Khamis, 12 Januari 2012

Salam Tahun Baru





Salam kepada pengunjung blog , lama  ummu tak mecatat ,bukannya apa sibuk  dengan bermacam-macam
 urusan ,sekembalinya dari tanah suci  dah masuk alam persekolahan ,dah tu  selesaikan masalah sekolah anak,hantar anak ke asrama ,uruskan pengangkutan pergi dan balik anak kesekolah dan bayar yuran sekolah anak-anak.

Rasanya belum terlambat untuk ummu ucapkan selamat menyambut tahun baru Masehi (tahun baru hijrah pada bulan 11).Tahun baru hijarah telah lama berlalu. Apa- apa pun bercakap berkenaaan tahun baru membuka lagi satu lembaran baru dalam hidup. Umur pun semakin meningkat .Kalau diikutkan faktor umur bolehlah dikatakan kubur semakin dekat dan dunia semakin jauh.Tapi kematian datang tak mengira umur. Bila  rezeki seseorang itu sudah tiada di atas dunia ini lagi makanya meninggallah orang itu,tidak kiralah tua atau muda.Masuklah ke dalam alam yang lain daripada dunia yang ada sekarang iatiu alam kubur,kalau punya amal kebaikan yang banyak selesalah disana kalau punya banyak kejahatan yang dilakukan sakitlah di alam sana .Muhasabahlah diri .......

Semoga di tahun ini kita semua berazam untuk melakukan banyak kebaikkan berganda-ganda berbanding dengan tahun lepas.Ingatkan kematian lebih banyak berbanding  tahun  sebelum ini kerana bila nafas berada di halqum tiada berguna lagi taubat anda ,,taubat anda sudah tidak valid lagi . Yang ada hanyalah penyesalan   demi  penyesalan yang tidak berkesudahan....Wallahualam  

Jumaat, 30 September 2011




Salam kepada semua pengunjung  setia blog ummu ,,Ummu bercuti sebentar untuk menyahut panggilan Kaabah,InsyaAllah jumpa lagi bila ummu kembali ke Malaysia.Doakan ummu selamat pergi dan selamat kembali

Isnin, 12 September 2011

SEORANG MUSLIM BERTINDAK MENURUT PRINSIP AL-QURAN ...siri 2



Jika seseorang Muslim itu tidak mengikut kepada prinsip-prinsip majoriti, tidak bermakna dia mengelakkan diri dan berpaling dari masyarakat juga melihat semuanya salah dan menyeleweng. Seorang Muslim akan sentiasa bijak menilai keadaan di sekelilingnya dengan panduan Al-Quran. Sebagai contoh, seorang individu yang mudah marah dan dalam masa yang mudah berkorban. Hanya kerana dia mudah marah, tidak bermakna kita terus menolak kualiti pada dirinya yang mudah mengorbankan diri untuk kepentingan orang lain, apatah memandangnya sebagai individu yang berperibadi buruk seluruhnya. Seorang Muslim yang benar akan sentiasa menghargai setiap aspek yang berkualiti pada seseorang itu dan dalam masa yang sama membantu individu itu berubah kepada yang lebih baik dengan penuh hikmah dan lemah-lembut. 

Seorang Muslim juga sentiasa rasional dan penuh semangat. Walaupun berada dalam suasana yang sukar dan terdedah kepada pelbagai kesusahan, dia sentiasa mencari hikmah dan keindahan dalam aturan ALLAH kerana dia yakin ALLAH akan memberi keindahan pada setiap perkara. Dia sentiasa sedar dan insaf bahawa hanya ALLAH yang mengatur segala agar dia mengambil iktibar dan takut padaNYA. Setiap keindahan yang diciptakanNYA juga adalah perlu untuk dia belajar dan mengambil pengajaran. Oleh yang demikian, seorang Muslim tidak seharusnya mengenepikan prinsip masyarakat secara sepenuhnya. Sebaliknya, Al-Quran dan Sunnah dijadikan panduan dalam setiap perkara dan belajar untuk menghargai segala keindahan pada aturanNYA. 
Apr 21, 2010

Koleksi Kisah Srikandi Islam [ RAMLAH BINTI ABU SOFYAN ]







Ramlah binti Abu Sofyan dilahirkan dua puluh lima tahun sebelum hijrah atau kurang lebih tiga belas tahun sebelum Muhammad saw diangkat Rasul. Ayahnya adalah Shakhr bin Harb bin Umayyah yang dikenal sebagai Abu Sofyan. Ia adalah pembesar Quraisy yang terpandang pada masanya. Sedangkan ibunya bernama Saffiyyah binti Abul Ash, bibi Usman bin Affan.

Tahun demi tahun berlalu dengan cepat. Ramlah tumbuh menjadi gadis cantik yang dikagumi pemuda-pemuda Quraisy. Salah seorang di antara mereka adalah Ubaydillah bin Jahsy, pemuda bangsawan Quraisy yang tekun mempelajari ajaran Nabi Isa as dan selalu menyertai Waraqah bin Naufal, seorang pendeta nasrani. Ia melamar Ramlah. Lamaran itu diterima dan tak lama kemudian mereka menikah.

Beberapa waktu setelah pernikahan tersebut, Muhammad saw diangkat sebagai Rasul. Berita ini teryebar di kalangan masyarakat Quraisy. Ubaydillah menyambut seruan rasulullah dan menyatakan keimanannya karena ia mendengar Waraqah bin Naufal membenarkan kenabian Muhammad saw. Ramlah pun mengikuti jejak suaminya, memeluk Islam.

Saat Ramlah sedang mengandung, Rasulullah saw menyerukan kaum muslimin untuk berhijran ke Habasyah. Maka berangkatlah Ramlah dan suaminya menuju Habasyah. Ramlah melahirkan Habibah, anaknya di Habasyah. Sejak itu ia lebih dikenal dengan sebutan Ummu Habibah.

Suatu malam, Ramlah terbagnun dari tidurnya. Ia bermimopi buruk tentang suaminya. Diriwayatkan dari Ismail bin As, Ummu Habibah berkata, 鄭ku melihat suamiku, Ubaydillah bin Jahsy dalam mimpi dengan penampilan yang sangat buruk. Aku terkejut kemudian berkata, 泥emi allah engkaua telah berubah!粕

Pagi harinya, Ubaydillah bin Jahsy berkata, 填mmu Habibah, aku berpikir tentang agama, dan menurutku tidak ada agama yang lebih baik dari agama nasrani. Aku memeluknya dulu. Kemudian aku bergabung dengan agama Muhammad, tetapi sekarang aku kembali memeluk Nasrani.・br /> 
Ramlah berkata, Demi Allah! Tidak ada kebaikan bersamamu! Kemudian diceritakanlah pada suaminya mimpi itu, tetapi Ubaydillah tak menghiraukannya. Ubaydillah kemudian menjadi peminum arak sampai akhir hayatnya.

Setelah Ubaydillah meninggal, Ramlah bermimpi Ubaydillah mendatangi dan memanggilnya Ummul Mukminin. Ramlah terkejut dan menafsirkan bahwa Rasulullah akan menikahinya. 

Setelah berpisah dengan suaminya, Ramlah membesarkan anaknya sendirian di Habasyah. Peristiwa yang menimpa Ramlah didengar oleh Rasulullah saw. Setelah masa idah Ramlah selesai, Rasulullah meminta bantuan Negus, penguasa Negus, penguasa Habasyah untuk melamarkan Ramlah. Setelah membaca surat dari Rasulullah, Negus mengutus Abrahah, seorang budak perempuannya untuk menjumpai Ramlah. Ramlah menerima lamaran Rasulullah dengan mas kawin sebesar 400 dinar. Khalid bin Sa段d menjadi wali pernikahannya pada saat itu. Pernikahan itu terjadi sekitar tahun ketujuh hijrah.

Setelah kemenangan kaum muslimin dalam perang Khaibar, rombongan muhajirin dari Habasyah termasuk Ramlah kembali ke Madinah danmenetap bersama Rasulullah saw. 

Ramlah selalu tegas dan teguh berpegang kepada Al Islam termasuk dalam menghadapi Abu Sofyan, bapaknya. Salah satu ucapana Ramlah kepada Abu Sofyan adalah, 鄭yahku adalah Islam. Aku tidak mempunyai ayah selainnya, selama mereka masih membanggakan Bani Qais atau bani Tamim.・

Pada kesempatan lain, setelah perjanjian Hubaybiah, Abu Sofyan yang datang ke Madian untuk bertemu Rasulullah bertemu Ramlah. Saat itu Ramlah antara lain berkata, 鄭llah telah menunjukkan Islam kepadaku. Ayah adalah pemimpin dan pembesar Quraisy. Apa yang membuat ayah enggan masuk Islam? Ayah menyembah berhala yang tidak mendengar dan tidak melihat.・

Beberapa tahun setelah berkumpul dengan Ramlah, Rasulullah saw meninggal dunia. Sepeninggal Rasulullah, Ramlah benar-benar menyibukkan diri dengan beribadah danberbuat kebaikan. Dia berpegang teguh dengan nasihat Rasulullah saw dan senantiasa berusaha mempersatukan kaum muslimin dengan kemampuannya sampai ia meninggal dunia pada tahun ke 46 Hijriah.