Khamis, 14 Januari 2016

SARUNG TUNGKU PANJANG Murah




Sarung  TUNGKU PANJANG INI  diperbuat daripada kain belacu di dalam dan kain viscose diluar.Ianya dijahit kemas.
Dengan Sarung  ini, ibu siap untuk bertungku pada bila-bila masa dengan mudah, lebih cepat, selesa dan senang hati.
-Digunakan sebagai alat tradisional kepada ibu ibu lepas bersalin untuk bertungku perut bagi
-mengecutkan rahim dan menaikkan peranakan.                     
- membantu untuk mengeluarkan angin
-mengeluarkan lendiran, dan melancarkan perjalanan darah. .
-Boleh digunakan untuk menuam anggota badan yang letih, sengal, lesu dan untuk mengurangkan senggugut.


BOLEH DIGUNAKAN  BERKALI -KALI ,INSYAALLAH



Cara Penggunaan-- PENTING!!

Panaskan tungku besi diatas api sederhana shj selama 10-15 minit
Diangkat dan di balut dengan kain tebal.
Masukkan tungku ke dalam sarung TUNGKU . Mudah kan!
Cuba dengan tapak tangan sebelum meletak ke badan anda. Bertungku di perut, peha, kaki dan belakang. Tekan dengan lembut ke badan anda. Haba dari batu tungku MEMBERI KEREHATAN OTOT  dan memperbaikI peredaran darah.
** pastikan api TIDAK terlalu besar dan tungku TIDAK terlalu panas (hingga merah meyala).. balut tungku dengan kain terlebih dahulu kemudian baru dimasukkan ke dalam SARUNG TUNGKU 
** tungku yg TErlalu panas boleh menyebabkan sarung TUNGKU  terbakar 



** SARUNG TUNGKU INI BOLEH DIBASUH 

RM 35 exc pos

Sms / Whatsapp  kak ummu di 01121965827 untuk keterangan lanjut 

Ahad, 10 Januari 2016

Urutan Aromaterapi plus hot stone





KREDIT TO : http://airishbeautyandspa.blogspot.my/

Urutan badan mampu  menimbulkan perasaan harmoni dan tenang kerana seseorang itu berasakan dirinya dimanja. Selain itu, urutan badan juga punyai kebaikkan untuk tubuh badan secara menyeluruh ini kerana ia mampu meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh badan.

 Urutan Aromaterapi 

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah. Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut. 

Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu. Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya. 

Urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan. Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri. 

Wanita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit. Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia. 

Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan. Lakukanlah Urutan Aromaterapi kerana ianya berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar dan tidur malam anda lebih lena dan nyaman..  


 Kebaikkan Urutan Aromaterapi:- 
  • Menyingkirkan lebihan toksin badan.
  • Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
  • Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
  • Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
  • Melancarkan sistem pencernaan.
  • Membentuk badan.
  • Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
  • Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental

URUTAN BANYAKKAN SUSU DAN BENGKAK SUSU


KreDIT TO :     http://mummysayf.blogspot.my/    


Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh PARA IBU  lakukan untuk merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan baby. Dan mengurut adalah salah satu dari caranya. Tak perlulah nak memanggil makcik tukang urut setiap kali. Urutan ringkas boleh dilakukan sendiri sebelum kita menyusukan bayi. Urutan ini dapat membantu merangsang kelenjar penghasilan susu ibu. Jom kita lihat cara-cara urutan yang boleh mommies lakukan =)

URUTAN MENAMBAH PENGALIRAN SUSU IBU


LANGKAH 1 : TUAM

Sebelum melakukan urutan, para ibu  perlu menuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Tuam untuk beberapa minit. Amalan ini baik kerana dapat merangsang payu dara mengeluarkan susu badan dengan lebih lancar.

LANGKAH 2 : TEKAN

Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas secara perlahan-lahan.

LANGKAH 3 : GERAKAN

Setelah itu, sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari yang lain pula ditempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan-lahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Namun, jangan sesekali ubah kedudukan ibu jari. Ulangi langkah lima hingga enam kali.

LANGKAH 4 : TERUSKAN GERAKAN

Teruskan dengan membuat menggerakkan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Namun, jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenan.

LANGKAH 5 : PUTAR

Gerakkan jari-jari and dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.

Selamat  mencuba 



KEBAIKAN BERTUNGKU PERUT

KREDIT KEPADA :http://sharifahsahiza.blogspot.my/




Bertungku adalah satu proses di mana besi panas atau batu panas samada batu sungai atau anak lesung akan diletakkan sekitar abdomen iaitu pada ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada). Mengikut amalan orang dulu-dulu bertungku ini bertujuan untuk menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Tempoh masa bertungku pula ikut pada keupayaan dan kemampuan masing-masing. Kalau yang rajin bertungku, biasanya ada yang sampai habis pantang dan ada juga yang bertungku hingga keluar darah nifas yang  terakhir dan ada juga  yang hanya bertungku dalam masa 2 minggu sahaja.. 


Antara khasiatnya yang baik adalah untuk :

  • Membantu aliran darah dengan sempurna juga turut membantu masalah kebas anggota badan akibat aliran darah yang tidak lancar.
  • Membantu mengendurkan saraf dan otot yang tegang dalam badan.
  • Mempercepatkan keringnya darah nifas dengan mencairkan ketulan darah.
  • Membantu mengembalikan semula kedudukan tulang pinggul ketempat asal. (akibat pembukaan ketika melahirkan anak)
  • Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf serta sakit otot.
  • Membantu masalah lebam dan kesakitan serta bengkak kecil akibat bersukan atau cara hidup yang aktif.
  • Membantu mengempiskan perut selepas bersalin.
  • Membantu membuang angin dalam perut.
  • Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Bagi yang menjalani pembedahan pula, ia baik untuk membantu dalam mengecutkan luka jahitan, mengeluarkan darah kotor serta menghilangkan sakit-sakit badan yang tidak boleh diurut kerana pembedahan.

Amalan bertungku perut  boleh dilakukan setengah jam pagi dan setengah jam petang .Ianya  sudah memadai. Khasiat Bertungku perut tidak  bergantung kepada berapa besar dan berat tungku yang para ibu gunakan . Ianya bergantung kepada lama masa bertungku .Bagi yang berbadan kecil gunakan tungku yang sedikit ringan seperti tungku yang beratnya kurang dari 2kg.

Bagi para ibu yang berbadan besar ,bolehlah gunakan tungku yang berat lebih daripada 2 kg. Daripada pengalaman kak ummu selaku tukang urut bersalin penyalahgunaan tungku akan menyebabkan kesakitan dibahagian tangan yang memegang . Lagi pula tungku yang berat , bila tersalah letak di perut boleh menyebabkan pendarahan . Tungku yang terlalu berat juga menyukarkan proses bertungku dan mennyebabkan kesan bertungku tidak optima.

Selamat mengamalkan bertungku perut selepas bersalin 

TUNGKU BESI PANJANG

Hubungi kak ummu sms atau whatsapp 01121965827

  bagi mendapatkan tungku besi 
   panjang 

    Harga sangat berpatutan 




1.5kg-1.6kg ( RM28) 

2kg ( RM 30 )

 ## TUNGKU 1,5 KG UNTUK BERAT BADAN < 70 KG
## TUNGKU 2 KG UNTUK BERAT BADAN > 70 KG 

Semua  harga TIDAK  termasuk urusan pos