Jumaat, 11 Februari 2011

RUKUN HAJI-NIAT



RUKUN HAJI (6 PERKARA)
RUKUN UMRAH (5 PERKARA)
  1. Niat ihram mengerjakan haji
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf di Kaabah
  4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
  5. Bergunting atau bercukur rambut
  6. Tertib pada kebanyakan rukunnya
  1. Niat ihram mengerjakan umrah
  2. Tawaf
  3. Sai'e
  4. Bergunting atau bercukur
  5. Tertib


. Niat Ihram Mengerjakan Haji
  • NIAT BERIHRAM
    Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memaikai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.
  • MAKNA IHRAM
    Ihram itu asal maknanya ialah mengharamkan atau melarang dan ihram dalam ibadat haji atau umrah ini ertinya ialah suatu keadaan yang ada pada orang yang sedang mengerjakan haji atau umrah bermula pada ketika berniat mengerjakannya dan berakhir pada ketika TAHALLUL. Jadi sebab dinamakan atau dinamakan IHRAM ialah diharamkan beberapa perkara yang halal sebelum itu ketika dalam ihram .
  • PAKAIAN IHRAM 
    Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain lepas, iaitu tidak dijahit dan tidak pula dijalin (tidak dicantum). Sehelai dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan berwarna putih. Pakaian ihram untuk perempuan pula hendaklah menutup semua badannya kecuali muka dan tapak tangan yang hendaklah terbuka seperti dalam sembahyang.
  • SUNAT - SUNAT IHRAM
    Sunat-sunat ihram antara laian ialah :-
    1. Mandi sunat ihram,
    2. Mengerat kuku
    3. Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut,
    4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan
    5. Memakai pakaian berwarna putih,
    6. Sembahyang sunat ihram dan
    7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat haji atau umrah
  • MANDI SUNAT IHRAM 
    Sebelum memakai ihram dan berniat haji atau umrah di Miqat hendaklah melakukan mandi sunat ihram untuk membersihkan dan menyucikan badan dari segala kecemaran dan kekotoran, seperti yang dilakukan untuk mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat ihram ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala" (diingatkan dalam hati)
  • SEMBAHYANG SUNAT IHRAM
    Setelah selesai mandi dan membersihkan badan dari segala bulu dan mengerat kuku, mengandam misai serta meminyak rambut dan memakai bau-bauan, pakailah ihram. Setelah selesai memakai ihram kerjakanlah sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz niatnya ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala" Surah yang dibaca selepas Fatihah dirakaat pertama ialah surah Al- Kafirun (Qulya aiyuhal kafirun ) dan di rakaat kedua selepas Fatihah ialah surah Al- Ikhlas (Qulhuallahu Ahad)

  • MEMBACA TALBIAH
    Setelah berniat haji atau umrah ketika melalui atau melintasi Miqat dengan niatnya ; Kalau melakukan Haji Lafaz niatnya, yang bermaksud : "Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala" Kalau melakukan Umrah, Lafaz niatnya yang bermaksud : "Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala" Maka perbanyakkanlah bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun haji atau umrah selanjutnya. Bacaan talbiah Yang bermaksud: "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak  sekutu bagi-Mu" 

  • PANTANG LARANG SEMASA IHRAM
Pantang larang semasa ihram itu adalah seperti berikut:
  1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memaikai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh dibawah naungan pokok atau payung.
  2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju,sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.
  3. Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita
  4. Memakai sarung tangan
  5. Memakai bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung.
  6. Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
  7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan,
  8. Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya,
  9. Mengerat, memebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang sedang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan.
  10. Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya, sama ada dengan cara membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya,
  11. Bersetubuh atau berjima'
  12. Melakukan perkara-perkara pendahuluan untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman, kerkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat
  13. Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
  • HUKUM MEMBACA TALBIYAH 
    Jumhur ulama, menetapkan bahawa talbiah itu disyariatkan untuk dibaca oleh pada jamaah ketika dalam keadaan ihram.

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Dari Ummi Salamah r.a. katanya: saya mendengar Rasulullah bersabda: Wahai keluarga Muhammad,barangsiapa berhaji, maka hendaklah di amembaca talbiyah dengan suara yang nyaring untuk hajinya" (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)


Khamis, 10 Februari 2011

Ciri-ciri suami pilihan




.Setiap makhluk yang bernama wanita  atau muslimat samada solehah atau tidak semestinya  menginginkan suami yang sholeh atau yang baik.Suami adalah ibarat imam kepada makmumnya dimana makmumnya adalah anak-anak dan isteri .Sebagai seorang imam dia hendaklah tahu apakah makmumnya adakah betul atau tidak solatnya. Jadi sebagai seorang suami dia hendaklah mampu  memperbetulkan seisi keluarga jikalau mereka melakukan kesalahan.Dan seorang suami juga mestilah mampu untuk mendoakan kesejahteraan keluarganya  seperti firman Allah yang bermaksud


.. "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa." (surah Al-furqan :74)



Di bawah ini ummu perturunkan berberapa tips untuk mengenali lelaki yang sholeh . Ummu mencatat ni pun selepas merujuk kepada beberapa laman blog dan beberapa biji buku.Ummu harap ambillah perkara yang baik-baik dari laman ini dan tinggalkan perkara 
yang melalaikan atau yang  tak baik.Ambilllah manfaat bersama.


 Ummu ada anak perempuan ,empat semuanya ,ada yang sudah yang sudah remaja dan ada yang masih kecil.Ummu doakan anak- anak ummu menemui suami  yang sholeh

CIRI-CIRI- LELAKI SHOLEH 

Kuat agamanya

Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Jadi, lelaki soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga memaksa isterinya untuk menunaikan solat. 
.Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

Tegas mempertahankan maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Jadi, suami yang soleh tidak akan sekali-kali membenarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Juga berhias dan ber'make-up' tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri menututp aurat.

*****
Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
Lelaki yang soleh juga tidak akan hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak akan dihabiskan dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Beliau juga turut takut dalam menerima duit rasuah dan segala macam duit haram. Jadi, beliau tidak dapatlah membeli barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar, dan rantai berjela kepada isteri serta keluarganya.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari).



Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat. Beliau akan melakukan benda-benda yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah berp******i (isikan sendiri) atau dalam istilah mudahnya kahwin melebihi seorang. Argh! Ini kalau tanya sorang-sorang budak perempuan memang PANTANG BETUL kalau suaminya kahwin lag

Rakan pergaulannya

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh
Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah' keduanya.
Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.. Malah baktinya kepada ibu bapanya melebihi isterinya sendiri. 
Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.







2

Mukmin Yang Paling Sempurna Imannya.

Posted on Wednesday, February 2, 2011 in Abu Daud
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik manusia daripada kalangan kamu ialah mereka yang paling baik kepada isterinya”. (Riwayat Abu Daud) Seorang mukmin yang sebenar akan melakukan kebaikan terhadap manusia tanpa mengharapkan balasan melainkan keredhaan daripada Allah S.W.T. Perbuatan baik yang ikhlas adalah [...]





    Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.


    Rabu, 9 Februari 2011

    Lapan Sifat Wanita - oleh Imam Al Ghazali




    Sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya …

    1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat- 
    sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada 
    laranganNya dan perkara-perkara yang haram. 

    Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud
    Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana bangsanya, dan kerana agamanya, maka lazimkan olehmu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai agama”

    Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa
    Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan hartanya dan elok rupanya.”

    Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak dipentingkan dalam Islam.
    Dalam hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri wanita yang baik adalah apabila suami memandang isteri, si suami akan merasa senang dan tenang . Ini berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada sahabat apabila ditanya
    ‘Siapakah orang perempuan yang baik itu”.
    Maka jawab Rasulullah s.a..w
    Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang mukanya, engkau akan rasa seronok”.

    Maka dapat dikatakan bahawa paras rupa juga merupakan satu kreteria dalam memilih isteri. Walau bagaimana pun Nabi s.a.w. juga memberi amaran kepada lelaki supaya tidak memilih isteri semata-mata kerana cantik rupa paras dan kekayaan sahaja kerana ianya dikhuatiri akan menjadi punca kepada kepincangan sesebuah rumah tangga. Seperti mana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ;
    Janganlah kamu kahwini perempuan itu kerana segaknya semata-mata kerana takut disebabkan segak dan cantiknya menyebabkan kamu dihina olehnya, dan jangan kamu nikahi seorang perempuan semata-mata kerana hartanya kerana ditakuti hartanya menyebabkan dia melampau terhadap kamu,tetapi hendaklah kamu nikahi seorang perempuan itu kerana agamanya disamping paras rupanya cantik dan dari keluarga yang berharta”.

    Namun Nabi s.a.w tetap menyarankan supaya kreteria pertama yang akan diambil kira apabila memilih isteri adalah dari segi agamanya seperti maksud sabdanya
    Kalau sekiranya isteri kamu seorang hamba yang hitam kulitnya tetapi mempunyai agama yang kuat maka itu adalah lebih baik bagimu”.
    2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai 
    dan akhlaknya kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah 
    terhadap Allah s.w.t. 

    Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan enam (6) sifat perempuan 
    Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".



    Sifat Al-Annaanah 
    Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia sentiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.




    Allah SWT. menegaskan sifat negatif ini dalam firman-Nya yang bermaksud

    Artinya: Sesungguhynya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan (keuntungan) ia amat kikir. (QS. Al-Ma’aarij:19-21)



    Sifat Al-Mannaanah 
    Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam pertuturan seharian bersama suaminya.



     Surah Al Baqarah 264



    Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. 

    Sifat Al-Hannaanah 
    Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak mudaratnya.

    Sifat Al-Haddaaqah 
    Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.

    Sifat Al-Barraaqah 
    Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
    # Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
    # Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa
    pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya)

    Sifat Al-Sallaaqah 
    Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.
    Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
    (Riwayat Bukhari)

    "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
    (Riwayat Abu Naim)

    Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan iaitu :-

    Sifat Al-Baqlu. 
    Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.

    Sifat Az-Zahhu. 
    Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah.

    Sifat Al-Jubnu. 
    Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.



    3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya. 

    Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita
    disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dan berakhlak mulia jika perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah.


    4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas 
    kahwinnya kurang / murah kerana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya 
    Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang terlebih murah isi kahwinnya” 

    Dan dalam hadis Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud
    Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan rahimnya itu kepada beranak”
    Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah
    Rendah mas kahwinnya Disegerakan perkahwinannya.
    Menyegerakan untuk mendapat anak.


    5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak / 
    melahirkan zuriat 

    kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu
    berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih sayang ke atas suaminya”


    6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara
    kerana menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih mesra perhubungan antara suami dan isteri.


    Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.
    Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra.
    Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.
    Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu.
    Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”.Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.
    7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa 
    yang baik
    iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang
    beragama dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda
    Nabi s.a.w yang maksudnya “Pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan”
    Di galakkan memilih perempuan mahu pun lelaki dari kalangan yang baik-baik kerana menurut Nabi s.a.w, sifat baik dari ibu bapa kadang kala akan di warisi oleh anak samada lelaki mahupun perempuan.
    “Keturunan baik itu akan diwarisi oleh anak-anaknya”
    Di samping itu Nabi s.a.w menasihatkan supaya lelaki berhati-hati apabila memilih perempuan agar tidak memilih perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik dan berasal dari keturunan yang rosak akhlaknya.


    8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat 
    yang hampir
    kerana yang demikian itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w
    pula menyebut yang bermaksud
    Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa 
    sesungguhnya anak itu dijadikan daif tubuhnya” Nabi s.a.w dan untuk mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk dijadikan isteri.


     Rujukan
     syakiringroup.blogspot.com
      rmazad.com

    PERKAHWINAN MENGIKUT ISLAM




    Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]


    Perkahwinan adalah merupakan fitrah setiap makhluk Allah yang bernama manusia.Setiap insan memerlukan pasangan seperti firman Allah yang bermaksud :


    "Dan di antara tanda membuktikan kekuasaan  dan rahmat-Nya bahawa ia menciptakan kamu( wahai golongan lelaki) pasangan (isteri) dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.( surah ar-rum : ayat 21)


    Dan menurut tafsur Ibnu kathir, yang dimaksudkan pasangan  itu adalah Hawa. Allah S.W.T menciptakan Hawa daripada tulang rusuk sebelah kiri Adam yang pendek.Selanjutnya  , di antara kesempurnaan kasih sayang Allah S.W.T kepada manusia ialah Allah S.W.T menjadikan mereka itu pasangan dari jenis mereka sendiri.Allah menciptakan setiap mereka  perasaan cinta dan  kasih  sayang.


    Berkaitan jodoh, tidaklah semua manusia yang lahir kedunia ini mempunyai  jodoh dan berkahwin.Ia adalah rahsia Alllah S.W.T  sebagaimana persoalan ajal,  rezeki dan sebagainya.


    Begitu juga tidak semua yang berkahwin itu pasti mempunyai zuriat. Tetapi secara  fitranya ,manusia memerlukan pasangan ,zuriat, harta dan sebagainya.





    Sejarah perkahwinan

    Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa.
    Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. 


    Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.”


     Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.

    Hukum -hukum perkahwinan dalam Islam

    • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
    • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
    • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
    • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
    • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.


    Rukun nikah

    Syarat bakal suami

    • Islam
    • Lelaki yang tertentu
    • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
    • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
    • Bukan dalam ihram haji atau umrah
    • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
    • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa

    Syarat wali

    • Islam, bukan kafir dan murtad
    • Lelaki dan bukannya perempuan
    • Baligh
    • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
    • Bukan dalam ihram haji atau umrah
    • Tidak fasik
    • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
    • Merdeka
    • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
    Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali.Sekiranya syarat2 wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu.Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal2 yag wajib seperti ini.Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

    Syarat-syarat saksi

    • Sekurang-kurangya dua orang
    • Islam
    • Berakal
    • Baligh
    • Lelaki
    • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
    • Dapat mendengar, melihat dan bercakap
    • Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
    • Merdeka




    Rujukan 
    wikipedia
    berita minggu- Ahad 6/2/2011