Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea"
.Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.
Rawatan
1.Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.
2.Bertanggas
Ada berbagai cara melakukan rawatan bertanggas .
~~ Rawatan bertanggas boleh dilakukan selama7 hari berturut -berturut pada bila-bila masa
3.Urutan
Urutan batu panas adalah lebih berkesan dalam menangani senggugut .Urutan biasanya akan dilakukan di bahagian belakang punggung iaitu dari tulang L4 hingga tulang sulbi , bahagian ari-ari dan dibahagian perut iaitu 2 - 4 jari dari pusat
4. Pengambilan suplemen
Suplemen yang biasanya disyorkan adalah vitamin B-6 ( seperti biji bunga matahari,kacang pistasio,)ikan ), vitamin B-1,Vitamin E ( sangat tinngi dalam minyak zaitun), Omega -3 ( dalam minyak ikan ), Kalsium ( dalam susu ) Dan Magnesium.
5.Akupunture
Pada asasnya, Cara TCM akupunktur Cina bekerja untuk mendapatkan darah dan qi bergerak lancar dengan rawatan saluran Hati sebagai tumpuan utama .akupunture merawat laluan saluran Hati ke bahagian alat kelamin dan organ-organ pembiakan. Jika seorang wanita itu "kekurangan darah ," ( panggilah daripada perubatan cina) , akupunktur boleh membantu dalam penukaran sumber badan lain untuk membentuk darah baru. Ini penting kerana kekurangan darah bermakna bahawa tidak ada darah yang cukup untuk darah mengalir dengan lancar dan sama rata kebahagian rahim , menyebabkan kesakitan dan kekejangan otot rahim .
6. Berbekam
Untuk mengurangkan kesakitan akibat sengugut disarankan berbekam pada bahagian belakang badan dan pada betis.. inshaa Allah kesakitan akibat senggugut akan hilang..
Tidak perlu digunakan semua titik, bergantung kepada tempat sakit pesakit.
7. Senaman
Senaman akan membuatkan anda sihat .Anda boleh membakar lemak dan kalori .Ia akanmencegah kekejangan otot dan sekaligus merangsang pelepasan horman tahan sakit yang dikenali sebagai endorpin. Ia tidak akan menghilangkan rasa sakit sepenuhnya tapi ia akan meningkatkan kekuatan psikologi dan keyakinan untuk menghadapi kesakitan . Salah satu sebab utama berlakunya senggugut adalah kerana oksigen tidak mencukupi di bahagian rahim akibat pengecutan pembuluh darah yang membawa darah beroksigen ke bahagian rahim. Dengan senaman , salur darah akan mengembang dan jumlah sel darah merah juga akan meningkat sekaligus akan meningkat oksigen di bahagian rahim.
Sms atau whatsapp kakummu untuk dapatkan
rawatan di 0137033819
Rawatan adalah berdasarkan temujanji sahaja.