Selasa, 5 Julai 2011

Takziah. Anak Ustazah Nuridah kembali ke Rahmatullah
Posted on Sunday, July 03 @ 23:43:35 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

BeritaOleh HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS mengucapkan takziah  kepada bekas Ketua Muslimatnya, Ustazah Nuridah Salleh (gambar)  di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam.

Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas kira-kira sebulan menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya.

Anak Ustazah Nuridah (berkopiah hitam) mantan Ketua DMPP yang sedang belajar menghafaz ayat-ayat Allah di Cape Town telah meninggal dunia...

Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani ibu dan bapanya, Haji Azmi.

Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai.

Namun begitu, Nuridah yang kini dalam misi dakwah ke Australia masih berada di sana dan dijangka akan tiba lebih lewat dari jenazah anaknya sendiri. Nuridah kini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas gagal mempertahankan kerusi ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar lepas.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP)  bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Nuridah, kata  Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff , Setiausaha DPPWP dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Abdul Aziz ditempatkan dikalangan hambaNYA yang soleh," kata kenyataan itu.


DAH LAMA ASN DAN ASB HARAM

Posted on Wednesday, June 08 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang
                        http://www.islamituindah.my/asbasn-haram-jabatan-mufti-negeri-selangor

"Syabas sidang Mufti Selangor, ahli jawatankuasa majlis fatwanya berkata "Pelaburan ASN dan ASB adalah haram dsisi hukum syariah Islam."

Mengapa baru sekarang Majlis Fatwa Negeri Selangor mengatakan haram pelaburun bentuk pelaburan ASN dan ASB?. Kedua mengapa semasa era negeri Selangor dibawah kuasa BN/UMNOporno tidak menyatakan haram atau sebaliknya pelaburan ASN dan ASB?.

Sebenarnya pelaburan ASN dan ASB sejak mula dilancarkan oleh kerajaan BN/UMNOporno diragukan hukumnya. Yang jelas pelaburannya tidak mengikut sepenuhnya kaedah pelaburan Islam. Pelaburan ASN dan ASB banyak tertumpu kepada kaeadah pelaburan konvensional.

Walauapa pun diucapkan syabas kepada kerajaan negeri Selangor dibawah pakatan rakyat dan majlis fatwa Negeri Selangor dan Muftinya bertindak sedemikian mengenai pelaburan ASN dan ASB.

Negeri Selangor bertindak bijak dan mendahului kerajaan negeri yang lain walaupun agak terlewat, Tak mengapa asalkan berindak mengikut lunas lunas Islam."


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

1.Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

2.Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

3.Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

Isnin, 4 Julai 2011



Muqaddimah – Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah



Buku - Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah
Penulis - Mustafa Masyhur
Oleh: Al-Ustadh  Umar At-Telmesani Rahimahullah
Apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kehendaki ianya pasti terjadi – da’wah Ikhwan Muslimin tetap berjalan dan terpelihara seperti yang diseru oleh penyerunya yang pertama Al-Imam Al-Syahid Al-Banna yang juga merupakan mursyid kepada jama’ah itu.
Da’wah tersebut ber’aqidah dengan ‘aqidah para salaf, gerakerja yang praktikal, perilaku yang bersifat kerohanian dan akhlaq yang mencontohi Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Ianya tidak dicemari dengan syubhat modenisasi, tidak merestui kecenderungan barat, manhajnya adalah Al-Qur’an.
 Mereka beriltizam (bersepakat)  dengan nas-nas yang thabit (berkaitan) dan memberi makna secara qat’i; tanpa membuat tafsiran, takwil dan pengkhususan secara sewenang-wenangnya. Beriltizam dengan nas-nas yang thabit secara dzanni dan memberi makna secara qat’i; iaitulah memahami maknanya bersesuaian dengan ayat-ayat Al-Qur’an, sebahagiannya tidak bertentangan dengan bahagian yang lain, seperti mana yang ditegah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Mereka mengimani nama-nama Allah dan sifat-sifatNya sepertimana mereka menerimanya, tanpa mengabaikannya (ta’thil) dan juga tidak menyerupakannya dengan sesuatu (tasybih). Mereka memahaminya seperti golongan salaf yang mulia, iaitu pada ketika Imam Malik mengatakan kepada orang yang bertanya mengenai bersemayamnya Allah Subhanahu wa Ta’ala.“ “Istiwa“ adalah boleh diterima ‘aqal, caranya tidak diketahui, beriman denganya adalah wajib, bertanya tentangnya adalah suatu bid’ah, saya rasa engkau adalah orang yang jahat, keluarkannya dari majlis kami.”
Melalui penelitian yang mendalam seperti ini kita meneruskan pembacaan dan memahami Al-Qur’an. Demikianlah juga kita mengikut contoh tauladan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Kita mengimani bahawa hadith-hadith sahih yang hasan’lagi mutawatir wajib diterima secara qat’itanpa sebarang percubaan untuk mengeluarkannya daripada maknanya yang sebenar.

 Ini kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam diberikan kepadanya Al-Qur’an dan yang seumpama bersamanya; seperti apa yang telah Baginda sabdakan. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga memerintah kita agar menta’ati Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pada segala perkara yang datang dari Baginda sama ada yang berbentuk perkataan, perbuatan dan taqrir (pengakuan):
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (Sallallahu ‘alaihi Wasallam) kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah
(Surah Al-Hasyr: Ayat 7)
Di dalam ayat di bawah pula, keta’atan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah disusuli dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Sesiapa yang ta’at kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah ta ‘at kepada Allah
(Surah An-Nisa’: Ayat 80)
Dengan kefahaman yang luas dan sejahtera inilah Ikhwan Muslimin berinteraksi dengan Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Imam Hassan Al-Banna tidak menghabiskan masa untuk menulis karangan-karangan yang panjang lebar. Beliau memberikan tumpuan berbekalkan ‘ilmu kurniaan dari Allah untuk menyediakan risalah yang ringkas tetapi padat.

Ianya memadai bagi orang yang beriman dan ber’amal untuk menjadikannya sebagai bekalan merentasi lautan fiqh secara damai dan tenang. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi hidayat dengan usaha beliau kepada jutaan Muslimin, khususnya kepada para pemuda yang merasai keupayaan (kehebatan) agama ini. Dengan cara yang mudah dan kukuh inilah Ikhwan Muslimin mempersembahkan kepada orang ramai karangan-karangan yang ringkas dan padat, mudah dan teliti pada penyampaian dan pengertian. Tidak terlalu panjang, sehingga tidak dapat difahami melainkan oleh segelintir manusia sahaja.
Di bawah naungan penuh bermakna dan lengkap ini saya memberikan kata-kata aluan untuk buku ini “Bekalan Di Jalan Da’wah” karangan sahabatku yang dikasihi Al-Ustadh Mustafa Masyhur. Allah telah mengetahui sekadar manakah kejernihan jalinan kasih-sayang dalam persahabatan kami. Walaupun begitu kami tetap saling menyanjungi untuk membela kebenaran.
Susunan bahasa di dalam buku ini amat mudah. Setiap kalimah yang tercatat merupakan ungkapan dari apa yang diingini oleh beliau. Tidak memberat-beratkan dan tidak terlalu mendalam. Tetapi anda boleh memahami apabila membacanya. Maksud yang disampaikan dapat diterima dengan lafaz dan kata-kata yang mudah. Anda tidak perlu bersusah-payah melainkan hanya membaca dan terus ber’amal.
Sesungguhnya buku “Bekalan Di Jalan Da’wah” ini adalah pendamping yang terbaik untuk mereka yang ingin mencari penunjuk jalan dan mengesan tempat jejak-langkahnya. Dari buku “Bekalan Di Jalan Da’wah” ini anda akan dapat mengetahui jalan Allah yang selamat untuk diikuti, agar anda tidak terpesong dari jalan yang sebenar. Sebelum anda berada jauh dari jalan yang benar dengan sangkaan anda masih berada di jalan benar.
Buku “Bekalan Di Jalan Da’wah” membolehkan anda mendapatkan bekal apa yang diperlukan untuk mengharungi jalan yang menyampaikan kepada matlamat yang dicita-citakan; Allah adalah matlamat kami. Tiada sesuatu yang lain selain daripada Allah. Dengan buku ini anda bersama dengan Ustadh Mustafa Masyhur untuk berpuasa, sembahyang, menunaikan haji dan berzakat.

Bukanlah untuk mencari hikmah di sebalik perintah menunaikan rukun-rukun Islam. Tetapi tunduk dan patuh kepada arahan dari langit dan mentaati perintah Allah. Saya tidak katakan kepada anda; carilah hikmah pada setiap perintah Allah, agar dapat dilaksanakan suruhan itu tanpa ragu-ragu. Sebaliknya, tunaikanlah rukun-rukun itu sepertimana yang diperintahkan sehingga anda merasai lazat dengan ketaatan dan perlaksanaan perintah; Allah akan membuka kepadamu pintu-pintu hikmah yang dapat menambah ketenangan kepadamu.
Seorang muslim beriman terlebih dahulu, kemudian ia membaca kitab Allah lalu bertambahlah imannya. Inilah jalan golongan salafussalih yang suci yang terdiri daripada sahabat dan tabi’in. Mereka beriman terlebih dahulu tanpa keraguan dan kesangsian. Sehinggalah mereka melaksanakan rukun-rukun Islam bertepatan sepertimana suruhan itu diturunkan dengan tujuan-tujuannya yang tersendiri.

Sembahyang mencegah perkara yang dikeji dan kemungkaran;
 puasa adalah perisai yang menyampaikan kepada ketaqwaan;
haji adalah syariat per’ibadatan dan menghasilkan pelbagai manfa’at;
zakat menyuci dan mengembangkan harta.
Wahai saudara-saudaraku yang tercinta! Bekalan yang terbaik adalah taqwa. Sebaik-baik ketaqwaan adalah apa yang membawamu kepada apa yang dikehendaki Allah. Alangkah baiknya Ustadh Mustafa Masyhur, beliau telah menghimpunkan untuk kita pelbagai jenis bekalan ini yang dilimpahi dengan kebaikan dari hidangan Al-Qur’an.

Beliau menghulurkannya bukanlah untuk kita memilihnya. Di dalam bekalan orang yang bertaqwa, tiada apa yang harus diambil dan ditinggalkan, dan tiada apa yang istimewa dan tiada apa harus dipilih, tetapi ia adalah suntikan yang menyembuhkan. Keseluruhannya mestilah diambil dan menjadi bekalan dalam perjalanan menuju Allah.

Semuanya mestilah memakmurkan (mengisi) hati pencinta, sehinggalah ia mengimaninya dengan rela hati. Lantas ia ber’amal dengan berbekalkan keupayaan ‘amal. Setetelah itu, bekalan yang ada memberikan manfa’at kepada yang sahih, menegakkannya dan membantunya. Sesungguhnya bekalan tidak memberi manfa’at kepada hati yang sakit. Maka carilah bekal:
Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnyasebaik-baik bekal itu ialah taqwa
(Surah Al-Baqarah: Ayat 197)
Dapatkanlah pertolongan dengan bekalan ini nescaya anda akan berbahagia dengan perlepasan dari apa yang anda khuatirkan. Anda akan mendapat apa yang anda idam-idamkan. Sesungguhnya Tuhan kamu menyerumu dari atas tujuh lapisan langit dan melalui lembaran-lembaran kitabNya yang mulia menyeru:
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dariIslam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah Al-An’am: Ayat 153)
Kita memperolehi dari bekalan ini apa yang memantapkan hati. Ianya bukanlah bekalan semata-mata, bahkan merupakan perniagaan yang ditawarkan, berdasarkan ayat-ayat pada penghujung Surah Al-Saff:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(Surah Al-Saff: Ayat 10)
Wahai sidang pembaca “Bekalan Di Jalan Da’wah”;
Bacalah, belajarlah, bertawakallah dan ber’amallah.
Dan itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (berbuatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah),sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(Surah At-Taghabun: Ayat 16)

Sabtu, 2 Oktober 2010


MENCARI REDHA ALLAH

Hari ini adalah hari yang sangat membahagiakan diri ini .Anakku yang sulung telah berjaya menciptakan blog yang cantik ini.Bagiku ia adalah yang kejayaan yang besar setelah sekian lama aku impikan satu blog untuk menulis lakaran tentang apa yang terlintas di fikiran.

Tajuk blog ku seperti yang tertera MENCARI REDHA ALLLAH..Setiap  orang melakukan sesuatu pasti ada tujuannya.Ada yang bertujuan untuk mendapat pujian dari orang lain,ada yang tak tahu kenapa dia melakukan sesuatu perkara dan ada yang melakukan kerana Allah.

Melakukan sesuatu atas niat mendapat pujian dari orang lain adalah riya.ia adalah salah disisi islam seperti hadis yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan dari apa yang saya takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil), maka para shahabat bertanya, apa yang dimaksud dengan asy syirkul ashghar? Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Ar Riya’.” (HR. Ahmad dari shahabat Mahmud bin Labid no. 27742)

Arriya’ (الرياء) berasal dari kata kerja raâ ( راءى) yang bermakna memperlihatkan. Sedangkan yang dimaksud dengan riya’ adalah memperlihatkan (memperbagus) suatu amalan ibadah tertentu seperti shalat, shaum (puasa), atau lainnya dengan tujuan agar mendapat perhatian dan pujian manusia. Semakna dengan riya’ adalah Sum’ah yaitu memperdengarkan suatu amalan ibadah tertentu yang sama tujuannya dengan riya’ yaitu supaya mendapat perhatian dan pujian manusia.

Para pembaca yang mulia, perlu diketahui bahwa segala amalan itu tergantung pada niatnya. Bila suatu amalan itu diniatkan lkhlas karena Allah subhanahu wata’ala maka amalan itu akan diterima oleh Allah subhanahu wata’ala. Begitu juga sebaliknya, bila amalan itu diniatkan agar mendapat perhatian, pujian, atau ingin meraih sesuatu dari urusan duniawi, maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wata’ala.


Alangkah indahnya perkataan imam al-fudhail bin iyadh dalam menjelaskan riya’ :
“Meninggalkan amalan karena manusia adalah riya` sedangkan beramal karena manusia adalah kesyirikan, adapun yang namanya ikhlash adalah ketika Allah menyelamatkanmu dari keduanya.”
Maksud beliau adalah apabila ada seseorang meninggalkan amal kebaikan karena takut riya` seperti dia tidak mau shalat sunnah karena takut riya’, berarti dia sudah terjatuh pada riya` itu sendiri. Yang seharusnya dia lakukan adalah tetap melaksanakan shalat sunnah walaupun di sekitarnya ada orang dengan tetap berusaha untuk ikhlash dalam amalnya tersebut.
[Lihat: Tazkiyyatun Nufuus, karya Ibnu Rajab, Ibnul Qayyim dan Abu Hamid, hal.17, dengan beberapa perubahan.]
 


Pengobatan Riya’
Di antara cara untuk mencegah dan mengobati perbuatan riya’ adalah:

1. Mengetahui dan memahami keagungan Allah subhanahu wata’ala, yang memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang tinggi dan sempurna.

Ketahuilah, Allah subhanahu wata’ala adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat serta Maha Mengetahui apa-apa yang nampak ataupun yang tersembunyi. Maka akankah kita merasa diperhatikan dan diawasi oleh manusia sementara kita tidak merasa diawasi oleh Allah subhanahu wata’ala?
Bukankah Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya):“Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya”, …” (Ali Imran: 29)

2. Selalu mengingat akan kematian.

Ketahuilah, bahwa setiap jiwa akan merasakan kematian. Ketika seseorang selalu mengingat kematian maka ia akan berusaha mengikhlaskan setiap ibadah yang ia kerjakan. Ia merasa khawatir ketika ia berbuat riya’ sementara ajal siap menjemputnya tanpa minta izin terlebih dahulu. Sehingga ia khawatir meninggalkan dunia bukan dalam keadaan husnul khatimah (baik akhirnya) tapi su’ul khatimah ( buruk akhirnya).

3. Banyak berdo’a dan merasa takut dari perbuatan riya’.

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan kepada kita do’a yang dapat menjauhkan kita dari perbuatan syirik besar dan syirik kecil. Diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dan At Thabrani dari shahabat Abu Musa Al Asy’ari bahwa Rasulullah shalallahu ’alaihi wasallam bersabda: “Wahai manusia takutlah akan As Syirik ini, sesungguhnya ia lebih tersamar dari pada semut. Maka berkata padanya: “Bagaimana kami merasa takut dengannya sementara ia lebih tersamar daripada semut? Maka berkata Rasulullah shalallahu ’alaihi wasallam :”
Ucapkanlah:
اللَّهُمَّ إناَّ نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ, وَ نَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ نَعْلَمُه
“Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang kami ketahui. Dan kami memohon ampunan kepada-Mu dari dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya.”

4. Terus memperbanyakkan  amalan shalih.

Berusahalah terus memperbanyakkan amalan shalih, baik dalam keadaan sendirian atau pun dihadapan orang lain. Karena tidaklah dibenarkan seseorang meninggalkan suatu amalan yang mulia karena takut riya’. Dan Islam menganjurkan umat untuk berlomba-lomba memperbanyak amalan shalih. Bila riya’ itu muncul maka segeralah ditepis dan jangan dibiarkan terus menerus karena itu adalah bisikan setan.
.
Beberapa perkara yang bukan termasuk riya’

1. Seseorang yang beramal dengan ikhlas, namun mendapatkan pujian dari manusia tanpa ia kehendaki.

Diriwayatkan oleh Al Imam Muslim dari shahabat Abu Dzar, bahwa ada seorang shahabat bertanya kepada Rasulullah shalallahu ’alaihi wasallam : “Apa pendapatmu tentang seseorang yang beramal (secara ikhlas) dengan amal kebaikan yang kemudian manusia memujinya?” Maka Rasulullah shalallahu ’alaihi wasallam menjawab: “Itu adalah kabar gembira yang disegerakan bagi seorang mukmin”.

2. Seseorang yang memperindah penampilan karena keindahan Islam.

Diriwayatkan oleh Al Imam Muslim dari shahabat Ibnu Mas’ud, bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Tidaklah masuk Al Jannah seseorang yang di dalam hatinya ada seberat dzarrah (setitik) dari kesombongan.” Berkata seseorang: “(Bagaimana jika) seseorang menyukai untuk memperindah pakaian dan sandal yang ia kenakan? Seraya Rasulullah shalallahu ’alaihi wasallam menjawab: “Sesungguhnya Allah subhanahu wata’ala itu indah dan menyukai keindahan, kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain”.

3. Beramal karena memberikan teladan bagi orang lain.

Hal ini sering dilakukan oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Seperti Rasulullah shalallahu ’alaihi wasallam shalat diatas mimbar bertujuan supaya para shahabat boleh menncontohinya. Demikian pula seorang pendidik, hendaknya dia memberikan dan menampakkan suri tauladan  yang baik agar dapat diteladani oleh anak didiknya. Ini bukanlah bagian dari riya’, bahkan Rasulullah shalallahu ’alaihi wasallam bersabda:
مَنْ سَنَّ فِي الإِْسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ
“Barangsiapa yang memberikan teladan yang baik dalam Islam, kemudian ada yang mengamalkannya, maka dicatat baginya kebaikan seperti orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi sedikitpun dari kebaikannya.” (HR. Muslim no. 1017)

4. Bukan termasuk riya’ pula bila ia semangat beramal ketika berada ditengah orang-orang yang lagi semangat beramal.

Karena ia merasa terdorong untuk beramal shalih. Namun hendaknya orang ini selalu mewaspadai niat dalam hatinya dan berusaha untuk selalu semangat beramal meskipun tidak ada orang yang mendorongnya.


Ajaibnya Mati Syahid!



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

“Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki.”(QS Ali Imran : 169)

1.      Allahlah Yang Maha Tahu bagaimana para syuhada’ itu tetap hidup di sisiNya.
2.      Allah Yang Maha Menyaksikan bagaimana para syuhada’ itu memperolehi kenikmatan hakiki dariNya.
3.      Allah pula Yang Maha Berkehendak bila para syuhada’ itu diberi kesempatan untuk melihat keadaan orang-orang yang masih menunggu-nunggu, apakah benar mereka istiqamah menunggu syahid ataukah mereka menunggu-nunggu kerana mencari-cari alasan untuk meringan-ringan urusan jihad.
Ada hidup yang lebih dari sekadar hidup secara jasad.
Ada hidup yang tidak berakhir hanya kerana kematian dan hanya para syuhada’ yang mendapatkan keistimewaan ini.
Ruh jihad mereka terus hidup hingga ruh terakhir manusia di muka bumi dicabut dari jasad.
Ruh jihad mereka terus menyala di sanubari para penunggu syahid untuk menjadi saksi atas janjiNya.
Inilah kehidupan yang zaman pun mengakui maknanya.
Inilah kehidupan yang tidak difahami oleh musuh. Mereka mengira dengan memadamkan nafas seorang pejuang, maka ruh jihadnya akan terhenti.
Sungguh mengkagumkan bahwa ruh jihad itu menular lebih cepat dari satu tarikan nafas itu sendiri.
Mereka mengira bahwa ikatan persaudaraan kaum muslimin itu hanya dijalin dari satu tanah sebuah negara ke tanah sebuah negara yang lain hingga mereka berfikir bahwa ikatan persaudaraan itu akan putus bila tanah sebuah negara itu telah mereka hancurkan.
Sungguh dangkal pemahaman mereka.
Ikatan persaudaraan kaum muslimin itu sebenarnya dijalin dengan tali langit, ketika hati hanya tertuju kepadaNya.
Bila mereka hendak memutuskan ikatan ini, satu-satunya jalan yang tersedia adalah memutuskan kesatuan langit, dan cubalah mereka lakukan itu jika mereka mampu.

MUS’AB BIN UMAIR

Masih ingatkah kita dengan akhir hidup seorang pemuda yang tampan wajahnya mirip dengan wajah Rasulullah saw?
Di Makkah, dialah pemuda yang diminati. Bila ia berjalan, setiap mata pun tertuju kepada si penarik perhatian ini.
Tetapi bagaimana keadaan pemuda ini setelah dia menzahirkan ketauhidan?
Tertunduk wajah para Sahabat melihatnya. Amat berbeza antara sebelum dan sesudahnya. Dia lah Duta Islam yang pertama. Hijrah menjadi begitu bermakna melalui peranan pentingnya.
Justeru bagaimanakah akhir hayatnya ?
Pemegang Panji Islam dalam Perang Badar dan Uhud ini menunjukkan bagaimana mukmin yang amanah itu sebenarnya.
Siapakah pemuda ini?
Beliaulah Mus’ab bin Umair.
Kematian sudah menghampirinya ketika tusukan pedang musuh meminta ia melepaskan panjinya. Sambil tetap memegang panjinya, lidahnya tidak berhenti mengulang-ulang bahwa Muhammad adalah Utusan Allah dan telah berlalu sebelumnya utusan-utusan Allah.
Ketika syahid, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jasadnya. Bila bahagian kepala yang ditutup maka bahagian kaki terbuka, bila bahagian kaki yang ditutup maka bahagian kepala pula yang terbuka.
Ketika melihat jasad Mus’ab, tidak ada kalimat yang keluar dari Rasulullah saw selain 
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah” (QS Al Ahzab : 23)

ZAID HARITHAH, JA’FAR ABU TALIB DAN ABDULLAH RAWAHAH

Siapakah yang tidak bergetar hatinya membaca kisah gugurnya tiga pemuda panglima Islam sekaligus, Zaid bin Harithah, Ja’far bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah, hanya untuk menjaga agar panji Islam tidak jatuh hingga Rasulullah saw pun terdiam ketika mendapat khabar dari langit mengenai syahidnya orang-orang yang terdekat dan dicintainya itu ?
Menangkah musuh kerana syahidnya mereka ?
Amat jauh perbezaannya apa yang disangka dan apa yang nyata.
Justeru keangkuhan Romawi menjadi padam kerana ruh jihad mereka. Perginya mereka justeru ‘melahirkan’ seorang Khalid, sang panglima yang dikurniakan Allah untuk tidak pernah merasakan kekalahan dalam setiap peperangan yang dipimpinnya.
Terhentikah hidup mereka?
Ruh jihadnya semakin menyala di hati para pejuang penegak kalimatNya hingga akhir zaman.

ABDULLAH AZZAM
Siapakah yang melumpuhkan kekuatan Soviet Union yang menakutkan bagi mereka yang takut selain kepada Allah ?
Afghanistan pun menjadi seperti neraka bagi tentera beruang merah itu. Afghanistan menjadi bahan bukti betapa golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak iaitu hanya dua syarat :
1.      Ketauhidan yang disertai dengan kesabaran.
2.      Persaudaraan orang-orang beriman seumpama satu tubuh. Bila bahagian yang satu disakiti, bagaimana mungkin bahagian yang lain tidak merasakan sakit.
Syaikh Abdullah Azzam yang bergabung dalam Mujahidin Afghanistan seolah-olah mengulangi apa yang pernah terjadi dahulu ketika seorang Syaikhul Islam IbnuTaimiyyah pun terjun ke medan jihad menyelamatkan Syam yang diserang oleh pasukan Tartar.
Lalu bagaimanakah keadaan Afghanistan ketika ini ?
Apakah yang diperolehi oleh musuh di sana ?
Syurgakah atau Nerakakah ?

AHMAD YAASIN
Apakah bentuk ketakutan yang wujud di benak musuh ketika mereka merancang untuk memadamkan nafas seorang Ahmad Yaasin sehingga mereka perlu menunggu waktu solat subuh berjamaah di mana cara yang digunakan itu hanya menunjukkan siapakah yang pengecut dan siapakah yang takut.
Roket tanpa kendalian manusia dari sebuah helikopter tempur yang istimewa pula perlu ditembak hanya untuk menghentikan ruh seorang Ahmad Yaasin.
Jadi, siapakah Ahmad Yassin?
Seorang tua dan boleh dikira sebagai seorang buta yang lidahnya tidak digunakan kecuali untuk berzikir.
Ia benar-benar mendefinasikan siapakah ulama’ itu sebenarnya ketika tidak ada ketakutan dalam hatinya kecuali hanya kepada Allah.
Medan jihad membebaskan tanah yang dirampas adalah rumah baginya yang hanya mampu duduk di kerusi roda ketika sisa bahagian tubuh yang mampu digerakkan hanya tinggal sedikit iaitu di bahagian kepalanya yang gerakannya tidak lebih dari sebuah isyarat.
Berhasilkah musuh menghentikan ruh jihadnya ?
Cukuplah Gaza menjadi jawabannya.
Logik apakah lagi yang mampu menjelaskan golongan yang sedikit mampu memukul golongan yang banyak?
Masihkah kita ingat akan Solat Jumaat pertama di Gaza setelah pencerobohan kaum yang pengecut itu?
Pesawat tempur musuh berlegar-legar di atas para jamaah yang menyelesaikan solat mereka. Udara bergetar menderu-menderu dek kerana dekatnya sang burung besi pemangsa dengan mereka yang hendak dijadikan mangsa.
Lalu apakah yang terjadi dengan para jamaah solat?
Sedikit pun mereka tidak berganjak dari tempat solat mereka.
Hati mereka khusyuk mengingati Allah, Penggenggam setiap nyawa. Mereka tidak menggembar-gembor untuk menakuti musuh dengan ancaman kosong melainkan dengan lidah yang hanya dipakai untuk berzikir untuk mengukuhkan ketakutan hanya kepadaNya.
Berhasilkah musuh menakuti mereka?
Yakinlah, getaran udara yang menderu-deru mengibas rambut para jamaah tersebut tidak mampu mengatasi getaran ketakutan yang merayap ke dalam hati, jantung dan seluruh tubuh pemandu pesawat tempur itu.
Oleh yang demikian, siapakah yang takut dan siapakah yang menakutkan?

RENUNGAN UNTUK DIRI KITA

a. Sungguh aneh mereka yang menyatakan ingin syahid tetapi kehidupan hariannya menunjukkan apa sebenarnya yang dicari. Cukuplah sebagai pembeza ketika orang-orang yang keadaannya lain di mulut lain di hati lebih senang bersantai daripada memenuhi janjinya. Tempat duduk mereka terlalu nyaman dibandingkan dengan perjuangan menegakkan kalimat tauhid yang kesannya adalah terhadap harta dan jiwa mereka.
b. Sungguh aneh mereka yang menyatakan ingin syahid tetapi banyaknya ketawa mereka yang hanya menjauhkan diri mereka dari apa yang dicita-citakannya.
c. Sungguh aneh mereka yang merindukan syahid tetapi tidak mempersiapkan apapun untuk kedatangan tetamu istimewa mulia itu.
d. Bagaimana mungkin tetamu istimewa berkenaan datang apabila yang dipersiapkan berbeza dari apa yang sepatutnya disediakan untuk sang tetamu tersebut. Tetamu yang ini datang membawa khabar kematian yang mulia dan membawa kehidupan sebenarnya, sedangkan apa yang dipersiapkan jelas untuk tetamu yang membawa khabar betapa indah dan nikmatnya dunia.
e. Sungguh aneh mereka yang menunggu jihad hanya bila sudah bertemu musuh di medan juang.

KESAN TERHADAP UMAT ISLAM
Tidak sedarkah mereka bahwa sekarang adalah masanya :
1. Musuh yang tidak terlihat oleh mata zahir telah merosakkan barisan mereka.
2. Akidah mereka telah disamarkan.
3. Kitab mereka telah digantikan dengan kitab-kitab lain yang mereka baca dan kaji.
4. Waktu mereka dialihkan dengan yang sia-sia dan yang telah membuatkan mereka lupa.
5. Ketakutan mereka kepada Allah telah diimbangi dengan ketakutan kepada manusia.
Adakah mereka yang merasa mampu untuk menegakkan Kalimat Allah senang dengan hanya duduk-duduk sahaja?
Adakah mereka akan meneruskan perjalanan yang dipenuhi dengan :
1.      Canda tawa?
2.      Kesenangan?
3.      Tidur yang nyenyak?
4.      Mensia-siakan waktu?
5.      Harta melimpah ruah?
6.      Pujian dari pencinta dunia?
Hanya mereka yang mengambil pelajaran dari seerah Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman mampu meneruskan perjalanan yang dipenuhi dengan berbagai ujian dan cobaan yang tidak jauh berbeza dari apa yang dialami oleh para pendahulu mereka.
Ketika perjuangan mereka dipenjara dan ditawan oleh orang-orang yang lupa, cukuplah kalimat dari sebenar-benar ulama’ yang dijemput oleh malaikat maut dalam penjara penguasa semata-mata untuk menegakkan jihad utama yang menjadi jawaban mereka.
“Manusia yang dipenjara adalah mereka yang terpenjara dari Rabbnya dan manusia yang tertawan adalah mereka yang ditawan oleh hawa nafsunya”(Ibnu Taimiyyah)
Ya Allah, mudahkanlah kami untuk menyusuri jalan para syuhada’ yang telah menunaikan janji mereka kepadaMu kerana sesungguhnya mereka hakikatnya hidup di sisiMu dengan memperolehi rezeki yang tidak terbatas.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam
 DARIPADA BLOG DAKWAH.INFO

MUSLIMAT SEBAGAI PENDAKWAH

Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka'ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.
Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib al jahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti'mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas dan memperlekehkan kaum wanita.
Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia samada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi tanggungjawab di atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti.
Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu muslimah mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam waqi' (realiti). Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai da'wah.
Di dalam konteks da'wah, di sana ada 3 marhalah (peringkat) yang mesti dilalui untuk menjamin keberkesanan usaha yang dilakukan. Marhalah2 tersebut adalah marhalah ta'rif (pengenalan), marhalah takwin (pembentukan), marhalah tanfiz (perlaksanaan). Di sini kita akan cuba menghuraikan peranan muslimah sebagai da'ieah dalam mengisi ketiga-tiga marhalah tadi.
1. MARHALAH TA'RIF
Yang dimaksudkan sebagai ta'rif adalah pengenalan dalam konteks penyediaan individu muslimah yang faham, beramal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah pula dalam jihadnya. Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap muslimah tadi berusaha untuk:

1.1) Melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah dengan pembentukan iman dan aqidah yang benar. Proses ini berlaku apabila muslimah tadi berusaha dan bersungguh dalam ibadat dan hubungannya dengan Allah azza wa jal melalui ibadat dan ketaatan seperti yang telah diwajibkan. 

1.2) Melahirkan insan yg faham akan konsep Iman dan Islam yg menyeluruh sepertimana firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak-jejak syaitan". Surah Al Baqarah ayat 208.

1.3) Melahirkan insan yang memiliki as syakhsiyah al islamiyyah (personaliti sebagai seorang Muslim) yg contoh ikutannya adalah Rasulullah SAW. Syakhsiyah ini adalah berbentuk kamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) dan setiap penda'wah hendaklah menyedari bahawa kita sekarang sedang membawa risalah dan setiap gerak geri kita adalah diperhatikan. Pastikanlah bahawa syakhsiyah kita tadi tidak akan menimbul fitnah terhadap Islam yang hendak kita bawa dan tarbiyyah yang sedang kita lalui.
2. MARHALAH TAKWIN
Setelah menjalani proses ta'rif, muslimah hendaklah berpindah pula kepada marhalah takwin. Di dalam marhalah ini mad'u (mereka yang dida'wahkan) hendaklah dibawa mengenali konsep amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jamaah). Islam tidak pernah dan tidak akan dapat ditegakkan oleh individu atau pengasingan diri dari masyarakat. Individu tadi hendaklah memiliki dan mengujulkan intima' dan iltizam (commitment) yang menyeluruh terhadap Islam, da'wah dan harakah Islamiyyah (gerakan Islam).
Dalam peringkat ini hendaklah dibentuk sifat masuliyah fardiyah (tanggungjawab) yang tinggi. Masuliyah ini adalah masuliyah yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya) yang akan mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur pada perjuangan yang didokonginya. Kita tidak mahu dalam marhalah ini akan timbul permasalahan furu' (cabang) dibawa menjadi isu yang mengakibatkan kita menjadi golongan al mutasaqitin (golongan yang gugur).
Dalam marhalah ini kewujudan baitul muslim (rumah tangga Islam) sebagai nucleus terpenting dalam gerakan Islam adalah merupakan satu tuntutan. Muslimah berperanan untuk memastikan rumahtangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan ini Muslimah berperanan untuk menjadi zaujah as solehah (isteri yang solehah), yang taat dan pendorong utama kepada perjuangan Islam suaminya dan juga berperanan besar untuk memastikan tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anaknya) berjalan dalam suasana yang Islamik.
3. MARHALAH TANFIZ
Marhalah ini adalah marhalah yang terpenting yang merupakan ujian sebenar terhadap commitment seseorang muslimah terhadap pengisian dan kefahamannya terhadap Islam. Islam yang hanya sekadar diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Dalam marhalah ini, 3 unsur utama yang harus diperhatikan adalah:
3.1. Al Iman al 'amiq: Iman yang mendalam.
3.2. Tanzim ad daqiiq: Penyusunan organisasi gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.
3.3. Al amal mutawasil: Kerja dan komitmen yang dibuat berterusan dan bukan hanya kerana masa yang tertentu, kawan atau suasana.
Dalam marhalah ini, muslimah tidak lagi dapat menyendirikan diri untuk membawa risalah Islam. Panduan Al Quran dengan jelas memerintahkan pejuang Islam untuk berada dalam satu saf yang tersusun rapi:
"Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah batu-bata yang tersusun rapi..." AS SAFF: 3.

Marhalah ini mengajak muslimah untuk keluar di tengah-tengah medan dan bersama mengangkat panji-panji Islam untuk ditegakkan di tengah-tengah kejahilan ummah.

Marhalah ini adalah marhalah muwajahah (berdepan) dengan realiti perjuangan da'wah yang akan mengajak kepada pengorbanan yang sebenarnya. Tidak ada di sana sebarang perjuangan yang tidak ada pengorbanan. Pengorbanan dalam da'wah adalah terlalu luas dan banyak bidangnya yang mengajak kita untuk mengurus dan mentadbir diri kita ini dengan sebaik-baik tanzim.

PENUTUP
Setelah kita melihat segala tuntutan ini dengan jelas menunjukkan bahawa tanggung jawab yang ada di bahu kita adalah lebih banyak dari kemampuan yang kita miliki, maka dengan demikian hadith Rasulullah SAW: "Ilzim jama'tul muslimin wa ima mahum"; Lazimkanlah diri kamu dengan jemaah Islam dan Imam (pimpinan) mereka, adalah merupakan satu komitmen yang jelas mengajak kita semua untuk bersatu bersama jemaah.
Ikrar sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah akan hanya teruji kalau kita bersama dengan harakah Islamiyyah. Perjuangan yang tidak bersifat haraki adalah perjuangan yang tidak menepati contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan cita-cita Islam tidak akan tercapai kalau kita hanya menyatakan bahawa Islam itu benar, indah dan sempurna tetapi kebenaran, keindahan dan kesempurnaan itu tidak kita jihadkan dan kita da'wahkan.

AL FADHIL USTAZ NASARUDDIN MAT ISA