Rabu, 9 Februari 2011
Selasa, 8 Februari 2011
OBESITI ATAU KEGEMUKAN
Excess adipose tissue throughout the body. expecially abdomen,buttock and thigh, owing to excessive consumption of refined starch and sugar and habitual consumption of incompitatible food combination.
Adalah kerana lebihan tisu adipos sepanjang badan. terutamanya bahagian abdomen, punggung dan paha ini adalah disebabkan pengambilan berlebihan makanan berkanji dan gula dan kebiasaan menggunakan gabungan makanan yang tidak sesuai.
Obesiti is sometimes due to glandular disorder and these disorder are often the direct result of poor dietary habits and may be corected bty fasting and colonic cleansing or irrigation followed by good nutrional theraphy . In obesity there is a severe acidosis of blood and tissue .
Obesiti kadangkala adalah disebabkan gangguan kelenjar dan gangguan ini sering kali merupakan hasil tabiat pemakanan yang teruk dan mungkin boleh diperbetulkan dengan puasa dan pembersihan kolon atau diikuti oleh terapi pemakanan yang baik . Dalam keadaan obesiti terdapat suatu keadaan asidosis darah dan tisu yang teruk.Ummu minta maaf jikalau terjemahan ummu teruk sekali. Ambilah apa-apa yang baik dan jadikan pedoman.
Di bawah ini ummu berikan titik untuk pembekaman kegemukan .Apa yang ummu berikan adalah asas sahaja dan terpulanglah kepada jurubekam untuk memanipulasi titik ini.Tidak semua titik ummu buat untuk pembekaman tetapi bergantung kepada keadaan individu semasa dibekam.Wallahhu'allam
Antara titik-titik untuk pembekaman obesiti ialah
ST 25
DUA JARI DARI PUSAT KIRI DAN KANAN / 2 INCI SISI PUSAR
ST28
SETINGGI PEMBULUH SARAF UTAMA DEPAN 4.3 INCI DIBAWAH PUSAR DAN 2 INCI SISI PUSAR
REN 4/PEMBULUH SARAF UTAMA DEPAN (PSU/PBK)
4 JARI KEBAWAH PUSAT / 3 INCI KEBAWAH PUSAT
LI 11/USUS BESAR 11
HUJUNG LIPAT SIKU PADA MASA SIKU DITEKUK
DU 20
TEMPAT BEKAM BUNNAH IAITU UMMU MUGHRIT
SP 4 / LIMPA 4
LEKUKAN PUNGGUNG KAKI PERTAMA RUAS KE-4
LI 4/ USUS BESAR 4
PERTEMUAN TULANG IBU JARI DAN TELUNJUK
TIDAK BOLEH DI BEKAM PADA WANITA HAMIL
Biasanya ummu bekam titik st25,st28,ren4,li 11,du20, dan li 4 .Sp 4 ummu jarang buat sebab tak pasti titiknya. Untuk lebih tahu berkenaan titik diatas silalah lawat laman http://www.acupuncture.com.
Nota
Adipose tissue is a type of connective tissue consisting of adipose cells, which are specialized to produce and store large fat globules. These globules are composed mainly of glycerol esters of oleic, palmitic, and stearic acids. Adipose tissue is the main reservoir of fat in animals.
Nota
Adipose tissue is a type of connective tissue consisting of adipose cells, which are specialized to produce and store large fat globules. These globules are composed mainly of glycerol esters of oleic, palmitic, and stearic acids. Adipose tissue is the main reservoir of fat in animals.
Tisu adipos ialah sejenis tisu perantara mengandungi sel-sel adipos, yang dikhususkan untuk menjanakan dan menyimpan globul-globul lemak besar. Globul-globul ini terdiri terutamanya ester gliserol oleik, palmitik , dan asid-asid stearik. Tisu adipos ialah takungan utama lemak pada haiwan.
RUJUKAN
1.URUT REFLEKSI 2- KAMARUDDIN AFI'AT
2.INNOVATIVE BEKAM-DR.HELENA ABDULLAH
3.ACUPRESSURE FOR COMMON AILMENT-CHRIS JARMEY ANDJOHN TINDALL
SYUKUR
Makna syukur berasal dari bahasa arab yang bermakna berterima kasih di atas nikmat yang Allah berikan.Nikmat yang Allah berikan kepada kita sangat banyak.Sehinggakan jika diperhitungkan satu persatu maka kita tidak akan terbalas niknat yang Allah berikan kepada kita umat manusia.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya" . (QS IBRAHIM :34)
Kita akan dimasukkan ke dalam neraka Allah .Na'uzubillah.Janganlah kita meroskkan islam dan iman kita dengan mensyirikkan Allah S.W.T. sebagaiman firman Allah yang bermaksud:
Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu Mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, Padahal kamu mengetahui. Ialah segala sesuatu yang disembah di samping menyembah Allah seperti berhala-berhala, dewa-dewa, dan sebagainya.(QS. Al-Baqarah ayat 22)
1. Nikmat lain yang Allah berikan kepada kita adalah nikmat kesihatan.Tanpa kesihatan yang baik kita tidak akan dapat mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.Dan ingatlah bahawa kita tidak sentiasa sihat . Kita akan sakit bila Allah menghendaki kita sakit. Lalu hargailah kesihatan yang Allah berikan. Abdikan diri kepada Allah sementara badan masih sihat sebagaimana hadis Nabi yang bermaksud:
"Kejarlah 5 perkara sebelum datang 5perkara iaitu hidup sebelum mati,kaya sebelum miskin,sehat sebelum sakit,waktu luang sebelum sibuk,muda sebelum tua".
Selain daripada nikmat yang dua di atas ingin ummu nyatakan bahawa kita sebagai makhluk Allah juga mesti bersyukur di atas nikmat ilmu yang ALLAH berikan kerana tanpa ilmu manusia itu hina.Tanpa ilmu kita tidak dapat menyempurnakan solat , tanpa ilmu kita tidak dapat tahu apa fungsi kejadian manusia dan tanpa ilmu kita tidak tahu yang mana halal dan yang mana haram.Lalu jadilah kita manusia yang melakukan sesuatu perbuatan itu hanya penat dan lelah sahaja yang kita dapat tapi hasilnya adalah sia-sia.
Lagi tentang nikmat yang Allah berikan kepada kita manusia adalah nikmat tidur.Tanpa tidur yang lena kita akan jadi tertekan, mengantuk dan penat, lalu kita tidak akan dapat menyempurnakan segala tugas kita sebagai hamba Allah .Cuba anda bayangkan orang yang tidak boleh melelapkan mata walau sedetik kerana penyakit yang ditanggungnya.Cuba juga anda bayangkan manusia yang tidak mempunyai makanan disebabkan kemiskinan atau sakit yang mereka hadapi sedangkan anda boleh menikmati makanan yang lazat.
Dan ....renungkanlah! betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah menjauhkan kita dari ketulian; penglihatan mata anda yang terhindar daripada kebutaan;dan ingatlah kulit anda yang cantikyang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.Perhatikanlah juga fungsi otak anda !Allah telah memberikankesihatan akal sehingga terhindar daripada kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan segunung emas?
Apakah anda mahu menggantikan lidah anda dengan istana yang menjulang tinggi ,namun anda bisu ?
Apakah anda mahu menukarkan tangan anda dengan kereta volvo tapi tangam anda kudungApakah anda mahu menggantikan nikmat makanan yang anda makan hari ini dengan tidak mempunyai makanan seperti manusia yang miskin di negara-negara yang sedang ditimpa bencana dan rakyatnya kebuluran .Apakah anda mahu menggantikan rumah anda yang selesa dengan tidur di tepi jalan atau dalam kotak kertas seprti rakyat yang tidak berumah Jadi nikmat manakah lagi yang anda mahu dustakan seperti firman Allah dalam surah Ar-Rahman yang bermaksud :
Maka nikmat tuhan kalianyang manakah yang layak anda dustakan ?(Ar--Rahman:13) .,
Dan ....renungkanlah! betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah menjauhkan kita dari ketulian; penglihatan mata anda yang terhindar daripada kebutaan;dan ingatlah kulit anda yang cantikyang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.Perhatikanlah juga fungsi otak anda !Allah telah memberikankesihatan akal sehingga terhindar daripada kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan segunung emas?
Apakah anda mahu menggantikan lidah anda dengan istana yang menjulang tinggi ,namun anda bisu ?
Apakah anda mahu menukarkan tangan anda dengan kereta volvo tapi tangam anda kudungApakah anda mahu menggantikan nikmat makanan yang anda makan hari ini dengan tidak mempunyai makanan seperti manusia yang miskin di negara-negara yang sedang ditimpa bencana dan rakyatnya kebuluran .Apakah anda mahu menggantikan rumah anda yang selesa dengan tidur di tepi jalan atau dalam kotak kertas seprti rakyat yang tidak berumah Jadi nikmat manakah lagi yang anda mahu dustakan seperti firman Allah dalam surah Ar-Rahman yang bermaksud :
Maka nikmat tuhan kalianyang manakah yang layak anda dustakan ?(Ar--Rahman:13) .,
PERINGKAT SYUKKUR
1.Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.
Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.
Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.
Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.
Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.
Kenapa kita dituntut untuk bersyukur.
Karena setiap orang sangat memerlukan Allah swt dalam setiap gerak kehidupannya. Dari udara untuk bernafas hingga makanan yang ia makan, dari kemampuannya untuk menggunakan tangannya hingga kemampuan berbicara, dari perasaan aman hingga perasaan bahagia, seseorang benar-benar sangat memerlukan apa yang telah diciptakan oleh Allah swt dan apa yang dikaruniakan kepadanya. Akan tetapi kebanyakan orang tidak menyadari kelemahan mereka dan tidak menyadari bahwa mereka sangat memerlukan Allah swt. Mereka menganggap bahwa segala sesuatu terjadi dengan sendirinya atau mereka menganggap bahwa segala sesuatu yang mereka peroleh adalah karena hasil jerih payah mereka sendiri.
Dalam surat Ar-Rahman,Allah swt membicarakan aneka nikmat-Nya dalam kehidupan dunia ini dan kehidupan akhirat kelak.
Hampir pada setiap dua nikmat yang disebutkan, Al-Quran mengulangi satu pertanyaan dengan redaksi yang sama; maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu ingkari?
Pertanyaan tersebut terulang sebanyak tiga puluh satu kali.
8 yang pertama nikmat ---------tentang Al-Quran, pengajaran berekspresi, langit, bumi, matahari, lautan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
7 nikmat yang kedua --------siksa neraka di akhirat nanti. Perlu diingat bahwa ancaman adalah bagian pemeliharaan dan pendidikan serta merupakan salah satu nikmat Allah swt.
8 nikmat lagi------------nikmat Allah swt yang diperoleh dalam surga yang pertama.
8 nikmat lagi------- nikmat-nikmat pada surga kedua.
Kesimpulannya-------siapa yang mampu mensyukuri nikmat-nikmat Allah swt yang disebutkan dalam rangkaian delapan pertanyaan pertama maka ia akan selamat dari ketujuh pintu neraka yang disebut dalam ancaman 7 nikmat yang kedua.
Sekaligus dia dapat memilih pintu-pintu mana saja dari kedelapan pintu surga, baik surga pertama maupun surga kedua, baik surga kenikmatan duniawi maupun kenikmatan ukhrawi.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” Ibrahim:7.
Apa ertinya kita bersyukur:
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan syukur segala anggota itu bahawa mengerjakan dengan dia amal yang sholeh; dijadikan amal itu akan syukur.
Dan bertanya seorang lelaki kepada Aba Hazim r.a.;
Katanya baginya(Aba Hazim); Mana syukur dua mata?
Maka kata katanya(Aba Hazim); "Apabila kamu melihat dengan kedua mata akan kebajikan, maka engkau nyatakan dia; dan apabila engkau melihat dengan kedua mata itu akan kejahatan, maka engkau tutup akan dia".
Keterangan selanjutnya adalah dijuruskan kepada perinciaan bahagian syukur yang ketiga, iaitu Syukur segala anggota. Berkenaan ini, didatangkan jawapan Aba Hazim sebagai memaksudkan makna yang berkaitan dengannya.
Nyatakan kebaikan yang dilihat dengan mata ialah memaklumkan dan menyebarkan kebaikan-kebaikan yang dilihat oleh kita. Umpamanya dilihat bahawa di suatu tempat tertentu, ada seseorang guru yang ikhlas sedang mengajar dan mendidik manusia ramai supaya kembali ke jalan Allah, maka hendaklah kita panjangkan kebaikan itu dengan menyebarkan kepada rakan-rakan, jiran-jiran dan saudara-saudara kita yang lain, agar mereka dapat sama-sama mengambil kebaikan dan manfaatnya di sana.
Sebaliknya apabila dilihat sesuatu keburukan atau kejahatan saudara-saudara atau jiran-jiran kita, maka janganlah jadi seperti wartawan bebas yang mewar-warkan kejahatan itu. Sebaliknya kita duduk diam-diam dan mendoakan agar mereka diberikan petunjuk untuk kembali bertaubat dan merujuk kepada Allah.
Dan kata katanya(seorang lelaki); Mana syukur dua telinga?
Katanya (Aba Hazim); "Apabila kamu mendengar dengan kedua telinga itu akan kebajikan, maka engkau dengarkan akan dia, dan apabila engkau mendengar akan kedua telinga akan kejahatan, maka engkau tanamkan dia".
Syukur dua telinga ialah dengan menggunakannya untuk mendengar sesuatu yang bermanfaat dan kebajikan; seterusnya memanjangkannya kepada saudara-saudara kita yang lain. Sebaliknya apabila mendengar sesuatu yang keji dan jahat seperti fitnah dan umpatan, maka hendaklah kita menjauhkan diri dan menyembunyikan apa yang terdengar tadi dari diketahui oleh orang lain.
Dan kata katanya(seorang lelaki); Mana syukur pada kedua tangan?
Katanya (Aba Hazim); "Jangan engkau ambil akan kedua tangan itu akan barang yang tiada bagimu dan jangan engkau tegahkan haq iaitu bagi Allah Taala dalam keduanya".
Syukur pada kedua tangan ialah memeliharanya daripada mengambil sesuatu yang haram dan bukan dari milik kita. Termasuknya juga pengertian di sini tidak menggunakan jawatan dan kuasa serta pengaruh yang dimiliki bagi mengambil sesuatu dengan jalan yang salah. Ini adalah kerana kedua tangan, mengikut pengertian ahli makrifat adalah lambang kepada kuasa yang ada pada seseorang. Dengan kerana itu, hendaklah digunakan keupayaan, kemampuan, pengaruh dan kekuasaan yang ada di atas jalan yang hak yakni yang boleh mendekatkan kepada Allah Taala.
Dan kata katanya(seorang lelaki); Mana syukur pada perut?
Maka katanya (Aba Hazim); "Adalah di bawahnya sabar dan di atasnya Ilmu".
Di bawahnya sabar yang dimaksudkan ialah menahan diri dan bersabar daripada memasukkan sesuatu yang haram, manakala di atasnya Ilmu bermaksud menggunakan pertimbangan ilmu syarak dalam menentukan sesuatu yang boleh dan tidak boleh untuk dimakan dan diminum.
Dan kata katanya(seorang lelaki); Mana syukur pada faraj?
Maka katanya (Aba Hazim); "Seperti firman Allah Taala; Bermula mereka itu(mu'min) itulah bagi faraj mereka itu dipeliharakan mereka itu melainkan atas segala isteri mereka itu atau yang dimilik(hamba) mereka itu. Maka bahawasanya tiada kecelaan.
Syukur pada faraj ialah memeliharanya dari melakukan hubungan seks kecuali kepada isteri yang sah serta hamba sahaya yang dimiliki secara benar.
Dan kata katanya(seorang lelaki); Mana syukur pada dua kaki?
Maka kata (Aba Hazim); "Maka jikalau engkau lihat akan seuatu yang memberi kebajikan, maka engkau kerjakan akan dia atasnya; dan jikalau engkau lihat akan suatu yang memberi kejahatan, maka engkau tegahkan keduanya daripada mengerjakan dia. Dan hendaklah engkau syukur bagi Allah Taala.
Syukur pada kedua kaki pula ialah dengan menggunakannya untuk pergi ke tempat-tempat majlis ilmu, majlis zikir, mencari rezeki yang halal, menziarahi sanak-saudara, guru-guru dan sahabat handai, mereka yang terlantar sakit serta apa sahaja yang dituntut oleh syarak. Segala tempat maksiat yang dikutuk oleh agama hendaklah dijauhi dan hendaklah dilakukan segala kebaikan yang tersebut di atas semata-mata ikhlas kerana Allah, bukannya kerana-kerana yang lain.
Maka adapun orang yang syukur dengan lisannya dan tiada syukur pada segala anggotanya, maka umpamanya seorang lelaki baginya pakaian diambil pada ..........
1.Bahagiam syukur: http://www.angelfire.com
2.Buku jangan bersedih:Dr.'aidh bin 'Abdullah al-Qarni terjemah oleh Noraine Abu
Isnin, 7 Februari 2011
INFO PENYAKIT - ANEMIA
Anemia ialah penyakit yang melemahkan
tubuh badan.Sama ada disebabkan kekurangan
dalam bilangan sel darah merah atau
hemoglobin(pigmen pembawa oksigen).
Boleh juga disebabkan kekurangan
hemoglobin(pigmen pembawa oksigen).
Boleh juga disebabkan kekurangan
ferum(menjadikan sel darah merah berwarna merah)
dan bahan membentuk darah yang
lain melalui penyakit seperti leukemia
dan talasemia, kehilangan darah yang
berlebihan atau jangkitan.
Semua kekurangan ini akan menyebabkan
sel darah merah tidak dapat membekalkan
oksigen yang mencukupi kepada tisu badan.
Nilai normal Hb (hemoglobin) pada wanita rata-rata 12-14g/dl.
JENIS -JENIS ANEMIA
1) Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12
Vitamin B12 sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf
dan sel darah merah yang normal,penghasilan sel darah
putih dan platelet.
2) Anemia Disebabkan Penyakit Kronik
Anemia terjadi disebabkan penyakit atau jangkitan
kuman terlalu lama.Jangkitan ini mnyebabkan belaku perubahan dalam
sistem pembentukan (heamatopoiesis), seperti
memendekkan jangka hayat sel darah merah,
menurunkan kandungan ferum
dan mengurangkan sumsum tulang.3) Anemia Disebabkan Kekurangan Folat.
Lazimnya disebabkan pengambilan diet yang
kurang paras asid folik.Masalah jenis ini kerap berlaku di kalangan wanita, kanak-kanak
dan juga orang dewasa khususnya mereka yang
tinggal di luar bandar.
Mengikut kajian yang dilakukan, kadar
kejadian kurang darah (anaemia)
di kalangan wanita hamil di kawasan luar bandar
ialah dalam lingkungan 60 peratus.
4)Anemia Hemolisis Imun Cetusan Ubat-Ubatan.
Jenis ini berlaku apabila sesetengah jenis ubat
saling bertindak dengan selaput sel darah merah,
menyebabkan sel darah merah ini menjadi
antigenik (boleh merangsang pembentukan antibodi
atau berupaya bertindak balas dengan antibodi)
5) Anemia Hemolisis
Berlaku apabila sum-sum tulang tidak dapat
menampung pemusnahan awal sel darah merah
dengan meningkatkan penghasilannya.
6) Anemia Hemolisis Disebabkan Kekurangan G-6PD
Kekurangan G-6PD adalah merupakan ganguan
ganguan genetik rantaian resesif-x yang diwarisi.
7) Anemia Aplastik Idiopatik
Berlaku apabila sum-sum tulang gagal untuk
membentuk semua jenis sel darah sempurna.
8) Anemia Hemolisis Imun
Berlaku apabila antibodi dalam badan melawan
sel darah sendiri.
9) Anemia Megaloblastik
Ia merupakan satu bentuk ganguan dalam darah di mana
saiz sel darah merah lebih besar daripada biasa,
bilangan sel darah putih dan plattelet rendah.
10) Anemia Pernisius
Disebabkan faktor dalaman iaitu sejenis bahan yang
diperlukan untuk menyerap vitamin B12 dari saluran
gastrousu (penghadaman).
11) Anemia Aplastik sekunder
Berlaku apabila sel stem cedera dan menyebabkan
pengurangan semua jenis sel darah.
Boleh disebabkan kimoterapi,terapi ubat untuk
menekan sistem imun , terapi radiasi, racun
seperti benzena atau arsenik,
dadah,kehamilan,masalah kongenital,Hepatitis
berjangkit dan Eritematpsus Lupus Sistemik.
12) Anemia Sel Sabit
Ia disebabkan oleh sejenis hemoglobin yang abnormal
iaitu hemoglobin S yang diwarisi sebagai ciri autosomal
resesif yang khusus
Tanda-tanda 4)Anemia Hemolisis Imun Cetusan Ubat-Ubatan.
Jenis ini berlaku apabila sesetengah jenis ubat
saling bertindak dengan selaput sel darah merah,
menyebabkan sel darah merah ini menjadi
antigenik (boleh merangsang pembentukan antibodi
atau berupaya bertindak balas dengan antibodi)
5) Anemia Hemolisis
Berlaku apabila sum-sum tulang tidak dapat
menampung pemusnahan awal sel darah merah
dengan meningkatkan penghasilannya.
6) Anemia Hemolisis Disebabkan Kekurangan G-6PD
Kekurangan G-6PD adalah merupakan ganguan
ganguan genetik rantaian resesif-x yang diwarisi.
7) Anemia Aplastik Idiopatik
Berlaku apabila sum-sum tulang gagal untuk
membentuk semua jenis sel darah sempurna.
8) Anemia Hemolisis Imun
Berlaku apabila antibodi dalam badan melawan
sel darah sendiri.
9) Anemia Megaloblastik
Ia merupakan satu bentuk ganguan dalam darah di mana
saiz sel darah merah lebih besar daripada biasa,
bilangan sel darah putih dan plattelet rendah.
10) Anemia Pernisius
Disebabkan faktor dalaman iaitu sejenis bahan yang
diperlukan untuk menyerap vitamin B12 dari saluran
gastrousu (penghadaman).
11) Anemia Aplastik sekunder
Berlaku apabila sel stem cedera dan menyebabkan
pengurangan semua jenis sel darah.
Boleh disebabkan kimoterapi,terapi ubat untuk
menekan sistem imun , terapi radiasi, racun
seperti benzena atau arsenik,
dadah,kehamilan,masalah kongenital,Hepatitis
berjangkit dan Eritematpsus Lupus Sistemik.
12) Anemia Sel Sabit
Ia disebabkan oleh sejenis hemoglobin yang abnormal
iaitu hemoglobin S yang diwarisi sebagai ciri autosomal
resesif yang khusus
- Kulit pucat, terutamanya di hujung jari, bibir, sekeliling mata dan lidah.
- Lesu, tidak bermaya dan lemah.
- Sesak nafas selepas melakukan aktiviti.
- Pening.
- Kadar nadi meningkat.
- Rasa tidak dapat berfikir dengan waras
- Kurang berselera
- Tidak dapat tidur
- Rasa tertekan
Mengapa Penyakit Buah Pinggang kronik
menyebakan anemia?
Kebanyakan orang dengan penyakit ini akan menyebakan anemia?
menghadapi masalah anemia kerana badan
mereka tidak dapat mengeluarkan erithropoietin(EPO),
hormon yang membantu sumsum tulang
untuk menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.
Penyelidikan menunjukkan bahawa keadaan pesakit-pesakit
menjadi lebih baik selepas anemia dirawat.
Bagaimana Mengesan Anemia
Menjalankan pemeriksaan tahap hemoglobin(Hgb)
samada ia jatuh bawah tahap normal.Jika demikian
keputusan anda perlu mendapat rawatan anemia.
Bagaimana Anemia Dirawat?
. Rawatan bergantung kepada faktor utama anemia
dan anda mungkin dikehendaki mengambil zat
pelengkap seperti zat besi,vitamin B12 atau asid folik.
. Pemindahan darah mungkin dicadangkan bagi anemia
jenis tertentu.
. Pesakit -pesakit yang menghidap anemia akibat
penyakit buah pinggang kronik mungkin akan disuntik.
ubat seperti alfa epoetin untuk meningkatkan hasilan darah merah.
. Ada juga ubat herba seperti Hb keluaran hpa boleh membantu
meningkatkan kuantiti sel darah merah kerana ada daun bayam
duri didalamnya.Spirulina pun boleh di guna pakai.
Berbincanglah dengan herbalis bagi mendapat ubat yang sesuai.
Apa Yang Berlaku Jika Anemia Tidak Dirawat?
Ia akan memburukkan lagi masalah kesihatan.
Jika anemia semakin serius jantung mungkin perlu bekerja
lebih untuk mengepam darah dan membawa oksigen keseluruh
badan.Ini akan menyebabkan masalah jantung
seperti hipertropi ventrikular kanan atau LVH
Malangnya ramai yang menghidap penyakit buah pinggang
tidak menerima rawatan anemia sehinggalah
buah pinggang mereka gagal berfungsi
dan terpaksa menerima rawatan dislisis.
Dapatkan rawatan segera walaupun anda mempunyai
1 atau 2 tanda anemia.
SUMBER :
PENYAKIT UMUM--SENARIO KESIHATAN GLOBAL
CATATAN INI HANYALAH INFO SEMATA
RAWATAN HENDAKLAH BERSAMA PERAWAT
DICATATOLEH UMMUBALQIS
INFO HALAL HARAM-GELATIN HALAL
GELATIN HALAL CUMA 1% DI DUNIA?
Adakah anda yakin dengan kehalalan produk yang menggunakan gelatin hari ini?
Seminar yang berlangsung malam tadi di HPAic amat membuka mata para hadirin mengenai isu gelatin sama ada halal dan haram. Umat Islam perlu peka mengenai isu ini kerana gelatin digunakan secara menyeluruh di dalam banyak industri. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada seminar yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Halagel, En. Mohamad Yakob Munshi Deen.
Apa itu gelatin?
“Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaita; sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu”
(Al-Baqarah ayat 168)
Pengeluaran Gelatin
Pengeluar Gelatin Dunia
Sumber: Eastman Gelatine Corporation
Secara asasnya proses pengeluaran gelatin terdiri dari 7 langkah iaitu: demineralization, pretreatment, washing, extraction, purification, drying dan akhir sekali sieving/blending.
Penentu Status Halal Gelatin
Fakta: Buat masa ini masih belum ada kilang yang hanya membuat gelatin bersumberkan dari ikan sepenuhnya. Kebanyakkan kilang di Eropah menghentikan produksi gelatin babi selama sebulan atau setahun bagi mengeluarkan gelatin ikan. Ianya tidak halal kerana menggunakan peralatan yang sama dalam mengeluarkan gelatin babi.
Fakta: Sumber alternatif gelatin dari tumbuhan kebanyakkan digunakan dalam pembuatan softgel dan kapsul keras penyalut ubatan. Kebanyakkan kilang ini menggunakan mesin yang sama untuk mengeluarkan produk menggunakan gelatin tidak halal.
Apa itu gelatin?
- Gelatin adalah protin tulen yang didapati dari proses hidrolisis kulit atau tulang haiwan.
- Gelatin dikategorikan sebagai aditif (additive) makanan dan menggunakan E-number E441.
- Gelatin Jenis A diproses menggunakan asid di mana biasanya adalah dari sumber kulit babi.
- Gelatin Jenis B pula diproses menggunakan alkali atau air kapur. Sumber-sumber untuk pemprosesan gelatin jenis B adalah dari tulang atau kulit-kulit haiwan bovin seperti lembu, kambing dan kerbau.
- Gelatin mengandungi 18 jenis asid amino dengan kepekatan yang berbeza. Ia membentuk rangkaian polypeptide. 9 daripada asid amino tersebut adalah yang diperlukan oleh badan manusia.
- Seluruh struktur molekul gelatin adalah berbentuk rod yang mengandungi struktur primer, sekunder dan tertiari.
- Mengandungi 84-90% protin
- Mengandungi 1-2% garam mineral
- Selebihnya adalah air
- Tiada kolesterol
- Tidak mengandungi pengawet atau aditif
- Berbanding dengan agar-agar, gum arabic, locust gum yang mengandungi karbohidrat
- Penggunaan gelatin telah bermula sejak beratu-ratus tahun dahulu di negara-negara Eropah
- Penggunaannya yang pelbagi dalam industri makanan, kosmetik, produk kesihatan dan perubatan
- Ia adalah produk yang semulajadi dan menyihatkan. mudah dihadam, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol.
- Banyak penyelidikan telah membuktikan gelatin dapat membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tulang dan sendi.
- Penebal (Thickener)
- Pelekat (Plasticizer)
- Pengemulsi (Emulsifier)
- Ejen Pembuih (Foaming agent)
- Penahan Lembapan (Moisture retention) – digunakan dalam ais krim
- Pembaik tekstur (Improve texture) – digunakan dalam kosmetik
- Ejen pengikat (Binding agent) – softgel, kapsul, tablet
- Gelatin
- Gelatin Halal
- Bovin Gelatin
- Gum Base
- Pengemulsi/Emulsifier
- Penstabil/Stabilizer
- Food/Edible Grade
- Coarse Powder
- Leaf Gelatin – hotel-hotel besar suka menggunakannya, berwarna putih dan cantik, sumber dari babi
- Gelatin Hydrolisate
- Pharmaceutical Grade – kapsul, softgel, tablet, sirap batuk
- Technical Grade
- Industri makanan
- Jelly Desserts
- Gummy Jelly
- Chocolate
- Ice-Cream
- Marshmallow
- Soft Candy
- Toffees, chewing gum
- Yogurt, keju, butter
- Produk daging
- Makanan haiwan (pet food)
- Industri Farmaseutikal
- Hard Capsules
- Soft Capsules
- Sugar-coated pills
- Tablets
- Serum substitute
- Injection etc.
- Industri Fotografi
- Photo-film
- Printing paper
- X-ray Film
- Photogravure Printing
- Industri Kosmetik & Toileteries
- Produk penjagaan rambut
- Produk penjagaan kulit
- Pengilat kulit
- Losyen dan produk kecantikan
- Ubat gigi
- Industri Teknikal
- Paper manufacturing
- Box making
- Paper for fingerprinting
- Match industry (mancis)
- Industri Sukan dan Kesihatan
- Paintball
- Makanan sukan untuk para atlit seperti cereal bars, protein bars, minuman kesihatan
Akan Tetapi Adakah Produk-Produk Ini Halal?
Firman Allah SWT“Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaita; sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu”
(Al-Baqarah ayat 168)
Pengeluaran Gelatin
Pengeluar Gelatin Dunia
Gelita Australia Pty Ltd, Australia & New Zealand
Geltech Co. Ltd, Korea
INdia Gelatine & Chemicals Ltd, India
Jellice Co. Ltd, Japan
Kerala Chemical and Proteins Ltd, India
Narmada Gelatines Ltd, India
Nippi Gelatin Division, Japan
Nitta Rousselot (Guangdong) Gelatin Co. Ltd, PR China
Sam Mi Industrial Co, South Korea
PB Gelatins
Rousselot Group
Gelita Group, UK, USA
Sumber gelatinGeltech Co. Ltd, Korea
INdia Gelatine & Chemicals Ltd, India
Jellice Co. Ltd, Japan
Kerala Chemical and Proteins Ltd, India
Narmada Gelatines Ltd, India
Nippi Gelatin Division, Japan
Nitta Rousselot (Guangdong) Gelatin Co. Ltd, PR China
Sam Mi Industrial Co, South Korea
PB Gelatins
Rousselot Group
Gelita Group, UK, USA
- 80% daripada gelatin yang dikeluarkan di Eropah adalah dari kulit babi
- 15% darikulit haiwan bovin seperti kerbau dan lembu
- 5% dari tulang-tulang haiwan bovin dan khinzir/babi, ikan dan poultry
Sumber: Eastman Gelatine Corporation
Secara asasnya proses pengeluaran gelatin terdiri dari 7 langkah iaitu: demineralization, pretreatment, washing, extraction, purification, drying dan akhir sekali sieving/blending.
Penentu Status Halal Gelatin
- Sumber – haiwan halal atau haram dimakan, cara sembelihan
- Proses pengeluaran – percampuran dengan sumber atau gelatin tidak halal
- Kebersihan keseluruhan
- Konsep pertama: Kilang tersebut mengeluarkan gelatin dari sumber haram tetapi memakai hukum seperti anggur yang mana bila diperam menjadi arak (wine) tetapi diperam lama lagi ianya menjadi cuka. Tetapi tidak boleh digunapakai untuk gelatin babi atau lembu tidak disembelih mengikut syarak.
- Konsep kedua: Kilang buat gelatin dari sumber bovine tetapi tidak disembelih mengikut syarak.
- Konsep ketiga: Kilang tersebut buat gelatin dari sumber bovine dan sembelih mengikut syarak tetapi bercampur dengan yang haram. Contoh kilang di New Zaland, Eropah dan China.
- Konsep keempat: Kilang buat gelatin dari sumber halal dan disembelih dengan mengikut syarak tanpa bercampur dengan yang haram.
- Kilang gelatin haruslah berada di sebuah negara atau wilayah Islam.
- Diurus dan dimiliki sepenuhnya atau sebahagian oleh orang Islam.
- Mestilah dari seumber yang 100% halal iaitu haiwan yang disembelih mengikut Syariat Islam.
- Kilang tersebut mestilah mengeluarkan gelatin HALAL sahaja.
- Nisbah keluaran gelatin rendah
- Untuk mengeluarkan 1500 metrik tan gelatin setahun perlukan sebanyak 15,000 metrik tan tulang-tulang.
- Seekor lembu menghasilkan lebih kurang 30kg tulang terpilih.
- Oleh itu untuk keluaran 1500 metrik tan setahun memerlukan 500,0000 ekor lembu/kerbau.
- Sumber tulang dari banyak pusat sembelihan
- Tiada usaha untuk mencari dan mengumpulkan tulang-tulang dari pusat penyembelihan.
- Tulang-tulang dari pusat penyembelihan korban pada Hari Raya Aidiladha boleh digunakan untuk gelatin.
- Masalah-masalah lain
- Mengambil masa 60-80 hari untuk mengeluarkan satu lot gelatin.
- Adalah mustahil untuk mengasingkan gelatin halal dan tidak halal dalam kilang yang sama.
- Peluang kontaminasi (contamination) antara gelatin halal dan tidak halal adalah sangat tinggi.
1. Fish Gelatin
Adakah ia halal?Fakta: Buat masa ini masih belum ada kilang yang hanya membuat gelatin bersumberkan dari ikan sepenuhnya. Kebanyakkan kilang di Eropah menghentikan produksi gelatin babi selama sebulan atau setahun bagi mengeluarkan gelatin ikan. Ianya tidak halal kerana menggunakan peralatan yang sama dalam mengeluarkan gelatin babi.
2. Gelatin dari tumbuhan
Adakah ia halal?Fakta: Sumber alternatif gelatin dari tumbuhan kebanyakkan digunakan dalam pembuatan softgel dan kapsul keras penyalut ubatan. Kebanyakkan kilang ini menggunakan mesin yang sama untuk mengeluarkan produk menggunakan gelatin tidak halal.
HALAGEL PELOPOR GELATIN HALAL MALAYSIA

TIDAK salah rasanya umat Islam di negara ini berterima kasih kepada syarikat ini. Jika tidak kerana Halagel (M) Sdn. Bhd., tentunya kita menghadapi satu masalah besar dan lebih teruk lagi untuk tujuan kelangsungan hidup kita terpaksalah menelan gelatin walaupun menyedari apa yang ditelan itu haram!
Terdapat dua jenis gelatin dalam pasaran. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati daripada kulit babi manakala gelatin ‘Type B’ pula diperbuat daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau.
Persoalannya berapa banyak gelatin jenis B menguasai pasaran terutama untuk umat Islam. Jika ada pun apakah jenis kaedah penyembelihan yang digunakan bagi mendapatkan gelatin daripada haiwan-haiwan bovine itu? Bagi menangani masalah itu, Halagel ditubuhkan pada 19 Ogos 1997 untuk memenuhi keperluan gelatin halal umat Islam di negara ini.
Setelah hampir 10 tahun penubuhannya, syarikat itu kini merupakan satu-satunya pengedar dan pengimport gelatin halal terbesar untuk pasaran di Malaysia dan Asia Tenggara.
Ikuti liku-liku perjuangan Halagel seperti yang diceritakan oleh Pengurus Cawangan Halagel, Muhammad Azhar Abdullah dalam temu bual kepada wartawan SITI AINIZA KAMSARI dan jurufoto ASMARUDDIN JAMALUDDIN di Pusat Perdagangan Desa Subang Permai, Shah Alam pada tahun 2006.
Syarikat saudara benar-benar telah memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah umat Islam khususnya di negara ini. Bagaimanakah perniagaan itu bermula?
Muhammad Azhar: Kisah Halagel sebenarnya kisah perjuangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kami iaitu Mohamad Yakob Munshi Deen, 44. Sebagai bekas graduan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) beliau sebelum ini mengusahakan perniagaan berkaitan pertanian. Namun sampai ke satu tahap, iaitu pada 1994, beliau berhenti dan melibatkan diri dalam bidang farmaseutikal dengan cuba memasarkan dan membekalkan produk ubat-ubatan kepada premis-premis perniagaan di bahagian utara Semenanjung.
Namun apabila beliau cuba membekalkan ubat pada doktor ‘A’, misalnya, doktor itu menolak sampel yang dibawa oleh Mohamad Yakob dengan alasan kapsul ubat tersebut menggunakan gelatin haram (yang diperbuat daripada kulit babi).
Sementara doktor ‘B’ pula, dalam kes tempahan ubatan jenis lain, menerima sampel dan pesanan daripada Mohamad Yakob tetapi memberitahu kapsul itu diperbuat daripada gelatin haram.
Jadi, dua situasi ini amat mengelirukan Mohamad Yakob. Beliau kemudian mendapati gelatin jenis ‘A’ dalam pasaran telah digunakan di kalangan umat Islam di negara ini sejak dahulu hinggalah ke hari ini.
Jadi kalau anda di tempatnya, bayangkan perasaan Mohamad Yakob dan besarnya tanggungjawab yang perlu dipikulnya bagi mencari jalan mendapatkan gelatin halal.
Bagaimanakah saudara melihat penggunaan gelatin di kalangan pengguna Islam?
Ramai tidak menyedari bahawa penggunaan gelatin adalah sangat meluas dan bukan soal pemakanan dan farmaseutikal semata-mata. Malah bidang kosmetik dan teknikal termasuk pembuatan filem-filem fotografi, filem untuk sinar x, kertas cetak foto, membuat kotak sehinggalah kepada gel dakwat pen juga menggunakan gelatin.
Dalam proses pengeluaran makanan itu sendiri, lebih 50 peratus daripadanya menggunakan gelatin. Di peringkat dunia dijangkakan penggunaan gelatin akan meningkat sebanyak beratus-ratus metrik tan setahun. Kebanyakan negara Eropah, Amerika Syarikat, negara-negara Amerika Selatan selain Jepun dan China di Asia adalah negara pengeluar gelatin utama dunia. Daripada jumlah tersebut 41 peratus gelatin adalah daripada kulit babi manakala 28.5 peratus daripada kulit haiwan bovine dan 29.5 lagi daripada tulang haiwan tersebut.
Babi lebih banyak digunakan untuk pengeluaran gelatin kerana proses pengeluarannya hanya mengambil masa sebulan sahaja berbanding haiwan bovine iaitu selama tiga bulan selain proses pengeluarannya adalah lebih murah.
Bolehkah saudara senaraikan jenis-jenis produk berasaskan gelatin yang paling sensitif dalam pemakanan dan perubatan?
Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain), gummy jelly, pastil berperisa, yogurt, keju dan mentega. Ia juga meliputi aiskrim, kapsul penyalut ubat dan kapsul lembut seperti kapsul minyak ikan, pencuci mulut segera (terutamanya agar-agar dan puding), gula-gula getah dan produk-produk daging yang diproses.
Gelatin digunakan dalam produk-produk di atas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat. Dengan itu masyarakat Islam haruslah berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan dan produk-produk di atas kerana dikhuatiri mengandungi gelatin yang tidak halal.
Bagaimanakah CEO syarikat saudara merintis bidang ini dalam keadaan yang mempunyai kekangan di sana sini?
Tidak dinafikan ini merupakan misi peribadi dalam satu usaha yang sangat getir sehinggalah Mohamad Yakob berjaya menemui gelatin halal itu di Pakistan yang dikeluarkan oleh sebuah kilang besar di Lahore. Syarikat itu mempunyai pekerja seramai 400 orang dan hanya dua pekerja yang beragama Kristian. Yang lain semuanya Islam.
Gelatin yang dikeluarkan oleh kilang itu bersumberkan tulang-tulang daripada haiwan yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan kerbau dan disembelih mengikut syariat.
Sejak itu hingga ke hari ini, kami menjalankan usaha sama dengan syarikat dari Pakistan itu bagi mendapatkan gelatin halal untuk dikilangkan semula di kilang kami di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah.
Berapa banyakkah pelaburan pada peringkat awal penubuhan syarikat?
Halagel bermula dengan modal sebanyak RM100,000. Pada peringkat awal kami terpaksa menjual harta dan aset yang ada termasuk rumah dan menggunakan simpanan. Alhamdulillah, pada tahun pertama sahaja jualan sebanyak RM1.02 juta berjaya diraih dan sehingga tahun lalu kami berjaya memperoleh jualan sebanyak RM13.6 juta. Untuk tahun ini ia dijangka meningkat lagi.
Adakah Halagel sudah berjaya menampung keperluan gelatin halal di negara ini?
Tidak juga, sebenarnya nisbahnya masih lagi 10:90. Iaitu 10 peratus adalah gelatin yang Halagel pasarkan manakala 90 peratus lagi adalah dari sumber bovine gelatin yang tidak pasti status halalnya atau porcine yang sememangnya haram kerana diperbuat daripada babi.
Adakah kedudukan ini selesa atau masih belum lagi melegakan?
Ia masih belum melegakan kerana masih banyak peluang pasaran yang tidak dapat kami tembusi kerana terhadnya bekalan dari kilang kami di Pakistan. Namun sekurang-kurangnya kami berjaya membekalkannya daripada tiada langsung gelatin halal sebelum ini. Halagel masih baru iaitu hampir 10 tahun di pasaran, namun syarikat antarabangsa yang lain telah membekalkan gelatin jauh lebih awal lagi dan lebih banyak gred gelatin yang dihasilkan.
Bagaimana dengan kapasiti pengeluaran kilang saudara?
Tidak dinafikan kapasiti pengeluaran yang kami ada adalah pada tahap maksimum. Maksudnya pada peringkat awal kami hanya mampu mengeluarkan 2,000 metrik tan gelatin setahun tetapi penggunaan gelatin di dunia hari ini sudah sampai ke tahap antara 350,000 hingga 400,000 metrik tan setahun.
Bagi pengeluaran kelongsong kapsul sahaja, Halagel telah memasarkan lebih 200 juta kapsul pada tahun 2005 dan ia hanya merangkumi 30 peratus pasaran kapsul di Malaysia. Penggunaan kapsul dunia dianggarkan lebih 300,000 bilion kelongsong kapsul setahun.
Apakah cabaran bagi memenuhi keperluan gelatin umat Islam? Apakah langkah Halagel?
Tentu sekali kami sedang menyahut cabaran itu dengan pembukaan sebuah kilang kapsul yang bernilai hampir RM12 juta di Sungai Petani, Kedah pada September ini. Kilang itu akan menumpukan kepada pengeluaran kapsul penyalut ubatan dan softgel sahaja.
Sampai bila kita hendak bergantung kepada bekalan gelatin yang dibawa masuk dari Pakistan?
Bukankah sudah tiba masanya kita juga mengeluarkannya di Malaysia?
Kami menyedari sepenuhnya keperluan tersebut. Malah sejak dahulu lagi kami ada rancangan untuk mendapatkan bekalan daripada tulang-tulang haiwan terutamanya unta, kambing, kibasy dan lembu yang berjuta-juta ekor disembelih di Arab Saudi pada setiap kali Hari Raya Haji untuk dijadikan gelatin halal. Kalau kita lihat sehingga ke hari ini, tulang-tulang tersebut terbuang begitu sahaja. Kami pernah merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak di Asia Barat untuk membina kilang gelatin di sana namun faktor cuaca, beberapa masalah teknikal dan kos yang terlalu tinggi menyebabkan ia tidak kos efektif.
Oleh kerana masalah di atas, Halagel menukar strateginya dan memilih China untuk pengeluaran gelatin yang kedua. Kilang yang akan didirikan di Wilayah Yin Chuan di bahagian Tenggara China itu sangat strategik di mana sebanyak 60 peratus populasi penduduknya merupakan orang Islam dan cuaca di sana amat sesuai. Insya-Allah pada awal tahun 2008 kami harap kilang di China akan mula beroperasi.
Mengapakah Halagel memilih China?
Di peringkat tempatan, kita tidak mempunyai cukup bekalan bahan mentah (tulang haiwan) di samping suhu di sini yang agak panas dan lembap tidak sesuai untuk memproses tulang-tulang tersebut kepada gelatin. Di sini kita lebih terdedah kepada pertumbuhan bakteria yang boleh mengganggu proses pengeluaran gelatin tersebut. Jadi, kita pilih wilayah di China itu kerana mereka mempunyai bekalan bahan mentah yang banyak dan mencukupi serta suhu yang sangat sesuai untuk pemprosesan gelatin.
Halagel kini hanya memenuhi 10 peratus pasaran gelatin halal di negara ini. Berapa banyakkah syarikat dan pengusaha yang menempah gelatin daripada syarikat saudara?
Lebih kurang 40 hingga 50 syarikat di negara ini menggunakan gelatin Halagel dan antara 70 hingga 80 buah syarikat di negara ini termasuk beberapa syarikat dari Indonesia dan Singapura menempah kapsul bergelatin halal keluaran syarikat kami.
Apakah produk halal Halagel yang lain?
Jika disenaraikan, kami ada hampir 13 produk kesemuanya. Selain daripada gelatin dan kapsul, syarikat kami juga mengeluarkan gula-gula gummy jelly berjenama Nize Gummiez. Kami juga memasarkan ubat gigi herba dengan daun mambu serta bunga cengkih, produk-produk terapi garam bukit (rock salt), garam bukit untuk masakan dan yang terbaru, vitamin pastil fruity C dan gelatin dalam bentuk paket bagi kegunaan bakeri dan masakan.
Apakah harapan saudara?
Saya amat berharap pengguna tempatan mahupun di luar negara terutama orang muslim sentiasa peka dan menjadi pengguna bijak dalam memilih makanan dan produk untuk kegunaan harian. Lihatlah tanda halal dan bahan-bahan yang digunakan pada makanan tersebut dahulu agar kita tidak berasa ragu tentang status halal produk tersebut. Hasrat kami di Halagel adalah untuk menampakkan lagi impian Perdana Menteri kita bagi menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal di rantau ini.
http://jamalmajlis.blogspot.com/
Langgan:
Catatan (Atom)