apa Ertinya Saya Menganut Islam- Fathi Yakan

                                                                       
                                     Ringkasan buku (APA  
                                  ERTINYA SAYA MENGANUT 
                                 ISLAM ) oleh Fathi Yakan

                      Buku ini terbahagi kepada 2   
                      bahagian:

               1)       Sifat-sifat yang mesti     
                         ada  pada  setiap   Muslim



             2)       Kewajipan beramal untuk 
                         Islam dan kewajipan 
                         menggabungkan diri  
                         dalam  harakah Islamiah




Bahagian pertama: Sifat- sifat yang mesti ada pada setiap Muslim


Saya mestilah:


þ      Muslim dari segi aqidah


þ      Muslim dari segi ibadah


þ      Muslim dari segi akhlak


þ      Muslim dari segi keluarga


þ      Dapat menguasai diri saya


þ      Yakin masa depan Islam yang gemilang


Muslim dari segi aqidah

                Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim, saya mestilah:


1)       Yakin bahawa Tuhanlah yang mencipta alam ini


2)       Yakin bahawa alam ini diciptakan dengan tujuan tertentu


3)       Yakin dengan para Rasul


4)       Yakin bahawa matlamat hidup manusia dalamkehidupan di dunia ini ialah untuk mengenal Allah, taat dan mengabdikan diri kepada-Nya


5)       Yakin dengan syurga dan neraka


6)       Yakin bahawa setiap yang baik dan buruk itu berlaku atas kehendak Allah


7)       Yakin bahawa syariat dan undang-undang Allah adalah mutlak- tidak boleh dipertikai


8)       Ambil tahu Asma ul Husna


9)       Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah


10)    Ambil tahu ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan Allah


11)    Yakin bahawa pendapat para salafus soleh lebih utama untuk diikuti


12)    Mengabdikan diri hanya kepada Allah


13)    Takut semata-mata kepada Allah


14)    Sentiasa berusaha untuk mengingati Allah dalam keadaan diam ataupun bersuara


15)    Mencintai Allah


16)    Bertawakkal dalam segala perkara


17)    Bersyukur


18)    Selalu bertaubat


19)    Sentiasa dalam keadaan bermurakabah terhadap Allah

MENUTUP AURAT BUKAN SEKADAR BERTUDUNG









Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak terpapar di internet.

Alhamdulillah, iman yang masih ada dalam diri masih menjerit-jerit secara halus meminta supaya mereka kembali kepada fitrah. Di antara fitrah itu ialah menutup aurat mereka terutama dari kalangan wanita. Ia bukan kongkongan tetapi bermaksud membimbing masyarakat menjadi baik.

Bagi mereka yang belum insaf, maka ambillah peluang lebih awal sebelum gambar-gambar free hair dan ‘berpakaian tapi bertelanjang’ mereka  terpampang dengan banyaknya dalam internet.

Bagi mereka yang mula sedar dan insaf, kita ucapkan tahniah dan terus istiqamah dengan bertudung. Cuma satu perkara yang mesti difahami oleh semua ialah apabila seorang wanita Islam mula bertudung, maka ia sebenarnya baharu kembali kepada fitrah dan bukanlah bermakna ia sudah menjadi ‘malaikat’.

Menutup aurat sebenarnya mesti melihat pelbagai aspek-cara bertudung, jenis pakaian, cara berinteraksi, perangai lama yang masih ada, termasuk konsep tabarruj yang masih jauh dilaksanakan oleh ramai wanita Islam. Sekali lagi ingin saya tegaskan, semua hukum ini tidak bermaksud mengongkong wanita Islam tetapi ia adalah sebagai tanda iman, tanda tunduk kepada perintah Allah, tanda menundukkan nafsu di bawah kehendak Allah dan tanda wanita itu menjaga maruah dan harga dirinya.



Presiden Teras(PertubuhanTeras Pengupayaan Melayu ) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas dewasa ini, namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti yang ditekankan dalam Islam.

Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu terrtentu sahaja, wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadah dan berseni adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat.

Katanya lagi, tudung yang kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai trend semasa yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.

Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam, tetapi kerana ia dilihat sebagai trend.

 Para wanita Islam sepatutnya mengingati hadis Nabi SAW, “Dua golongan dari kalangan ahli neraka, aku tidak akan memandang mereka di hari akhirat, iaitu lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan sambil menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta”.

Selasa, 14 Februari 2012

SEKS DAN OBESITAS ADAKAH HUBUNGANNYA?????????





Kegemukan (obesiti) boleh menyebabkan berbagai gangguan kesehatan, antara lain masalah seks dan kesuburan. Jika ingin persoalan seksual itu segera terselesaikan, atasi kegemukan Anda. Selain secara konvensional, obesiti juga bisa diatasi dengan operasi bypass lambung.

 Dikatakan oleh Dr. Indra Gusti Mansur,DHES, Sp.And, dari Klinik SamMarie Jakarta, obesiti dapat menyebabkan halangan (karena pengaruh fisik) dalam kontek seksual.

"Pada lelaki penumpukan lemak yang berlebihan di daerah pubis sering menyebabkan penis seakan-akan tidak menonjol, kelihatan lebih pendek dan kecil sehingga menghalang penetrasi," katanya. Dengan keadaan itu, lelaki dengan obesiti cenderung akan bertindak pasif. Hal ini tentu dapat mempengaruhi hubungan seksual suami dan isteri.

Jumlah Sperma Sedikit
Selain pengaruh fizik, terjadi juga gangguan pada metabolisme androgen yang berkaitan dengan spermatogenesis.
Menurut Dr. Indra, "Pada lelaki obesiti, juga boleh terjadi jumlah sperma yang dihasilkan berada di bawah normal. Bahkan boleh tidak diproduksi sama sekali." Dengan kata lain, obesiti pada lelaki dapat menghalang fungsi hormon testis.

Pengaruh ketidaksuburan akibat obesiti terjadi pada laki-laki dan perempuan. Penelitian tentang hubungan antara obesiti dan kesuburan sudah banyak dilakukan dengan hasil yang mendukung.

Dikatakan oleh DR. Dr. Elvina Karyadi, MSc., perempuan obesiti biasanya mengalami anovulatory chronic atau haid tidak teratur secara kronik. "Hal ini mempengaruhi kesuburan, di samping juga faktor hormon yang ikut berpengaruh," kata dokter ahli pemakanan dari Seameo-Tropmed UI ini.

Perubahan hormon atau perubahan pada sistem reproduksi boleh terjadi akibat timbunan lemak pada perempuan obesiti. "Timbunan lemak itu merangsang pembuatan hormon, terutama estrogen," jelas Dr. Yanto Kadarusman, Sp.OG-KFER, konsultan fertilitas dari FKUI-RSCM Jakarta.

Normalnya, pada usia reproduksi  hormon estrogen ini berasal dari ovari. Selain sebagai penghasil gamet atau ova, ovari juga berperanan sebagai organ endokrin karena menghasilkan hormon estrogen dan progesteron. Hanya saja, pada perempuan obesiti, estrogen ini tidak hanya berasal dari ovari tapi juga dari lemak yang berada di bawah kulit.

"Lemak bawah kulit itu berisi kolesterol, dan lemak Ini digunakan oleh badan untuk hasilkan estrogen," ujar Dr. Yanto. Maksudnya, estrogen yang berasal dari luar ovari ( dihasilkan daripada tindakbalas lemak dari bawah kulit)  cukup banyak dibuat. Padahal dari dalam ovari sendiri belum banyak estrogen yang terbentuk.

Hal ini lalu menyebabkan keluarnya luitenizing hormone (LH) sebelum waktunya. LH yang terlalu cepat keluar menyebabkan telur tidak boleh pecah  kerana telur dalam ovari belum cukup matang dan progesteron tidak terangsang, sehingga pada suatu waktu siklusnya menjadi tidak betul. Kejadian ini bisa dilihat dari siklus haid yang tidak teratur, jumlah haid yang keluar cukup banyak, dan juga masa haid yang lebih lama.

Tumbuh Banyak Bulu!
LH yang keluar terlalu cepat akan merangsang keluarnya hormon androgen. Pada siklus normal, hal ini tidak terlalu masalah, karena hormon androgen akan diubah menjadi estradiol.untuk keterangan lebih lanjut lihat laman di bawah:
http://en.wikipedia.org/wiki/Luteinizing_hormone

Pada perempuan obesiti, androgen yang keluar terlalu cepat tidak akan diubah menjadi estradiol. Mengapa? Karena hormon androgen yang keluar itu yang tidak berikat. "Inilah yang akan membuat sel telur tidak berkembang. Akibatnya ovulasi tidak terjadi," tandas Dr. Yanto.

Tingginya hormon androgen pada perempuan bisa dikenali dengan berkembangnya seks sekunder. "Timbulnya kumis, pertumbuhan bulu yang banyak, dan banyak jerawat. Metabolisme karbohidrat yang terjadi juga akan diubah menjadi lemak, sehingga orang akan semakin gemuk," ujarnya.

Masalah lain yang juga akan timbul pada penderita obesiti adalah insulin resistance. Apa hubungannya dengan ketidaksuburan? Menurut Dr. Yanto yang banyak menangani masalah kesuburan ini, "Insulin tidak mampu memasukkan gula secara lancar ke ovari, karena reseptornya ada yang rusak.. Pertumbuhan sel telur juga jadi tidak bagus atau bahkan akan berhenti. Inilah yang disebut ovarium polikistik."

Pada lelaki, insulin resistance ini akan menghalang perkembangan sperma. Bila hal ini terjadi, maka penderita akan diberi insulin synthesizer. Reseptor insulinnya dibuat sensitif lagi dengan menggunakan obat-obatan.

Obesiti memang boleh menjadi salah satu faktor terjadinya ketidaksuburan. Namun tentu saja banyak faktor lainnya yang juga turut mempengaruhi masalah tersebut, seperti faktor sperma, saluran telur, ovulasi, infeksi panggul, infeksi vagina, kelainan organik, kemampuan leher rahim dalam menerima sperma, endometrium, dan juga endometriosis.

Untuk mencegah atau mengatasi ketidaksuburan, persoalan obesiti tentu saja harus diatasi lebih dulu. Caranya adalah dengan menurunkan berat badan dan berolahraga.
Ditambahkan DR. Elvina, "Obesiti boleh ditangani dengan berbagai cara. Kombinasi antara diet, olahraga, dan obat-obatan boleh dilakukan, tergantung berapa berat obesitinya."

Bila masih masuk bab overweight, menurut DR. Elvina, kombinasi diet dan olahraga boleh dilakukan dengan intensif dan pengawasan yang ketat. Namun dalam kes obesiti dan ada beberapa komplikasi penyakit , biasanya diberikan obat-obatan untuk menurunkan berat badan.

Waktu yang diperlukan untuk mencapai berat badan normal tidak boleh ditentukan secara umum. "Tergantung masing-masing kes dan individu. Namun yang perlu diingat bahwa penurunan berat badan yang baik adalah 0,5 kg sampai 1 kg per minggu," tuturnya. Penurunan berat badan yang terlalu cepat dan banyak dalam waktu singkat, sangat tidak dianjurkan. @ Diana Yunita Sari

Bentuklah Irama Rasa Lapar..!
Diperlukan motivasi serta disiplin yang kuat untuk melakukan program diet. Setidaknya beberapa anjuran dari Dr. HR Rachmad Soegih, Sp.G., ahli pemakanan dari FKUI Jakarta berikut ini boleh di jadikan panduan:

* Diet yang rasional dan baik. Diet yang dianjurkan adalah diet rendah kalori, adekuat, rendah lemak, seimbang dan ditekankan pada pemilihan menu dari makanan konvensional agar diet mudah dilakukan dalam waktu lama.

* Diet sesuai diagnosa dan keadaan pesakit.

* Keperluan kalori berdasarkan kebiasaan sehari-hari, aktiviti fizikal, usia, dan jenis kelamin.

* Keperluan protein sekitar 15 peratus dari jumlah kalori, atau sekitar 0,8-1,2 g/kg berat badan. Boleh juga disesuaikan dengan keperluan harian yang direkomendasikan (RDA) sesuai umur. Jumlahnya boleh sedikit lebih tinggi dari keperluan
.
* Keperluan lemak adalah 20 persen dari total kalori.

* Mencukupi karbohidrat komplek dan tinggi serat lebih dari 30 gram per hari.

* Minum air putih minimun 2 liter per hari. Maksudnya untuk mengekskresi sisa metabolisme dan membuat perut cepat kenyang.

* Mengurangi jumlah pengambilan makanan dengan membuat jadual makan. Bagi yang jarang makan, frekuensi makan adalah 4 kali sehari. Sedangkan bagi yang suka mengunyah perlu 5 kali sehari.

* Makan sesuai jadual akan membentuk ritme rasa lapar. Rasa lapar harus terjadi pada jam tertentu, sehingga jumlah  makanan dapat dikuasai.

* Ganti karbohidrat yang biasa diambil untuk makan pagi dengan golongan protein. Protein lebih lama tinggal dalam perut dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama. Buah dan sayuran boleh dijadikan makanan selingan, lebih baik daripada mengambil karbohidrat.