Jumaat, 5 Ogos 2011

Sabtu, 12 Disember 2009


Bolehkah Doktor Merawat Pesakit Berlainan Jantina?

Assalamualaikum.

Sebelum ini Ummi ada mengeluarkan artikel bertajuk 'Dr Lelaki Atau Perempuan?' yang boleh dibaca di sini. Hari ini Ummi terbaca pula artikel bertajuk 'Adakah Boleh Doktor Merawat Pesakit Berlainan Jantina?' dari laman Ustaz FaridRashidi.Com. Sungguh mengesankan!

Ummi sendiri sebagai doktor wanita Islam di sebuah klinik swasta merasa cukup terkilan dengan masyarakat kita terutamanya kaum wanita yang tidak mengambil kisah dengan perkara ini. "Jumpalah doktor mana-manapun. Sama jer..." kata mereka. Malah lebih menyedihkan ada sebahagiannya yang hanya memberikan alasan ;"Alahh...saya dah turun temurun dapatkan rawatan dengan Dr Lim tu kak. Dia tu dah jadi macam doktor peribadi keluarga saya dah". Kalau setakat demam selsema tu bolehlah tahan, tapi untuk masalah sakit puan yang memerlukan pendedahan aurat dalam pemeriksaan kesihatanpun mereka sanggup? MasyaAllah....

Pengalaman bersama pesakit lelaki pula macamana? Hmm...tak taulah Ummi nak cakap. Yang perempuannya suka jumpa doktor lelaki, yang lelakinya pulak suka jumpa doktor perempuan? Lebih memelikkan lagi, ada pasangan suami isteri tu, si suami datang jumpa Ummi untuk masalahnya dan si isteri datang jumpa Dr Abi! Tak ke dunia dah terbalik? Nasiblah Ummi ni suami isteri doktor, untuk masalah-masalah yang melibatkan aurat lelaki, bolehlah Ummi rujuk pada Abi dan begitu juga sebaliknya.

Pernah suatu ketika tu datang seorang pesakit lelaki yang mengadu masalah 'sakit tuan' dan mintak Ummi buatkan pemeriksaan lengkap untuknya. Secara lembut Ummi menolak kerana dia masih ada pilihan untuk berjumpa dengan doktor lelaki dan Ummi sendiri yang akan merujuknya. Tapi tuan-tuan nak tahu apa jawapannya? "Saya seganlah dengan suami doktor. Doktor jerlah yang examine saya!" MasyaAllah, memang dunia dah terbalik! Seorang pesakit lelaki boleh segan dengan doktor lelaki tapi tak segan nak mendedahkan auratnya pada doktor perempuan? Lebih tragis lagi, ada pulak yang menasihatkan kita, "Alahh..doktor tak payah seganlah dengan saya. Saya dah kahwinpun!" Tak ke haru?

Pengalaman Dr Abi dengan pesakit perempuan pulak? Kisah yang sama, malah banyak yang pelik wal melik. Malas Ummi nak cerita.

Kesimpulannya, kefahaman masyarakat Islam kita terhadap isu-isu penjagaan aurat sebegini teramatlah cetek dan seringkali dianggap remeh oleh sebahagian besar dari mereka. Amat malang sekali!

Berikut Ummi paste kan artikel yang ditulis oleh Ustaz Farid Rashidi untuk tatapan dan renungan kita semua. Jazakallahukhair ustaz atas pendedahan yang sangat berguna ini.

*************************************************************************************
“Siapakah yang bersalah, doktor atau pesakit jika ternampak aurat?” Tanya seseorang.
“Bagaimana hukumnya?”
Saya percaya, ramai di kalangan kita masih samar-samar mengenai hukum berkaitan dengannya. Tambahan pula perkara ini seolah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat sehinggakan perkara sebenar tidak diaplikasikan sebaik mungkin. Di sini kita bukan mahu mencari salah siapa samaada pesakit ataupun doktor, akan tetapi mahu mengambil jalan penyelesaian agar dapat diselesaikan semaksimum mungkin.

BOLEHKAH DOKTOR LELAKI MENGUBATI PESAKIT WANITA ATAUPUN SEBALIKNYA?
Memahami masalah ini pada asasnya perbuatan melihat aurat wanita adalah ditegah sama sekali. Islam mengharamkan lelaki melihat aurat wanita, begitu juga wanita melihat aurat lelaki. Namun dalam masalah mengubati pesakit berlainan jantina diharus bersyarat.

Majma’ al-Fiqhi al-Masihi di bawah Rabitah al-A’lami al-Islami di dalam seminarnya yang ke-14 bertempat di Mekah bertarikh 20 Sya’ban 1415 Hijrah bersamaan 21 Januari 1995M telah mengeluarkan resolusinya seperti berikut:

1. Syariat pada asalnya mengharamkan perempuan mendedahkan aurat kepada lelaki dan mengharamkan lelaki mendedahkan aurat kepada perempuan. Begitu juga perempuan diharamkan mendedahkan aurat sesama perempuan atau lelaki sesama lelaki.

2. Pihak Majma’ sekali lagi menegaskan di dalam resolusinya yang bernombor 85/12/85 di dalam persidangan yang bermula pada 1-7 Januari 1414H bahawa: “Asalnya apabila kedapatan doktor perempuan Islam, dialah yang wajib merawat pesakit wanita. Jika doktor Islam tidak ada, maka mestilah doktor wanita bukan Islam. Apabila doktor wanita bukan Islam tidak ada, maka dibolehkan doktor lelaki Islam. Apabila ketiadaan doktor lelaki Islam, barulah dibolehkan doktor lelaki bukan Islam merawat pesakit wanita Islam. Ianya mesti disyaratkan melihat bahagian badan perempuan yang diperlukan sahaja bagi menentukan jenis penyakit serta merawatnya, dan tidak boleh melampaui batas keperluan.

Hendaklah menutup anggota badan sekadar yang terdaya. Apabila seseorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, maka pesakit perempuan hendaklah ditemani mahram atau suami atau perempuan lain yang boleh dipercayai, dibimbangi berlakunya khalwat.”
Manakala di dalam kita Fiqh as-Sadah as-Syafie’yah oleh Doktor Khalifah Abdul Basit Shahin menyebut bahawa melihat aurat berlainan jantina tanpa sebab adalah haram. Ini berdasarkan dalil al-Quran bermaksud:
“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Begitu juga Allah SWT mengharamkan ke atas wanita melihat aurat orang lain:
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat.”
Pengarang juga membahagikan sebab yang diharuskan melihat aurat berlainan jantina kepada tiga bahagian dan ini termasuklah mengenai rawatan oleh para doktor.
Justeru, secara kesimpulannya prioriti bagi merawat pesakit menurut syariat Islam adalah sebagaimana berikut:
1.Doktor wanita Islam
2.Doktor wanita bukan Islam
3.Doktor lelaki Islam
4.Doktor lelaki bukan Islam

DOKTOR YANG MENGAMBIL KESEMPATAN


Dewasa ini kedapatan banyak kes melibatkan doktor ke atas pesakit, ini termasuklah kes cabul, rogol ataupun perzinaan. Inilah natijahnya jika tidak mengguna pakai aturan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Doktor-doktor keluaran sistem barat tidak langsung menitikberatkan soal akhlak dan syariat ketika mengubati pesakit berlawanan jantina. Malah doktor berhidung belang seperti ini sanggup mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Pada asalnya tugas sebagai doktor adalah suatu profesyen yang baik dan mulia kerana membantu manusia dari kecelakaan. Namun ianya menjadi haram kerana salahguna tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Sudah tentu ianya mencalarkan kredibiliti sebagai seorang doktor profesional.

Saya yakin, mengambil alasan darurat (sedangkan masih ada jalan penyelesaian) demi memuaskan nafsu syahwat itu bukan etika seorang doktor muslim dan tidak termasuk silibus yang pernah dipelajari bertahun-tahun!

PESAKIT YANG TIDAK PEKA

Masalah ini juga pada asasnya terletak kepada pendirian pesakit itu sendiri. Dalam hal ini, saya melihat ramai di kalangan kita mengambil jalan mudah dan langsung tidak menghiraukan soal penjagaan syariat ketika menerima rawatan. Masakan tidak, terkadang masih wujud klinik yang mempunyai doktor wanita Islam tetapi mereka lebih gemar memilih untuk menerima rawatan dari doktor lelaki malah lebih dahsyat apabila lelaki itu bukan beragama Islam.

Jika sakit itu melibatkan batuk demam mungkin tidak terlalu bermasalah, tetapi jika sakit itu melibatkan aurat mughallazah (aurat berat seperti tubuh badan wanita dan alat sulit) tidakkah ianya sesuatu yang mengundang risiko? Tidak tercalarkah maruah?

Tambahan pula perkara ini melibatkan kesan psikologi pesakit, terutamanya pesakit wanita jika ianya melibatkan aurat sulit. Sudah tentu timbul pelbagai perasaan kelak jika tidak dibendung segera.
Pekalah dengan keadaan semasa, usahlah terlalu mengambil ringan dan memandang enteng tentang perkara ini. Berhati-hatilah!
Mencegah itu bukankah lebih baik dari mengubati?

JADILAH DOKTOR YANG ISLAMIK

Suka saya untuk mengutip kata-kata nasihat beberapa orang doktor buat tatapan pembaca di blog ini.
Kata Dr.Hamdi Mas’ud dalam kitabnya Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta’alim al-Islambermaksud:
“Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya.. hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan ke dalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenar.. bertitik-tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.”
Renungilah pula kata-kata dari Dr. Nada Abd Azez Mohamed al-Yusfi, dalam kitabnya Ila at-Tobib wa Tolib at-Tib Kaifa Takhdimu al-Islam:
“Sesengguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-Quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya kadang-kadang banyak rehat, hidup matinya dalam keadaan jiwanya kerdil. Adapun doktor yang berjiwa besar sanggup memikul tugasan yang penat ini, tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya, berada di atas tilam empuk dan kehidupan yang senang-lenang disamping harta benda yang memuaskan. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memberitahu keadaan sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Saidatina Khadijah: Telah berlalu masa untuk tidur wahai khadijah. Maka kami ingin menyatakan di sini: Telah berlalu masa untuk kamu tidur dan pejam lelap wahai penuntut-penuntut bidang perubatan!”
Subhanallah, nasihat yang berbekas!
10:15AM, 12 Disember 2009,
Siberbay, Tanta.

How Do You Identify a Good Quality Coconut Oil?


Source: Coconut Research Center, by Dr. Bruce Fife, an internationally recognized expert on the health and nutritional aspects of coconut and related products.

One of the questions I'm asked most often is: How can a person identify a good quality coconut oil? There is a way you can tell a high quality coconut oil from the rest. There are four things you can look for in a quality coconut oil. I'll discuss each one briefly.

The first thing to look for is a Virgin coconut oil. I recommend virgin coconut oil over non-virgin or RBD oil. RBD stands for refined, bleached, and deodorized. The less processing a food undergoes the higher the nutrient content and the healthier it is. Processing removes and destroys nutrients. Virgin coconut oil is made from fresh coconut without high heat or chemicals.

The resulting product is less refined than RBD oil and retains more of its natural phytonutrients, which give coconut its distinctive aroma and flavor. In RBD oil all the phytonutrients have been removed so it is tasteless and odorless.

Although virgin coconut oils, in general, are superior to RBD oils, not all virgin oils are of equal quality. In fact, there is a wide range of quality among them. There are many different ways to make virgin coconut oil. The methods and care used in the process determines the final quality of the product.

To be honest with you, I have tasted some very poor quality coconut oils. In fact, some have been so bad I had to spit them out. Oils like this give the coconut oil industry a bad name. I won't tell which brands to avoid, but I will give you some guidelines to distinguish the good from the not-so-good.

I have tasted many good quality and a few extraordinary quality coconut oils. How do you tell the difference? How can you avoid the "not-so-good" ones? Appearances can be deceiving, that is if you don't know what to look for. When looking for the best quality oil the appearance is very important. The second thing you look for in a high quality coconut oil is purity.

If you are familiar with coconut oil you know it naturally has a high melting point. At 76 degrees F and lower it become solid, at higher temperatures it turns into a liquid. It's much like butter, when it's in the refrigerator its solid but if left out on a hot day it melts.

High quality virgin coconut oil should be snow white in color when it is solid and water clear when liquid. If you see any shade of yellow or gray it is of an inferior quality. Pure coconut oil is colorless. Any discoloration is a sign of contamination. Contamination can be from mold or smoke residue.

If old or sun-dried coconuts are used to make oil it will almost always contain mold. The mold isn't considered harmful because temperatures used in processing are high enough to essentially sterilize it. If the heat used comes from open flames from wood or gas fuel smoke can be absorbed into the oil.

The third thing to look for in a high quality coconut oil is aroma and flavor. Virgin coconut oils should always retain a coconut smell and taste. If not, they have been highly refined. If they have no flavor they are essentially RBD oil, even if they did come from fresh coconut.

Some virgin coconut oils have a very strong flavor or smell. These are almost always of poor quality. The smell and taste comes primarily from contaminates and not coconut. If the oil does not taste and smell like fresh coconut beware. Some of the nastiest oils I have tasted were strong flavored and did not taste like coconut.

Most virgin coconut oils use some type of heat in processing. Often smoke from the heating process contaminates the oil giving it a toasted or smoky smell and taste. Some oils when I open the jar smell like roasted coconut, which I like, but tastes like smoke, which I don't like.

The very best virgin coconut oils do not have a strong roasted or smoky taste or smell. They should have a very mild coconut aroma and flavor. The flavor should not be overpowering, but just mild enough to enjoy without altering the flavor of the foods it's used with.

The fourth criteria is price. You get what you pay for. Obviously, a very inexpensive oil is going to be of inferior quality. From my experience the cheapest oils are the most disagreeable tasting, and usually tainted with residual contaminants.

The way to judge an oil is: 1) source, 2) appearance, 3) taste and aroma, and 4) price.

How to Make Virgin Coconut Oil With Milyn and Peter Christopher

peterchristopher's picture
Here is the basic process we use to make virgin coconut oil at home.  Try it!!  There are also some pictures.  For the full description, follow along with the pictures.

Summary of How to Make Virgin Coconut Oil At Home

Step I: Make Coconut Milk
Step II: Ferment overnight (the separation occurs naturally during fermentation).

Detailed Explanations With Pictures of Making Your Own Homemade Virgin Coconut Oil 
Step III: Use your VCO coconut oil!
This is a page by Peter and Milyn Christopher of how we make virgin homemade coconut oil in the Philippines and in Costa Rica.
(Before Step 1) Collect Coconuts
climb coconutIf you are fortunate enough to have coconut trees in your yard, the first thing is of course to climb the tree, as my wife Milyn demonstrates here. 
The coconut she is carrying down is actually a young coconut.  For making coconut oil, use only old coconuts (brown) - when they are about to fall off the tree, or just after they have fallen down.
 
collecting coconuts in Costa RicaIf you don't have any coconut trees, let's hope you live near a beach where it is legal to collect coconuts.  When we lived in Uvita, Costa Rica we had to resort to collecting the coconuts on the beach.  But we enjoyed our time at the beach, so we can't complain! Can't process your own coconut oil in Vermont, no coconuts!
On the way home, we had to put the sack of coconuts on the motorcycle.coconuts in sack on motorcycle
I rode it by myself around the mud patch, but on the main road, my wife and baby also rode along with me and the sack of coconuts.

 
Make Coconut Milk
When you are ready with the coconuts, you need to open them up.  You can take off the husk following Milyn's example, if you want.milyn open coconut with machete 2milyn open coconut with machete 3
 
milyn open coconut 5milyn open coconut 6

 
peter open coconutOr you can simply open the coconut with the shell still on.  Depends on your preference.  In any case, afterwards you need to remove the coconut meat - a screwdriver works well for us.  If any coconut smells bad, do not use it.  Just throw it out.
Peter loves using the machete.

 
prepare the coconut for blending by cutting into small piecesThe next step is to blend the coconut.  If you don't have a very strong blender, get one!  If that's not a possibility, you'll have to figure out some way to shred the coconut.  We have a 600W blender, and as long as the pieces are of reasonable size, with sufficient water in the blender (about 3 cups of water for 2 cups of coconut pieces) it has no problems.
Then you blend!
blend coconut

 
The next step is to straing the coconut milk. Use something strong and clean - a freshly washed T-shirt or pillowcase works fine.  You should also squeeze out as much milk as you can.  With the coconut powder flakes, just give them to your animals.strain coconut milkstrain coconut milk 1
 squeeze
 
fermented coconut milk
Now that you have finished making the coconut milk, you must leave it 24-48 hours to ferment. You'll need to leave it in an enclosed container. We have used stainless steel, and we've also used plastic buckets. Occasionally the oil does not separate properly (I think because the correct yeast is not present in sufficient quantity). But usually after just 1-2 days the oil will be near the top, thanks to the action of natural yeasts that hang out near coconut plants.

 
coconut oil separates naturallyAt this point, you can pour it into a more convenient (narrower) container to get the oil off the top. Here we have poured it into a 1.5 gallon clear jug so you can see it.  After a few hours, the oil will separate naturally.  If it doesn't (sometimes if it is under 75 degrees) you can warm it up just ever so gently for 10 minutes and it will promptly separate.warm coconut oil to separate it
 
coconut oil in refrigeratorThe final step is to put the coconut oil in a separate container. We have done this successfully in two ways: with a small hose, siphoning it out; and cooling it in the refrigerator. You can also try to pour it, but it doesn't usually work very well in my experience.  After just a few hours in the refrigerator, you can cut the bottle and slice out the coconut oil.  
Then you're all ready to use your virgin coconut oil.  Try it with popcorn, any type of cooking, or use it for salad, or any other time you want to use oil.  Enjoy your coconut oil in Costa Rica, Philippines, Nicaragua, Honduras, Panama, Thailand, or wherever you may be!

Rabu, 3 Ogos 2011

DURIAN


Sekarang ni kat johor musim durian, Boleh dikatakan selang satu hari suami ummu belikan durian, Tempatnya kat mana lagi kalau tak  kat Kipmart masai.Harga sekarang ni murah, ada 5 biji  Rm 10 ,ada 6 biji Rm 10 bahkan satu hari tu  harganya jadi 50 sen sebiji. Apa lagi suami ummu beli yang paling murah ,, tapi isinya  hemmmm  sedap.

Jadi diwaktu ini ummu nak berkongsi pasal khasiat durianTerlebih dahulu kita berkenalan dengan durian sebab tak kenal maka tak cinta heheheh..Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya.

 Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Tapi pelik pulak, mak mertua ummu yang kena penyakit tekanan darah tinggi ,,bila makan durian pening ,,,kenapa pulak ye ???.  Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.

Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-buah-durian.html#ixzz1Tv3WMMY1


MAKANLAH BUAH-BUAHAN TEMPATAN




Sakit Mental - Kembalilah Kepada Fitrah!

Assalamualaikum.


Dah lama Ummi bercadang untuk berbicara bab penyakit pula. Tapi tak ada le pulak isu penyakit yang kontroversi sekarang ini melainkan isu‘doktor sakit mental’ yang boleh dibaca di sini.

Fulamak! Perit juga dengar kenyataan 5 doktor setiap bulan disahkan sakit mental dan lagilah perit bila ia dikaitkan sebahagian besarnya kerana isu paksaan ibubapa terhadap anak-anak untuk mengambil bidang kedoktoran. Termenung Ummi bila membaca kenyataan itu.

Malas Ummi nak ulas tajuk ini sebenarnya tapi terasa gatal juga tangan ini nak menceritakan pengalaman sendiri. Cerita pengalaman sendiri tak ada sesiapa boleh pertikaikan kesahihannya berbanding menceritakan atau mengkhabarkan sesuatu berita yang melibatkan orang lain, apalagi dalam bentuk nisbah kajian yang entah betul, entahkan tidak.

Oleh kerana Ummi nipun doktor perubatan dan Ummipun pernah melalui kehidupan sebagai pelajar perubatan serta Ummi sendiri mengikuti kursus perubatan kerana kecenderungan ibubapa berbanding kecenderungan sendiri, maka layaklah juga Ummi bercerita, kan?

“Alkisah…Pada zaman dahulu, tersebut kisah seorang gadis yang begitu tinggi cita-citanya untuk menjadi seorang pendidik. Namun disebabkan kesemua adik beradiknya hanya tercebur dalam dua bidang, sama ada perubatan atau kejuruteraan, manakala kedua ibubapanya pula begitu menggalakkan beliau untuk mengambil bidang perubatan, maka si gadis terasa bahawa dia sudah tiada pilihan lain lagi. Maka memilihlah akan dia bidang perubatan sebagai pilihan pertama...”

Ha,ha,ha…macam penglipurlaralah pulak bunyinya. Tak kuasa Ummi nak cerita panjang lebar. Cuma yang Ummi nak simpulkan, dari pengalaman sendiri, kalaulah semata-mata disebabkan paksaan ibubapa, rasanya dari peringkat student lagi Ummi ni dah kena serangan mental! Tak perlu tunggu jadi doktorpun. Mohon perlindungan dari Allah jua…

Alhamdulillah, sepanjang Ummi melalui alam kehidupan seorang pelajar perubatan, segala keperitan, segala kepayahan dan segala kesukaran tetap berjaya diatasi dengan kekuatan dalaman yang diperolehi melalui solat dan doa, pertolongan sahabat serta dorongan dari ahli keluarga. Tapi bila time jadi doktor itulah saat atau detik yang paling mencabar! Apalagi dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang doktor pelatih yang waktu bekerjanya bukan 8 jam sehari tetapi menjangkau 32 jam berterusan bila on-call, ditambah dengan tekanan dari sesetengah senior MO atau specialist atau jururawat yang garang! Huhuhu…bukan tujuan untuk menakut-nakutkan adik-adik yang masih di peringkat student tetapi sekadar untuk menyatakan bahawa situasi inilah yang lebih mendatangkan tekanan ataustress yang boleh membawa kepada gangguan mental berbanding tekanan atau paksaan dari kedua ibubapa atau keluarga. Walau apapun, mungkin banyak lagi faktor lain yang boleh dikaitkan. Yang Ummi cerita ni lebih kepada faktor pengalaman yang memberikan tekanan kepada Ummi.

Sebenarnyakan, kalaulah dalam kehidupan kita ini betul-betul menurut apa yang diajar dalam Islam, InsyaAllah tak ada dan tak akan timbul penyakit-penyakit mental disebabkan tekanan ini. Tak percaya? Tengok aja artikel yang pernah Ummi keluarkan bab hubungan sesama doktor. Itu baru cakap bab hubungan sesama doktor, belum lagi bab lain.

Kesimpulannya, dalam menghadapi unsur tekanan ini, kedua-dua pihak, sama ada yang menerima tekanan atau yang memberikan tekanan perlu melakukan sesuatu. Yang menerima tekanan, hadapilah ia dengan kekuatan EQ (Emotional Intelligence) dan SQ (Spiritual Intelligence). Manakala bagi pihak yang memberikan tekanan, kalaulah mereka ini berunsur manusia, maka wajar sekali mereka kembali kepada unsur-unsur fitrah seorang manusia yang berperikemanusiaan. Tetapi jika sekiranya yang memberikan tekanan itu adalah unsur sistem, maka unsur sistem itulah yang wajar diubah oleh pemegang sistem yang juga terdiri dari kalangan mereka yang berunsur manusia.

Mudah-mudahan segala unsur itu dapat dikembalikan kepada fitrah pegangan agama yang suci!

********************************
ARTIKEL INI UMMU COPY DARI:
http://klinikummi.blogspot.com/search/label/Isu%20Dr%3A%20Doktor%20Sakit%20Mental