Sabtu, 13 Ogos 2011

KAEDAH SCAN GANGGUAN JIN BAGI JURUBEKAM Part 1







1) Jurubekam perlu menekan kedua-dua belah tangan pesakit (point warna merah) selama 20 saat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dengan kadar tekanan SEDERHANA.

2) Jurubekam perlu baca ayat scan seperti gambar diatas sebanyak 7x dalam hati semasa proses menekan tersebut.

3) Perhatikan respon pesakit,jika pesakit terasa sakit menyucuk/renjatan elektrik pada point yang ditekan tadi,maka SAH pesakit ada simptom gangguan jin.

4) Nasihatkan pesakit untuk menjalani bekam darah.

5) Mengikut pengalaman-pengalaman yang lepas dalam merawat pesakit gangguan jin dengan kaedah bekam,jika kita tekan lagi point yang tadi selepas pesakit berbekam,pesakit sudah tidak merasa sakit lagi seperti sebelumnya,ini petanda pesakit sudah mulai pulih dari gangguan.

ANGGOTA BADAN YANG DILARANG BERBEKAM DARAH











1) Mata
2) Hidung
3) Telinga
4) Kemaluan
5) Dubur
6) Pusat
7) Mulut
8) Kawasan yang bernanah
9) Kawasan yang ada luka

PERLU URUTAN POINT BEKAM SEBELUM DAN SELEPAS BERBEKAM

















Urutan perlu dilakukan selama 20 saat dengan menggunakan ibu jari pada kawasan yang hendak kita lakukan bekam darah.Urutan ini dilakukan sebelum dan selepas rawatan bekam,bagi urutan sebelum berbekam,ini dilakukan supaya kulit tidak terasa perit bila sedutan bekam dilakukan dan membuatkan darah kotor keluar agak banyak sikit kerana saluran darah mulai lancar.

Bagi urutan selapas berbekam,tujuannya ialah untuk menghilangkan kesan lebam pada point bekam selepas sesi berbekam.Minyak yang disyorkan untuk urutan dalam proses berbekam ialah minyak but-but atau minyak habbatussauda . Kedua-dua minyak ini mengandungi unsur antiseptik yang tinggi, dimana berbekam akan meninggalkan kesan luka yang terbuka.

Ahad, 7 Ogos 2011

BAYI TERTEKAN DENGAN KERETA SORONG



ea0b2a3b24a936be
Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bayi mungkin mengalami tekanan akibat dari penggunaan kereta sorong yang mengadap ke hadapan.
Penyelidikan di universiti Dundee di Scotland itu mendapati bayi yang menaiki kereta sorong mengadap ke hadapan mungkin akan ‘ketandusan emosi’ kelak disebabkan kurangnya hubungan muka dengan anak dan ibu bapa.
Dengan meletakkan bayi menghadap ibu  bapa ketika dalam kereta sorong dikatakan dapat memberi mereka ketenteraman positif dan mengurangkan tekanan mental.
Penyelidik dari Sekolah Psikologi dari universiti tersebut mengaitkan rumusan berkenaan dengan kajian sains neurologi yang menunjukkan interaksi sosial ketika tahun -tahun awal perkembangan otak kanak-kanak adalah amat penting.
Data yang dikumpulkan didakwa menunjukkan bayi dizaman ini ketandusan emosi dan mungkin tertekan dengan penggunaan kereta sorong sedemikian. ini menyebabkan mereka membesar sebagai golongan dewasa yang dibelengu rasa khuatir.
Maklumat yang dikumpulkan menunjukkan 25%  ibu bapa yang menghadap muka  anak mereka, lebih banyak bercakap dan berinteraksi bersama sementara denyut jantung anak juga lebih rendah jika mereka dapat melihat individu yang menolak kereta sorong tersebut .
Penyelidikan itu dikatakan bertujuan untuk memberi ibu bapa pilihan terbaik dalam memilih cara untuk  membentuk perkembangan fizikal dan emosi anak mereka  berdasarkan maklumat yang cukup, terutama dalam meningkatkan komunikasi peringkat awal , antara anak dan ibu bapa.
- Petikan Mingguan Malaysia , dec 2008

Jumaat, 5 Ogos 2011

KELEBIHAN MENJAGA IBU DAN BAPA









Assalamuaalaikum,


Ummu mahu barcerita pasal kelebihan menjaga kedua orang tua, Tak kisahlah ibubapa sendiri atau ibubapa mertua.Tapi terlebih dahulu ummu nak bercerita pasal anak yang  punya banyak alasan untuk menjenguk orang tua yang berada di kampung .Tidak kiralah apa pun alasan ,mak atau ayah di kampung senantiasa mengharapkan kepulangan anak-anak.
kalau takpun menelepon sekali  seminggu atau sebulan sekali. 


Bila sang anak tidak bertanya khabar ,maka para ibubapa akan bersedih. Kesedihan ibubapa itulah akan menyebabkan hidup sang anak tidak tenang bahkan di rundung malang.dan cerita yang ummu paparkan ini adalah cerita benar dan ianya berlaku didepan mata ummu sendiri.


Ada seorang ibu, namanya Senah(nama samaran).Ibu ini ada 6 orang anak.Tinggalnya di Johor .Semua anak-anaknya berkerjaya,ada yang bergaji kecil dan ada yang bergaji besar sehingga mencecah Rm 10.000 sebulan.Ummu nak ceritakan tentang anaknya yang nombor tiga. Namanya Adi (nama samaran ) . Tinggalnya di   Pinang .Anaknya yang lain tu punya masaalah sendiri tapi tak ketara sangatlah.Yang nombor 3 ni punya masaalah yang beriringan dengan apa yang dikeluhkan , Sangatlah ketara  .Apabila berjumpa ibunya semasa pulang kekampung  tak kiralah cuti sekolah ke atau cuti musim perayaan .Nak tau tak apa masaalahnya  iaitu jauh dan penat untuk pulang kekampung menjenguk ibunya,


Bila balik kampung je,Adi(nama samaran) akan berkata jauh betullah atau penat betullah balik kampung ni. Mak cik senah pun berkata pula,,tak apelah Adi kalau jauh dan susah ,,,tak pelah tak balik kampunglah....Nak dijadikan cerita ,,,,,Mulanya Adi berkerja di Johor, kemidian di pindakn ke Melaka dan dipindahkan kerja nun jauh di utara iaitu di Kedah .Bila kerja di Kedah lagilah bertambah jauh jarak perjalanan balik kampung lagilah bising Adi,,,,,,,,Lalu Allah Jauhkan lagi jarak perjalanan Adi dengan masaalah isterinya yang mengidap penyakit kronik yang menyebabkan Adi mungkin tak dapat balik kekampung lagi selepas ini.


Begitulah ceritanya bila banyak sangat alasan untuk menggembirakan hati para ibubapa. Lalu Allah susahkan dan susahkan lagi hidup anak itu kerana dosa yang kita lakukan kepada ibubapa akan Allah balas di atas mukabumi Allah ini Tak payah tunggu meninggal dunia.


Disiniummu catatkan nasihat Luqman al-Hakim:



  Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.
                        Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.
                        Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"


Berbuat baiklah kepada kedua ibubapa anda.selalulah balik kampong atau menelepun bertanya khabar.