Selasa, 15 Februari 2011

KENAPA DI LARANG MAKAN SEBELUM DAN SELEPAS BERBEKAM???

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.

Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Berbekam pada hari Selasa tanggal 17 adalah ubat untuk penyakit setahun."

"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

Apa kesannya apabila berbekam selepas makan dan makan selepas berbekam???
Kesan bekam selepas makan ialah badan akan jadi letih lesu dan tidak bermaya. Ada juga yang demam selepas bekam,kerana berbekam selepas makan boleh mendatangkan penyakit.

Kerana itu di galakkan berpuasa sebelum berbekam dan kesan selepas bekam badan akan terasa ringan dan segar. Punca segala penyakit dalam tubuh badan kita sebenarnya adalah amalan pemakanan kita yang beraneka, yang banyak menggunakan serbuk perisa, bahan pengawet, kimia, pewarna dan lain-lain lagi. Itu yang menjadi toksid dan asid di dalam tubuh badan. 

Maka berbekamlah sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Kerana sihat itu satu anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit yang kita ada.

**Kalau nak jumpa doktor nak cek darah pun dotor suruh puasa kan??? Mengapa doktor tak cek darah selepas kita makan???

Beberapa Hal yang Harus Diperhatikan dalam Terapi bekam

By Bekam Bandung
1. Berbekam hendaknya dilakukan sesama jenis kelamin.
2. Pengulangan bekam paling cepat 2 minggu, tapi sebaiknya 1 bulan sekali
3. Cukup istirahat sebelum dan sesudah berbekam (± 30 menit).
4. Sebaiknya jangan berbekam setelah sarapan berat.
5. Hati – hati membekam penderita HIV dan hepatitis B.
6. Berbekam sebaiknya tidak boleh lebih dari 7 titik bekam.
7. Sebaiknya hindari terkena air pada daerah yang telah di bekam selama 2 jam setelah berbekam.
8. Disarankan mandi air hangat setelah berbekam.
9. Hati-hati membekam penderita anemia dan hipotensi (sebaiknya dilakukan satu demi satu).
10. Penggunaan jarum harus sekali pakai (untuk satu pasien saja).

Jika kita ingin terbebas dari gangguan penyakit yang diakibatkan darah kotor atau sebagai tindakan penjagaan dan kewaspadaan kita terhadap penyakit, maka sangat baik bekam dilakukan sebulan sekali. Dan agar tubuh tetap sehat, maka lebih baik setiap hari kita minum madu dan habbatussauda. Anda ingin sehat? Berbekamlah……InsyaAllah

ANGGOTA BADAN YANG TIDAK BOLEH DIBEKAM

Anggota badan yang tidak boleh dibekam,antaranya adalah:
  
1) MULUT
2) HIDUNG
3) TELINGA
4) MATA
5) KEMALUAN
6) DUBUR

Penyakit yang tidak boleh diubati dengan bekam 

"Artikel ini ummu  salin daripada buku SEMBUH DENGAN SATU TITK karangan dr.Wadda' A.Umar"

Bekam sangat baik untuk meringankan dan mengubati beberapa penyakit.Ia dapat dipergunakan untuk meningkatkan kesihatan tubuh, atau menigkatkan daya tahan tubuh ( fungsi promotif) sehingga boleh dipakai pada orang -orang yang sihat.Selain itu dapat dipakai pula  untuk mencegah agar seseorang yang sihat  tidak terserang penyakit (fungsi pencegahan).Pada sebahagian orang sakit boleh meringankan bebanan kesakitan( fungsi  paliatif, dan boleh pula menghilangkan penyebab penyakit ( fungsi kuratif).

Namun ada juga penyakit yang  tidak boleh diubati dengan bekam. Diantaranya ialah :

1. Penyakit yang disertai perubahan anatomi dan morfologi tubuh seperti kanser dan tumor tapi bekam boleh mengurangkan simptom penyakit itu.

2 . Penyakit yang memerlukan operasi atau penbedahan seprti patah tulang,dislokasi tulang dan sendi, dan ruptur ( lepasnya  /terputus ) organ-organ dalam tubuh

3.Penyakit kerana trauma fizik,terkena zat kimia, tersiram air panas, dan luka terbakar

4.Penyakit kerana  kecelakaan seperti tenggelam, tersengat binatang , luka-luka robek dan melecet.

Oleh kerana itu ,  dalam beberapa jenis penyakit ,penulis tidak menganjurkan bekam sebagai pengobatan utama dengan melupakan  atau meninggalkan metode pengubatan lain.Penulis juga tidak mencadangkan agar semua penyakit diobati dengan bekam.Sebab ,beberapa pesakit masih memerlukan pengobatn dan tindakan pengubatan yang lain.

Isnin, 14 Februari 2011

BAU YANG TIDAK MENYENANGKAN PADA BADAN.

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.
Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit. 

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. 

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine. 

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. 

Di antara penyebab kepada badan berbau:

1. Kemasukan bekteria kedalam kelenjar Apocrine
Bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. 

2. Bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna.
 Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik. 

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme. 

3.Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. 

4. Terjadinya masalah  pada ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. 

5. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif. 

6.Bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau. 

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak.

Cara  untuk mengurangkan bau badan

 1. Pilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri. 

2. Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman .Banyakkan berzikir kepada Allah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
 
“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang".
(Surah Ar-Ra’ad, ayat 28) 

3. Gunakan  cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi  . disini ummu mahu mensyorkan  ,gunalah deodoran  berjenama muslim .,atau minyak wangi yang halal lagi baik
Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan 

4.Kerap mandi 

5.Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar 

6.Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)

7.Berhenti merokok. 

8.Amalkan minum air rebusan daun sireh

Cara pakai : Beberapa helai daun sirih direndam dalam air panas, setelah dingin airnya diminum. Atau daun sirih dihaluskan bersama kapur sirih lalu di oleskan di Catty (ketiak)

Rujukan
berita minggu -info sihat