Rabu, 6 April 2011

SIKAP WANITA YANG DISENANGI LELAKI




Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)


01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

- Artikel iluvislam.com

Selasa, 5 April 2011

FISIOLOGI SEK WANITA (2)





Assallamualaikum, ummu ucapkan kepada sahabat yang melayari blog ummu.Terimakasih kerana masih setia melayari blog ummu.Lama rasanya ummu tidak menulis kerana internet di rumah ummu rosak.Alhandullillah baru hari ini ummu dapat menulis semula ..Lega rasanya kerana ummu dapat meneruskan minat ummu yang satu ini. Ummu mahu menyambung kembali tulisan ummu pada beberapa minggu yang lepas tentang fisiologi sek wanita.

Usia 20 tahun -28 tahun

Pada usia 20 tahun wanita  masuk zaman dewasa, dimana wanita lebih cepat menjadi dewasa daripada seorang lelaki.Jadi ingin ummu nasihatkan kepada para wanita  cubalah ikhtiarkan mencari  calon suami yang lebih berusia daripada anda.Itupun kalau jodohnya begitu tapi kalau tidak begitu terimalah seadanya asalkan sholeh , Kerana lelaki yang sholeh adalah lelaki yang  taat kepada perintah Allah dan orang yang taat kepada perintah Allah maka pertolongan Allah sangat dekat dalam menyelesaikan masalah.

Pada usia  ini mungkin ada wanita yang telah mendirikan rumahtangga.Mungkin juga sudah mempunyai cahayamata.Dan , bagi wanita yang mendirikan rumahtangga, taatlah kepada seorang lelaki yang bergelar suami selagi lelaki itu tidak menyuruh kepada melanggar perintah Allah.Uruskanlah anak mengikut suruhan islam .Bacalah buku bagaimana mengasuh anak secara islam dan ikutlah majlis ilmu yang mengajar tentang cara-cara mendidik anak dengan betul.

Kepada wanita yang masih belajar di IPT, jagalah tingkah laku dan pergaulan supaya tidak terjerumus ke lembah noda.Belajarlah dengan ikhlas dan dapatkan segulung ijazah ,diploma atau sijil untuk dijadikan cagaran bagi mendapatkan pekerjaan, tak kiralah pekerjaan apa pun asalkan halal.Bila sudah tamat belajar ,pasanglah niat untuk berkahwin kerana di usia ini para wanita berada di tahap yang  masih lagi produktif.

Kepada wanita yang masih lagi belum bertemu jodoh  pada usia 28 ini,banyakkan berdoa dan buat sembahyang hajat  supaya mendapat jodoh yang baik.


29- 40 tahun

Sibuk dengan anak-anak dan rumah tangga. Kadang-kadang layanan seks untuk suami tidak dihiraukan.
Sebab mudah, diwaktu suami mengajak untuk melakukan hubungan badan, anak menangis meminta susu ibu.
Ibu terpaksa melayan anak, suami menjadi kesepian.
Bila hal ini berlalu terlampau kerap, si bapa akan keluar rumah ‘mencari sesuatu yang hilang’ dirumah untuk menghiburkan kesepian.Kepada sang suami ummu ingin berpesan carilah kebahagian dengan sesuatu yang halal bukan yang haram.
Nafsu seks perempuan mula menurun sebab sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga. Badan tidak dijaga lagi, suami tidak terurus.
Ini adalah sifat semulajadi – fitrah alam yang harus anda tempuhi.
sayang-sayanglah suami anda, sayang-sayanglah rumah tangga anda.

Untuk membinanya anda memerlukan 15 tahun dan lebih tetapi untuk memusnahkan, memadai hanya 3 patah perkataan ‘aku cerai kamu’ !!
Di sini ingin ummu nasihatkkan kepada para wanita walau sesibuk mana pun anda letakkanlah suami  di tempat teratas selepas Allah dan rasul.Cuba berikan layanan kelas pertama pada suami anda kerana Suami adalah asset kita untuk ke syurga selain daripada taat kepada Allah dan Rasul.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah berkata yang maksudnya: “Wanita mana saja yang meninggal dunia, sementara suami reda dengannya, maka ia pasti masuk syurga.” 

Isteri yang derhaka kepada suami, solatnya tidak akan diterima dan segala kebaikan dilakukannya tidak akan terangkat ke langit, sehingga suami reda dan memaafkannya, seperti diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga jenis orang yang solatnya tidak akan diterima dan tidak pula diangkat kebaikannya ke langit, iaitu hamba sahaya yang lari tuannya sehingga ia kembali, lalu meminta maaf kepadanya. Wanita yang membuatkan suaminya marah sehingga suaminya reda kepadanya serta seorang pemabuk sehingga ia sedar.” 



Selasa, 29 Mac 2011

BEKAM UNUTK MEREDAKAN TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HYPERTENSI



Tekanan darah tinggi sebenarnya bukanlah suatu penyakit  melainkan suatu kelainan dan gejala dari gangguan tekanan darah akibat ginjal, penciutan aorta, gangguan tumor pada anak ginjal yang menyebabkan tekanan menjadi tinggi.Dalam banyak hal penyebabnya tidak atau belum diketahui iaitu  sebanyak 90 % .Dan dari 10% yang dapat diketahui penyebabnya , hanya 50% yang secara pasti diketahui penyebabnya , dan hanya sebahagian kecil yang dapat diubati.

Belum dapat di buktikan tekanan darah itu disebabkan kerana ketegangan-ketegangan  dan tekanan -tekanan jiwa yang terus menerus.Malahan faktor keturunan sering mempunyai perana penting terjadinya tekanan darah tinggi.

Tekanan darah dianggap normal apabila berada  di bawah atau sama 140/90 mm Hg. Tekanan darah sama atau di atas 160/95 dinyatakan sebagai hipertensi . antara 140/90 mm hg sampai 160/95 disebut hipertensi peralihan.

Berdasarkan penyebabnya , hipertensi dibagi menjadi dua, iaitu hipertensi primer yang tidak diketahui penyebabnya, dan hipertensi sekunder atau hipertensi renal yang penyebabnya diketahui.

Gejala yang timbul berbeda-beda.Umumnya tanpa ada gejala atau keluhan sama sekali, dan hanya diketahui ketika check up   pengukuran tekanan darah . Namun , bila sudah timbul komplikasi pada ginjal, mata, otak  dan jantung  baru menunjukkan keluhan.Yang s sering berupa sakit kepala, pening atau migrain , hidung berdarah , berdebar-debar, sukar tidur, pegal di tengkuk, muka merah, gangguan penglihatan , gangguan saraf , kehilangan kesedaran stroke , koma dan kesulitan jangtung. 

Faktor yang memperberat tekanan darah tinggi adalah gaya hidup dengan stress emosi yang berat, makanan yang tinggi kadar lemak dan garamnya, kegemukan , kebiasaan merokok , kurang olahraga, keturunan dan lain-lain.

TITIK PENGOBATAN

Untuk mengurangkan tekanan  darah tinggi dipilih penobatan di tengah -tengah pusar. Namun disini tidak boleh dilakukan bekam. Yakni , cukup dengan meletakkan berbagai herba yang kemudian dihancurkan dan dilembutkan , lalu  diletakkan di tengah-tengan pusar. Seangkan bekam dilakuka 3-6 cm di bawah pusar atau di atas pusar.
                                                      ATAU


DU 20/ PSU BELAKANG  --- 7 inci dari batas rambut belakang atau 5 inci dari batas rambut depan
DU 14 -----Di bawah tulang leher ke-7 setinggi paras bahu
LI 4 ----Pertemuan tulang ibu jari dan telunjuk
UB  @ KK 18-----1 1/2 inci di bawah tulang punggung ke-2
UB 23---- 11/2  inci di bawah tulang pinggang ke 2
UB 31 ----0.8 inci @ 1 jari sisi kelangkang  ke-1
UB 40----- 3 inci sisi bawah tulang punggung ke-6
LIV 2------1/2 inci dibelakang ruas ke-2 ibu jari dan ruas ke-3 jari ke -2
LIV 3------Celah belakang kaki jari  1 dan ke-2
EXTRA 2---- YANG NI UMMU TAK PASTI, Kalau ada pelawat yang melayari blog ummu dan tahu pasal titik ini , ceritalah dengan ummu

                                       

                                                       ATAU


RN 4 ----3 inci di bawah pusar
KE 20/ pundi hempedu--- 1 inci di atas batas rambut, pada lekukan sisi lur otot leher
S 40 / LB --- 8 inci di bawah tempurung lutut dan 8 inci di atas mata kaki luar


                                                    
Titik ini ummu hanya berikan sebagai panduan , bergantung kepada kemahiran  juru bekam untuk mengaplikasikan titik ini berdasarkan keluhan pesakit .Tapi kalau apa-apa hal yang tak di ingini berlaku janganlah saman ummu pula ye.!

WALLAHU'ALAM





Khamis, 24 Mac 2011

HAK SEORANG TEMAN


Kepada para ibubapa  yang  melayari blog ummu , ingin ummu nasihatkan intailah dengan siapa anak kita berteman. Cuba carikan teman yang baik dan sholeh kepada anak kita kerana yang demikian itu memberi kesan yang besar  kepada corak hidup mereka.Memang benarlah orang berkata : Pengaruh kawan itu sangat kuat. Ada yang  lain pula berkata: Jangan tanya siapa aku ? Tetapi tanyalah siapa kawanku , niscaya engkau akan mengenaliku .

Al-Bhukari dan  Muslim telah meriwayatkan  daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a bahawasanya Rasulullah telah berkata yang bermaksud ;

" Perumpamaan teman yang salih , dan teman yang jahat , adalah umpama orang yang menjual minyak wangi, dan tukang besi peniup api . Penjual minyak wangi , sama ada dia memberi kau sedikit , ataupun kau membeli daripadanya , ataupun kau mencium daripadanya bau yang wnagi. Sedangkan tukang besi peniup  api ,sama ada dia akan membakar pakainmu , ataupun kau mencium bau yang  busuk daripadanya. "

At- Termidzi dan Abu daud meriwayatkan lagi daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :

" Seseornag itu akan dipandang dengan orang yang berjalan dengannya, maka seseorang kamu hendaklah memerhatikan siapa yang menjadi kawanya"

 Adap-adap ni ummu ambil daripada buku Tarbiyatul Aulad karangan  Abdullah Nasih Ulwan.
Di antara adap- adap itu adalah:

(a) Memberi salam ketika bertemu
(b) Menziarahinya ketika sakit
(c) Menngucap rahmat ketika bersin
(d) Menziarahi di rumah kerana Allah
(e) Membantunya di waktu susah
( f) Menerima undangannya  jika di undang
(g) Menberi tahniah pada bulan-bulan dan hari-hari raya . yang bisa dilakukan oleh orang ramai
(h) Saling hadiah-menghadiahi pada musim-musim tertentu ataupun  upacara-upacara tertentu


 Madah yang diucapkan oleh kaum Asad:

Sekiranya rakanku tiada menunggang  di belakang untaku
Sama bergaya, maka tiada ertinya tungganganku
Jika temaku tiada punyai separuh simpanan makananku
Tiada gunalah makanan itu dan tiada ertilah kelebihanku
Kami berkongsi semua harta yang kami punyai
Inginkan di hati biarlah dia lebih  bukan aku.

FISIOLOGI SEK WANITA (1)



Usia 1 hari- 1 tahun

Selepas dilahirkan kita dah tau anak kita laki atau perempuan . Samada  anak perempuan atau anak laki-laki  sunat  iqamat di telinga kiri dan azan di telinga kanan supaya syaitan yang berada bersama –sama dengan anak itu  menjadi lemah  dan lari  dan lagi supaya kalimah yang pertama yang di dengar adalah kalimah tauhid iaitu kalimah syahadat.

Kalau lahir di hospital dan suami lambat ambil bayi azan dan iqamat sendiri lagi bagus.
Lepas tu, sunnat di tahnik’kan budak tu  dengan benda-benda  manis  seperti  kurma  atau madu.Tahnik ni eloklah dilakukan  oleh orang-orang yang alim .Kemdian disunatkan menggunting rambut anak itu  atau mencukur kepala anak itu pada hari ketujuh dan timbang berat rambut anak itu dengan perak  dan menyedekahkan kepada fakit miskin.Pada usia ini juga eloklah  dibuat aqiqah.

Pada usia ini  juga  disunatkan anak perempuan bersunat atau di khatankan ,boleh jumpa doktor atau jumpa bidan tapi bisanya jumpa doktorlah.Biasanya bila jumpa doctor .mereka akan potong sikit bahagian klitoris tapi kalau buat dengan bidan jangan sampai  bidan potong habis takut bila anak ini besar ia tiada kemahuan sek.Begitu juga dengan anak laki-laki bolehlah dikhatankan pada usia yang kecil lagi bagus dan lagi afdhal tapi wajib di khatankan bila hampir baligh.


Usia 1 tahun – 10 tahun

Pada usia ini dah Nampak sifat 2 wanitanya.seperti nak pakai baju cantik ,nak pakai bedak,buah dada dah mula tumbuh.Jadi pada usia ini kita dah boleh ajar pakai tudung dah boleh ajar tutup aurat dan dah kena ajar sembahyang.Iaitu pada usia 7 tahun disuruh sembahyang dan pada usia 10 tahun dipukul kalau tak sembahyang.

Usia 11 tahun -  19 tahun 

Pada usia begini dah jadi anak dara . dah mula nak bercinta , dah mula berangan nak bermesra  dengan seorang lelaki dan pada usia ini mereka dah mula kedatangan haidh maknanya dah lengkap ciri- ciri kewanitaanya.Jadi pada usia begini dah tak boleh marah macam budak2 lagi tapi kena jadi kawan dan ibu kepada mereka . Kena selami apa  apa yang mereka suka danken asuka apa yang mereka suka selagi ianya tidak bertentangan dengan islam. 

Pada usia ini juga dah kena bagi tahu pasal mahram dan tak mahram dan dah kena bagitahu pasal hubungan antara lelaki dan perempuan dan dah kena bagitahu kalau melakukan hubungan intim boleh mengandung.

Pakaian dalam rumah pun dah tak boleh pakai seksi dah tak boleh pakai baju adik kat dalam rumah dan dah tak boleh tidur sebilik dengan adik beradik lelaki atau bapa.Aurat dalam rumah pun kena jaga iaitu pusat dengan lutut tapi disebabkab banyak sangat perkara yang merangsangkan nafsu disediakan diluar atu didalam maka elokklah ditutup seluruh tubuh. Semua perkara yang merangsang nafsu dah tak boleh dilakukan lagi.

Semua ni kalau tak diikut ,Allah turunkan bala  seperti berlakunya sumbang mahram yang berleluasa pada masa kiniii ......NAUZUBILLAHMINZALIQ