Rabu, 17 Disember 2014

HERBA MODEN YANG BOLEH DI GUNAKAN UNTUK BERTANGGAS


Rosemary: Increases circulation to the reproductive organs, aids in clearing out of old fluids, is also antiseptic and purifying.

Lavender: One of the most relaxing herbs, calms the mind and body. Nourishing to the nervous system. Lavender is antiseptic to the vaginal tissues. It is also an antispasmodic, aiding in healthy uterine function.
OreganoUsed to bring on menses. Increases scanty flow. This herb is used for its antiseptic, stimulating and strengthening qualities. Oregano is a wonderful herb for aiding in prevention of infection.
Marigold: Tagetes erecta is used to induce perspiration, cleansing of the vaginal tissues. It is also healing to wounds. Calendula officinalis aids in the healing of tight scarred tissues of the labia and perenium due to episiotomy, or vaginal tear. Note: Do not steam an open wound, this could cause pain and swelling.
Basil: May reduce painful menstruation. Helps to bring on menstruation.
Rose petals: Rose petals are gentle and astringent to tissues of the genitals. Rose is a relaxing and uplifting herb.
Other herbs used in combination with above herbs: Burdock leaf, Motherwort, St. John’s Wort, Yarrow, Red Clover, Damiana, Chamomile, Dandelion, Yellow Dock, and Squaw Vine. Traditional Chinese Medicine herbs often used are Mugwort and Wormwood.
 You can find these at your local health food store. Herba -herba ini boleh di beli di pasaraya Giant jenama Mc comick 

9 TIPS PENTING PAJAK EMAS DI AR-RAHNU


by  on MARCH 3, 2013
Post image for 9 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu
Sebelum pajak emas, anda perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah pertambahan hutang, bukan “passive income” sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang. Artikel ni adalah sambungan artikel “Cara Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang anda perlu tahu:

Tips #1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila (1) harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau (2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenalpasti sumber ‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas tu. Dan pantang larang paling penting, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

Tips #2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja

Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak

Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!
Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!
cara pajak pelaburan emas ar rahnu 02
Kaedah yang paling biasa digunakan.Prosesnya lebih cepat, tak perlu menunggu lama di ar-rahnu.
cara pajak pelaburan emas ar rahnu 03
Kaedah yang memudahkan tebus satu persatu.

Tips #4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah

Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.

Tips #5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan

Berdasarkan illustrasi yang saya buat dalam artikel “Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu“, katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak especially bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

Tips #6 – Tebus Emas Secepat Mungkin

Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #7 – Jangan Pajak Emas Berseal

Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau anda buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.
emas kuwait finance house pamp suise
Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai di pajak.

Tips #8 – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30

Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu anda bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.
tips fb pelaburan emas public gold
Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!
Mangsa Serambi Emas

Tips #9 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM

Untuk makluman anda, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod! Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal pada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.

Tips #10 – Ambil Foto Emas Sebelum Pajak (Tips Bonus)

Saya syorkan snap foto setiap emas tu sebelum masuk ar-rahnu. Kalau anda tak mampu tebus balik emas tu, anda masih ada jalan terakhir sebelum emas tu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama anda tak diblacklist.
Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok foto emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau designnya kena dengan citarasa, baru mereka sanggup beli. Bila anda ada foto emas tu, senang untuk anda promote untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih, picture represent thousand of words!
Jadi, itulah 10 tips penting sebelum anda memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”!
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
3 Mac 2013
20 Rabiul Akhir 1434


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2013/03/9-tips-penting-memajak-emas-di-ar-rahnu.html#ixzz3MA5TFvEl

KEDUDUKAN RAHIM ANDA ?

displacement1


Symptoms of a Displaced Uterus:
    1. Painful periods (Your period is not suppossed to hurt!  Cramping is NOT normal! I had no idea until last weekend!)
    2. Late, early, or  irregular periods
    3. Dark, thick blood at onset and at the end of menstruation
    4. Headache or migraine with period
    5. Dizziness with period
    6. Failure to ovulate regularly
    7. Painful ovulation
    8. Varicose veigns of the legs and hemorrhoids
    9. Tired, weak legs
    10. Numb legs and feet, especially when standing still for awhile
    11. Sore heals when walking
    12. Lower back ache
    13. Endometriosis
    14. Endometrisis
    15. Uterine Polyps and Fibriods
    16. PMS/Depression
    17. Uterine Infections
    18. Frequent Urination
    19. Bladder Infections
    20. Vaginal yeast conditions/vaginitis
    21. Blood clots during menstruation and excessive bleeding
    22. Chronic miscarriage
    23. Premature delivieres
    24. Difficult pregnancies/incompetant uterus/spotting
    25. Failure to ovulate
    26. Infertility
    27. Painful intercourse
    28. Constipation
    29. Difficult menopause
    30. Cancer of the cervix, uterus or colon

  THANKS TO :  http://www.mamaandbabylove.com

Selasa, 16 Disember 2014

Kaya Segan, Miskin Tak Mahu


by  on DECEMBER 12, 2014
Post image for Kaya Segan, Miskin Tak Mahu
Antara sebab kenapa Melayu susah kaya; kita ada satu konflik besar dalam pemikiran tentang kekayaan. Kata Tan Sri Ali Hashim, orang kita ada masalah “kaya segan, miskin tak mahu”. Itu “mind block” yang menyebabkan kita rasa teragak-agak untuk kaya. Nak kaya, tapi rasa was-was antara kaya atau miskin, yang mana lebih baik? Bila cari kekayaan, kita rasa kita kejar dunia dan lupa akhirat. Tapi kalau kerja, kita nak gaji lebih besar. Kalau bonus, kita nak bonus lebih banyak.
Lagi konflik bila kita dengar cerita dari ustaz-ustaz katanya, Rasulullah s.a.w itu miskin, hingga Rasulullah s.a.w terpaksa ikut perut dengan batu kerana lapar. Bukan setakat Rasulullah, para sahabat pun turut sama miskin bila kita dengar cerita Saidina Umar pun turut sama ikat perut mengadu lapar kepada Rasulullah s.a.w. Sahabat yang kaya raya cuma seorang sahaja yang kita dengar iaitu Abdul Rahman Bin Auf r.a. Yang lain semuanya miskin!

Salah Faham Tentang Kekayaan

Lama juga saya mengkaji tentang konflik ni. Saya cari buku-buku tentang Rasulullah s.a.w. berniaga waktu mudanya. Dari pembacaan, saya rasa ada yang tak kena dengan kefahaman masyarakat kita tentang kekayaan. Bila saya dengar beberapa siri kuliah dari Ustaz Dr Ahmad Faisal (UM), Ustaz Zulkifli Ahmad dan mendapat input dari Pn. Ainon hasil daripada team pengkaji hadis beliau, maka saya boleh buat kesimpulan, kefahaman kita terhadap Rasulullah s.a.w dan para sahabat tentang kekayaan adalah salah. Baginda bukan sebagaimana yang kita fikir. Agama tak pernah suruh kita jadi miskin. Kemiskinan bukan sesuatu yang digalakkan oleh agama, bahkan agama menggalakkan kita jadi kaya!
Saya masih mengkaji dan berusaha dapatkan input-input berdasarkan nas yang sahih tentang perkara ini. Bila kita belek-belak Al-Quran, Allah s.w.t berulang-ulang kali sebut bahawa orang mukmin itu sedekahkan apa yang Allah rezekikan kepada mereka. Perintah sedekah tentunya untuk mereka yang kaya, at least mempunyai lebih dari keperluan asas untuk hidup. Rukun Islam ke-4 (Zakat) dan ke-5 (Haji) disyariatkan untuk orang kaya, bukan untuk orang miskin. Dan setakat input yang saya dapat, rupa-rupanya 9 dari 10 sahabat yang dijamin Syurga itu adalah orang kaya. Bahkan Rasulullah s.a.w sebelum kerasulannya juga adalah orang kaya. Baginda adalah seorang JUTAWAN sebelum berumahtangga, hingga diriwayatkan maskahwin baginda dengan Khadijah a.s ialah 20 ekor unta!

Rasulullah s.a.w Seorang Jutawan

Sekarang ni, kalau 20 ekor lembu pun nilainya dah mencecah RM60,000 (RM3,000 x 20 ekor). Kalau unta? Dan unta yang Rasulullah jadikan maskahwin ialah UNTA MERAH yang digunakan sebagai TRELER DAGANGAN waktu itu. Dan bukan setakat unta, tapi maskahwinnya penuh dengan barang dagangan untuk setiap unta. Seekor unta nilai barang dagangan yang dibawa dianggarkan sekitar RM25,000 kalau mengikut nilai hari ni. Nah, cuba kira berapa agaknya nilai 20 buah treler zaman sekarang? Mana nak cari anak muda dari kampung yang mampu berikan maskahwin sebanyak itu ketika umurnya baru 25 tahun?!
Yang kedua, adalah mustahil seorang anak muda itu akan serahkan segala harta kekayaannya hanya untuk maskahwin. Tentunya tidak. Maskahwin hanya sebahagian dari kekayaan sahaja. Maksudnya, kekayaan baginda s.a.w lebih banyak dari itu. Berdasarkan pembacaan saya dari buku “Beginilah Rasulullah Berniaga”, sewaktu Baginda berkahwin, Baginda telahpun capai status “financialy free” (bebas kewangan). Maksudnya, kekayaan baginda cukup untuk hidup sepanjang hayat tanpa perlu bekerja lagi.

Rasulullah Berniaga Diusia Muda

Hasil input daripada team pengkaji hadis Pn Ainon, Rasulullah memulakan bisnesnya sendiri pada usia 18 tahun. Dan berpartner dengan Khadijah a.s. sebagai pemodalnya yang berusia 33 tahun waktu itu. Sebelum berpartner dengan Khadijah a.s, baginda bermentor dengan pakciknya Abu Talib selama 6 tahun. Ketika umurnya 25 (gen Y), baginda telahpun menjadi seorang jutawan, iaitu hanya lepas 7 tahun berniaga dan berpartner dengan Khadijah a.s.
Baginda berdagang, bukan pengeluar. Baginda jadi pengedar, bukan mengeluarkan produk sendiri. Baginda tak ada produk sendiri, dan baginda tak ada kedai sendiri. Antara barang dagangan Baginda ialah kain dari Yaman, iaitu komoditi paling hot waktu itu.

Harta Habis Kerana Dakwah

Lepas kerasulan, baginda hidup bersederhana. Harta baginda dan isterinya dihabiskan ke jalan dakwah hinggakan Khadijah a.s diriwayatkan pernah berkata “Ambillah tulang belulangku, ambillah tulang belulangku. Aku sudah tidak ada apa lagi ya Rasulullah. Hanya yang ada tulang belulang ini. Ambillah ia setelah aku wafat. Jadikan ia jambatan untuk sahabatmu pergi berjihad”. Maksudnya, Nabi s.a.w dan isterinya yang kaya raya jadi ‘papa kedana’ kerana dakwah dan perjuangan, bukan kerana malas berusaha! Jadi kalau nak ikut Nabi, kita kena kaya dan papa kedana kerana perjuangan juga! Jangan sesekali samakan kemiskinan kita dengan Nabi. Ia jauh sama sekali dengan orang yang hidup papa kedana kerana tak ada wawasan dalam hidup!
Kata Ustaz Zulkifli Ahmad, kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat yang hidup susah hanya berlaku hanya ketika awal-awal hijrah sahaja. Abdul Rahman bin Auf yang kaya raya di Mekah terpaksa papa kedana kerana agama ketika berhijrah. Tapi bermula tahun ke-6 hijrah, para sahabat Nabi dah mula hidup senang. Waktu itu barulah Nabi s.a.w. hantar utusan kepada kerajaan lain supaya menerima Islam. Oh, jangan lupa, zaman dulu hantar utusan bersama dengan wakil yang menghantar utusannya sekali, bukan pakai poslaju! Kalau sahabat Nabi dan kuda-kuda pun dalam kelaparan, mana mungkin Baginda menghantar utusan?!

Dunia Dalam Genggaman Para Sahabat

Lepas tahun ke-6 hijrah, barulah banyak hadis-hadis Nabi tentang “berhati-hati dengan dunia” sebab “kekayan dunia” mula berada dalam gengaman para sahabat. Ketika zaman susah, Nabi ingatkan tentang fadhilat faqir. Bila dah senang, Nabi ingatkan berhati-hati dengan dunia. Kata Ustaz Zulkifli Ahmad, kesilapan kita ialah kita ingatkan “berhati-hati dengan dunia” kepada orang ‘miskin’ tak ada harta! Seolah-olah seluruh hidup Nabi dan para sahabat dalam keadaan kemiskinan. Dan ini boleh melemahkan motivasi ummat Islam untuk jadi kaya.
hakikat zuhud hassan al-bannaPesanan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin ini saya petik dari buku bertajuk “Sirah Rasulullah”, iaitu sebuah buku yang menghimpunkan ucapan beliau mengenai Rasulullah s.a.w.
Dan satu fakta yang kita selalu lupa, walaupun baginda hidup bersederhana selepas kerasulan, baginda dikelilingi oleh para sahabat yang kaya raya. Kalau tak, masakan 17 peperangan yang Rasulullah sertai, kosnya hanya dibiayaai oleh ‘duit’ para sahabat! Dalam sejarah manusia, kos terbesar bagi sesebuah kerajaan ialah kos peperangan! Kalau kita baca sirah Nabi s.a.w, tahun ke-9 hijrah, Abdul Rahman bin Auf menginfaqkan 1,500 ekor unta dan 500 ekor kuda untuk Perang Tabuk. Usman r.a. menginfaqkan 500 ekor unta untuk Perang Tabuk, bahkan dalam hidup Usman r.a. pernah dua (2) kali bergolok-gadai hartanya kerana agama! Itulah kekayaan bagi sahabat Baginda.

Kaya Dunia, Kaya Akhirat

Kalau nak dianggarkan, kekayaan kedua-dua sahabat baginda ini sahaja kita dah boleh katakan, mereka ialah MULTI-MILLIONNAIRE. Mereka bukan setakat kaya, ahli Syurga pulak tu! Oh, betapa jauh bezanya kita dengan para sahabat. Kita kononnya meninggalkan kekayaan atas nama agama sedangkan sahabat Nabi “menggengam dunia” kerana agama.
Jadi dalam konteks membina kekayaan, pertama sekali mesti ada dalam kepala kita “kaya itu mulia”. Jadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai idola dan motivasi untuk kita jadi kaya. Dan kita kena tahu, ke mana nak dibawa kekayaan kita itu, barulah kita yakin untuk usahakan kekayaan. Bagi yang berniaga, bongkarlah rahsia usahawan Muslim tersohor di zaman Nabi, iaitu Abdul Rahman bin Auf. Beliau bukan sahaja MULTI-MILLIONNAIRE, tapi beliau juga ialah AHLI SYURGA!

Kesimpulan

Apa yang boleh saya simpulkan;
#1 – Untuk jadi kaya, mesti ada dalam fikiran kita “kaya itu mulia”. Perbetulkan mindset dulu, barulah senang kita mencari kekayaan dengan bersungguh-sungguh.
#2 – Carilah dunia sebanyak mungkin, tapi kita mesti tahu ke mana nak di bawa kekayaan itu. Ia tak lain tak bukan, kekayaan yang kita cari demi sempurnakan tanggungjawab yang Allah beri, bukan untuk bermewah-mewah yang bersifat sementara.
#3 – Salah satu cara memastikan dunia tak melalaikan kita ialah disiplinkan diri dengan bersedekah. Setiap harta yang Allah beri, tetapkan portionnya untuk bersedekah. Bersedekahlah dari sekarang walaupun sedikit. Jangan tunggu kaya baru nak besedekah.
Mudah-mudahan coretan ini memberi kefahaman kepada kita, “kaya itu mulia”…
Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
12 Disember 2014
19 Safar 1436

(kredit foto : wallpapersdb)



Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2014/12/kaya-itu-mulia.html#ixzz3M40ww6X3

PERSOALAN TENTANG MADU SEBAGAI PENYEMBUH


SOALAN  :


Bukankah Madu Lebah itu adalah penawar bagi  umat Islam? Tetapi mengapa perkara yang berlainan berlaku kepada anak saudara saya. Setiap kali dia meminum madu sakit ususnya bertambah teruk. Mengapa perkara ini berlaku? sedangkan saya ada mendengar bahawa Rasul SAW menyatakan madu lebah itu adalah penawar dan penyembuh. Mohon penjelasan dari ustaz.

Jawapan:

Allah SWT berfirman:

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتاً وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ . يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: “buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap jenis buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.” (al-Nahl: 68-69)

Di dalam ayat ini Allah menyebut kalimah شفاء dalam bentuk Nakirah, ia memberi maksud sebahagian, iaitulah madu itu merupakan ubat atau penyembuh kepada sebahagian penyakit, ia bukan bermaksud ubat kepada seluruh penyakit. Jika ia merupakan ubat kepada semua penyakit, maka sudah tentu tiada keperluan untuk Allah SWT menciptakan ubat yang lain lagi.

Al-Hafidz Ibn Kathir RH berkata:

وقوله : ( فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ) أي : في العسل شفاء للناس من أدواء تعرض لهم . 
قال بعض من تكلم على الطب النبوي : لو قال فيه : " الشفاء للناس " لكان دواء لكل داء ، ولكن قال ( فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ) أي : يصلح لكل أحد من أدواء باردة ؛ فإنه حار ، والشيء يداوى بضده

Maksdunya: “Dan firman Allah (yang bermaksud): “di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.” Iaitulah pada madu itu merupakan ubat/penyembuh bagi manusia dari beberapa penyakit yang menimpa mereka. sebahagian (ulama) yang berbicara tentang perubatan nabawi menyebut: “Sekiranya (Allah) berfirman:الشفاء للناس, (dengan makrifah) maka ia merupakan ubat kepada semua jenis penyakit, akan tetapi (Allah) berfirman: فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ iatulah membawa maksud ia boleh menjadi ubat kepada seseorang yang terkena penyakit-penyakit yang bersifat sejuk, kerana madu itu panas, dan sesuatu itu menyembuhkan sesuatu yang berlawanan dengannya.”  (4/582)

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula ketika berbicara tentang faedah madu dan manfaatnya ketika menjawab soalan pada bilangan 9691 berkata:

Maksudnya: “Dan sebahagian pesakit mengambil beberapa teguk madu lebah, dia menyangka madu tersebut dapat menjadi ubat kepada penyakitnya bahkan penyakit-penyakit lain yang dideritainya. Anggapan ini amat jauh dari kebenaran syarak dan dari reality yang berlaku. kadang-kadang terdapat beberapa perkara yang dapat menghalang perawatan dengan menggunakan madu lebah, antaranya:

1.    Penyakit itu bukanlah dari jenis yang mana madu menjadi sebab penyembuhannya.
2.    Madu lebah diambil dalam jumlah yang sedikit, sedangkan penyakit memerlukan lebih banyak madu dari yang dia ambil.
3.    Madu lebah bukan menjadi kebiasaannya
4.    Atau ia juga (rawatan tidak berjaya dengan madu) merupakan salah satu ujian, bagi menguji kesabaran pesakit seterusnya ditambah kepadanya pahala.
5.    Di dalam tubuh terdapat beberapa penghalang yang menghalang dari menerima faedah-faedah ubat, seperti halnya seorang perokok atau peminum arak. Dari Abi Sa’id RA katanya:

أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : أَخِي يَشْتَكِي بَطْنَهُ فَقَالَ : ( اسْقِهِ عَسَلًا ) ، ثُمَّ أَتَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : ( اسْقِهِ عَسَلًا ) ، ثُمَّ أَتَاهُ الثَّالِثَةَ فَقَالَ : ( اسْقِهِ عَسَلًا ) ، ثُمَّ أَتَاهُ ، فَقَالَ : قَدْ فَعَلْتُ ، فَقَالَ : ( صَدَقَ اللَّهُ وَكَذَبَ بَطْنُ أَخِيكَ اسْقِهِ عَسَلًا ) فَسَقَاهُ فَبَرَأَ 

Maksudnya: “Seorang lelaki datang berjumpa dengan Nabi SAW dan berkata: “Saudaraku menderitai sakit perutnya (cirit-birit).” Baginda bersabda: “Berikan dia minum madu lebah.” (setelah itu) dia datang kali kedua, baginda menjawab: “Berikan dia minum madu lebah.”, kemudian dia datang lagi kali ketiga, baginda bersabda: “Berikan dia minum madu lebah.” Kemudian orang itu datang kepada baginda dan berkata: “Aku telah melakukannya.” jawab baginda SAW: “Sesungguhnya benarlah Allah (dalam berkata-kata tentang madu yang bersifat penyembuhan), namun perut saudaramu mendustainya. Berikan lagi dia minum madu.” Lalu lelaki itu berikan lagi saudaranya meminum madu, lalu saudaranya menjadi sembuh.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata: “Maksud perkataan Nabi (yang diterjemahkan sebagai) “Namun perut saudaramu mendustainya” iaitulah perutnya belum boleh menerima penyembuhan, sebaliknya berpaling darinya. Sebahagian orang yang menyeleweng membantah dengan berkata: “madu lebah boleh menjadikan cirit-birit, maka bagaimana baginda boleh menyuruh dibuat ubat untuk orang yang terkena cirit-birit?” Maka jawapannya ialah: “soalan sebegini menunjukkan kejahilan orang yang bertanya, ianya seperti firman Allah (maksudnya): “Bahkan yang sebenarnya mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya dengan sempurna…” (Yunus: 39), sedangkan para doktor telah bersepakat bahawa sesuatu penyakit berbeza rawatannya kerana berbeza umur, kebiasaan, masa, kebiasaan makanan yang diambil dan kekuatan tabi’at… dan tiada sesuatu yang sama seperti madu, terutamanya jika dicampur dengan air panas. Hanya yang menyebabkan dia tiada memberi kesan ketika mengambilnya kali pertama, kerana ubat semestinya ada kuantiti tertentu bergantung dengan penyakit. Jika ubat itu kurang, maka ia tidak dapat menolak penyakit secara keseluruhan, jika terlebih pula ia akan melemahkan kekuatan dan mendatangkan kemudharatan yang lain pula, seperti seseorang yang meminum madu dalam jumlah yang tidak dapat melawan penyakit. Maka baginda (SAW) menyuruh orang tersebut membiasakan meminum madu, ketikamana diulang meminumnya bersesuaian dengan penyakit, maka akan sembuh dengan izin Allah Ta’ala. Manakala sabda Nabi SAW (yang diterjemahkan): “namun perut saudaramu mendustainya” ia merupakan isyarat bahawa ubat/penawar ini (madu) bermanfaat, manakala kekalnya penyakit bukan kerana kelemahan ubat, akan tetapi disebabkan banyaknya perkara-perkara yang tidak elok, lalu baginda menyuruh untuk membiasakan meminum madu untuk membuangnya, maka dengan perkara tersebut, dia sembuh dengan izin Allah.” (Fath al-Bari 10/169-170)

Perkara seumpama dengan madu yang memiliki penyembuhan, iaitulah yang dinyatakan oleh Nabi SAW tentang al-Habbah al-Sauda’ (bijirin hitam). Baginda bersabda:

في الحَبَّةِ السوْدَاءِ شِفَاءٌ من كل دَاءٍ إلاَّ السَّام

Maksudnya: “Pada al-Habbah al-Sauda adanya ubat bagi setiap penyakit, melainkan kematian.”  (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sighah hadis ini adalah umum, tidak seperti ayat al-Quran ketika menyebut tentang madu. Sekalipun demikian tiada di kalangan ulama yang mengatakan hadis ini difahami secara zahirnya yang umum, iaitu ia bermanfaat untuk semua penyakit. Sebaliknya al-Habbah al-Sauda’ juga sama sepertimana Madu lebah. Al-Hafidz Ibn Hajar RH berkata: “al-Khattabi berkata: “Sabdaan Nabi SAW: “(al-Habbah al-Sauda’) adalah ubat bagi setiap penyakit.” Ia adalah lafaz umum yang memaksudkan khusus, kerana bukan dari kebiasaan sesuatu tumbuhan menghimpunkan ciri-ciri rawatan bagi semua penyakit, sebaliknya maksud ia (Habbatussauda’) ubat bagi semua penyakit yang berlaku dari lembapan.” Abu Bakar bin al-‘Arabiy berkata: “Madu di sisi para doktor lebih hampir menjadi ubat bagi semua penyakit berbanding habbatussauda’. Sekalipun demikian, terdapat juga beberapa penyakit yang jika diminum madu, ia akan mendatangkan mudharat. Maka yang dimaksudkan bagi madu itu ubat kepada semua penyakit ialah kebanyakan dan kebiasaan. Maka demikianlah yang lebih utama difahami dengan habbatussauda’.” Berkata yang lain pula: “Baginda Nabi SAW mensifatkan sesuatu ubat berdasarkan apa yang baginda perhatikan dari keadaan pesakit, maka mudah-mudahan sabdaan baginda tentang habbatussauda’ bersesuaian dengan penyakit yang menimpa seseorang yang bercampur dengan sesuatu yang sejuk. Maka jadilah makna: “Ubat bagi setiap penyakit” ialah penyakit dari jenis yang dinyatakan, dan pengkhususan berdasarkan keadaan sebab (di dalam hadis) adalah banyak lagi tersebar luas.”

Oleh yang demikian kami menasihati puan yang bertanya untuk merujuk penyakit anak saudara puan kepada doktor pakar agar beliau mendapat rawatan yang sewajarnya. Dengan itu kita dapat kenalpasti apakah penyakitnya sesuai dirawat dengan madu ataupun tidak.

Wallahu a’lam.

BEBERAPA PANDUAN KEPADA JURUBEKAM



Asslamualaikum brothers and sisters i would like to share my experiences in hijama ..i write today in short i am doing hijama for last seven years in Rawalpindi which is a city in Pakistan although i am a software engineer but i love doing hijama and getting prayers of people as they gain health. hijama in my point of view is a miracle of Allah Subhanahu Tallah
Some guideleines ….which you will not find any where
1) if your cup is not sticking at any place apply some honey on edges of cup
2) always wear gloves and put disposable sheet where you are doing hijama
3) do some massage to patient before hijama
4) if possible tell the patient to do some jogging before hijama
5) better patient has not eaten since 3 hours
 Thanks to   https://hijamacupping.wordpress.com/author/pakistanhosting/