Khamis, 27 Jun 2013

Apa itu Alfalfa? 6 Khasiat & Manfaat Kesehatan Alfalfa



Amazine | Online Popular Knowledge
kecambah alfalfa 150x150 Apa itu Alfalfa? 6 Khasiat & Manfaat Kesehatan AlfalfaAlfalfa merupakan tanaman yang dikenal mempunyai berbagai manfaat kesehatan.
Alfalfa (Medicago sativa) termasuk dalam keluarga kekacang. Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu.
Tanaman alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4,5 meter.
Karena akar yang menghujam dalam itulah, tanaman ini terkenal tahan kekeringan.
Dipercaya pula, sistem akar yang dalam membuat alfalfa dapat menyerap mineral yang tidak boleh ditemukan di permukaan tanah.
Hal ini membuat tanaman ini istimewa sehingga dinamai alfalfa oleh orang Arab yang berarti ayah dari tanaman.
Orang Arab menemukan kuda-kuda mereka menjadi kuat dan bugar setelah memakan alfalfa.
Alfalfa telah digunakan sebagai obat herbal sejak berabad-abad dalam pengobatan tradisional Cina dan ayurveda.
Nutrisi Alfalfa
Meskipun terutama dipergunakan sebagai makanan ternak, alfalfa juga memberikan manfaat bagi manusia.
Alfalfa umum diguna dalam bentuk kecambah, batang, maupun daun kering.
Supleman makanan alfalfa juga tersedia dalam bentuk tablet, bubuk, atau teh.
Tanaman ini kaya akan mineral, seperti kalsium, magnesium, fosfor, kalium, dan besi. Alfalfa juga mengandung vitamin B, C, E, dan K.
Selain itu, alfalfa mengandung bentuk alami dari fluorida, protein, mineral, serat, asam lemak /asid lemak ,esensial, dan antioksidan.

Manfaat Alfalfa
Berikut adalah beberapa manfaat kesehatan alfalfa.
1. Alfalfa bermanfaat mengendalikan kolesterol darah dengan menghilangkan kolesterol jahat dari tubuh.
Selain itu, tanaman ini mampu mencegah pembentukan plak di dinding arteri sehingga mengurangi kemungkinan penyakit jantung dan stroke.
2. Alfalfa mampu menurunkan kadar gula darah. Herbal ini sering direkomendasikan untuk penderita diabetes, terutama bagi mereka yang tidak merespon insulin.
3. Sifat diuretik dari alfalfa efektif menghilangkan retensi air dalam tubuh sehingga mencegah edema.
4. Tanaman ini juga berguna mengurangi gejala menopause karena sebagian zat dalam alfalfa bertindak seperti estrogen.
5. Alfalfa juga efektif mengobati asma dan masalah pernapasan lainnya.
6. Tanaman ini bisa digunakan untuk mengobati gangguan pencernaan dan untuk detoksifikasi. Alfalfa dipercaya pula efektif mengurangi kekakuan sendi dan nyeri otot.
Alfalfa umum dikonsumsi dalam bentuk kecambah dan suplemen. Teh alfalfa dikatakan baik untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh, membantu pencernaan, pemurnian darah, dll.
Namun, hindari konsumsi alfalfa mentah karena boleh menyebabkan infeksi Salmonella Saintpaul.
Alfalfa harus diambil dalam jumlah sederhana karena overdos dapat menyebabkan kerusakan sel darah merah.
Pasakit  transplantasi ginjal serta wanita hamil dan menyusui harus menghindari alfalfa.[]

Khasiat cuka kurma

photo

KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena,  vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?
Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)

Cara Penggunaan:
1).Campur 1 sudu makan dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa-apa
Rawatan Sihir:
1). Untuk rawatan sihir: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas subuh
2). Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa : Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian  sapu dengan minyak zaiton


Tiada kolagen dalam rumpai laut




Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu. 

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.  

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen. 

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar. 

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat. 

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik? 

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan. 

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin). 

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda. 

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman. 

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.  

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi. 

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur. 

Ingat Cantik, ingat vitamin C.



Selasa, 25 Jun 2013

Regangan Ringkas sewaktu bekerja



Jom  kita lakukan bersama,semoga mendapat manfaat:

1. Membongkok  sebelum duduk
Duduk berjam-jam boleh menyebabkan penambahan berat badan.Sebuah studi menyatakan rata-rata individu yang obes duduk sekitar 2.5 jam perhari dibandingkan dengan orang kurus .Duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan penyakit jantung, diabetes dan kanser usus.
Untuk menghindarinya, lakukan gerakan membongkok sebelum duduk. Berdirilah sekitar 2.5 cm di depan kerusi anda, kemudian pegnag perut.membongkok seperti posisi sewaktu andan akan duduk ,namun hanya menyentuh bahagian belakang kerusi,kemudian berdiri kembali.
"Melakukan perkara ini selama satu minit setiap hari akan membakar sekitar 50kalori selama satu minggu bekerja ,"kata Shirley Archer ,palatih olahraga peribadi dan penulis buku Exercises For The Working Week.


2.Regangan pinggang   sambil menggunakan komputer.
Ketika sedang berada di meja kerja,sering kali kita melipat kaki dan membuar saraf tendon di pinggul menjadi lebih pendek. Hal ini membuat pinggang menjadi kaku dan terasa ngilu di bahagian punggung .Untuk menghindari hal ini ,cuba lakuka sedikit regangan.
Sewaktu duduk, bengkokkan lutut dan letakkan kaki di lantai.Angkatkai kanan dan letakkan di atas peha kiri,sehinggatubuh bawah membentuk angka 4.Buang nafas sambil bersandar dab luruskan punggung. tahan nafassebanyak tiga kali kemudian ganti bahagian kaki yang lain. Hal ini boleh dilakukan sebanyak tiga kali selama tempoh anda bekerja ataupun melakukan aktiviti di depan komputer

3. Regangan  jari kaki
Ketika bekerja ,sering kali kita menggunakan kasut tumit tinggi.Sudah bukan lagi satu rahsia lagi, high heels boleh menyebabkab masaalah lutut dan cedera pergelangan kaki. Untuk itu ,cuba lakukan beberapa langkah untuk menegangkan otot kaki setelah menggunakan kasut tumit tinggi.
Dalam posisi duduk,angkatkan kaki anda hungga lutut menjadi lurus .Bayangkan ibu jari kaki anda adalah satu pensel,lalu gunakan ibu jari kaki untuk melakukan gerakan yang membentuk berbagai macam huruf.Lakukan hal yang sama pada kaki lainnya sebanyak 3-5kali setiap hari.

4. Ambil posisi seperti mencapai langit
Seringkali anda merasakan sakit diantara tulang  belikat setelah membongkok beberapa lama di atas papan kekunci.Dalam posisi ini,tubuh anda sebenarnya mencuba menyatakn posisi tersebut buruk untuk tubuh, hanya anda saja mengabaikan.Cubalah untuk mengangkat kedua-dua lengan ke atas ,dan lengkungkan punggung anda ke depan.Kemudian tarik lengan kebawah dan regangkan kedepan.lakukan gerakan ini setiap 20 minit.

Makanan untuk kelihatan muda



Jom kita berkongsi tip:

1. Kulit kebih muda dengan Lobak
Berapa banyak ? 
Satu , dikupas dan dicincang halus
Penyelidik di Universiti Bristol dan Universiti St. Andrew menyatakan karotienoid yang terdapat dalam lobak merah membentuk kulit yang bercahaya.

2. Kekalkan jisim  otot  dengan bawang merah
Berapa banyak ? 
satu, dicincang
Proses penuaan akan berlaku seiringdengan kehilangan ton otot. Tetapi quercetin flavonoid, sejenis antioksidan dapat membantu mengekalkan jisim otot seterusnya mengekalkan wajah muda anda dengan lebih lma.satu biji bawang merah dapat membekalkan amaun yang diperlukan untuk anda tampil muda.

3. Kekalkan stamina dengan bawang putih
Berapa banyak ?
 Dua sudu kecil dihancurkan
Senaman membantu memastikan anda kelihatan muda dan bawang putih akan membantu anda untuk mengekalkannya.Penyelidik dari Turki mendapati ia dapat memperbaiki prestasi dengan meningkatkan  kestabilan aliran darah.

4. Mata bersinar dengan Halia segar
Berapa banyak?
Satu sudu dicincang
Arcus Senilis adalah satu jalur putih bawah mata  yang dikaitkan dengan paras  kolestrol yang tinggi.Ia boleh dibuang dengan Halia.Jurnal Perubatan Arab melaporkan satu kecil halia segar yang diambil berterusan selama 45 hari dapat mengurangkan kolestrol LDL


Rawatan kesegaran badan





Normal rawatan 
Urutan tradisonal + bertungku 1badan 

Rm 60 persesi



Spesial  rawatan 2 
 Urut  tradisional + tungku 1 badan  + tanggas wangi 
RM 70 persesi 

Spesial rawatan 3
 Urutan batu panas keseluruh badan  + tanggas wangi  
Rm 80 persesi





Sms atau Whatsaap  kak ummu  0137033819 untuk temujanji 





Rabu, 19 Jun 2013

Kasut tumit tinggi !!! Banyak buruk daripada baik


TAHUKAH anda, hampir 90 peratus pembedahan pembetulan masalah kaki seperti bunion, ibu jari kaki bengkok dan neuroma (tumor saraf yang biasanya berlaku pada jari ketiga dan keempat kaki sehingga menyebabkan rasa sangat sakit) dilakukan ke atas wanita?
Pakar perubatan berpendapat kasut menjadi punca utama kepada pelbagai masalah kaki yang dialami wanita. 
Mana tidaknya, lihat saja fesyen kasut sekarang, terutama yang bertumit halus dan tinggi (sehingga empat inci) serta mempunyai bentuk runcing — yang bukan saja menakutkan tetapi boleh menyeksa kaki! 

Malah, ada wanita memakai kasut bersaiz lebih kecil daripada kaki mereka semata-mata mahu kelihatan cantik.Pemakaian kasut, terutama bertumit tinggi yang tidak berpadanan dengan bentuk dan saiz kaki, boleh menyebabkan banyak masalah.

Bagaimanakah ia boleh berlaku? Kasut tumit tinggi akan:


  • - Mengalihkan berat badan ke bahagian depan kaki yang boleh menyebabkan kalus, kesakitan akibat bunion (bengkak sendi tulang kaki), pembentukan belulang (kulit keras) dan perubahan bentuk kaki 

Kaki kiri (Bunion) ,Kaki kanan( normal)



  •  Oleh kerana berat badan ‘ditolak’ ke depan, ia akan menyebabkan tulang belakang ‘tertolak’ ke belakang untuk keseimbangan. Perkara ini lama-kelamaan akan menyebabkan sakit belakang 





  •  Kedudukan kaki dalam kasut yang biasanya runcing di depan dan bertumit halus boleh mengakibatkan buku lali menjadi tidak stabil dan berisiko mengalami buku lali tergeliat 



  • -Otot betis boleh menjadi pendek dan tegang. Memakai kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama (melebihi enam bulan berterusan) boleh mengakibatkan otot betis menjadi pendek sepanjang masa walaupun ketika berehat 


Penyelidik dari Universiti Harvard mendapati, kasut tumit tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah osteoartritis, terutama pada lutut, kesakitan, penyakit kemerosotan sendi dan kemusnahan kartilaj pada lutut. 

Lebih tajam dan halus tumit kasut, lebih banyak kesan negatif pada kesihatan, terutama pada lutut individu yang mengalami masalah artritis.
Berjalan di atas kasut tumit tinggi memberi tekanan tidak normal pada depan dan belakang lutut.
Didapati kasut bertumit halus meningkatkan 26 peratus tekanan ke atas lutut, manakala tekanan kasut bertumit tebal pula sebanyak 22 peratus.

Kebanyakan masalah yang disebabkan kasut tumit tinggi ini mengambil masa lama untuk dikesan dan sebaik kesakitan dirasai, ia bermakna sudah terlewat  dan rawatan menghilangkan gejala kesakitan biasanya lebih mahal. 

Satu fakta penting yang perlu diketahui ialah, kaki boleh menjadi cermin kepada status kesihatan secara keseluruhan. Penyakit seperti artritis, kencing manis, masalah urat saraf dan salur darah biasanya menunjukkan gejala awal pada kaki. 

Justeru, ambil langkah untuk memelihara kesihatan kaki seperti: 


  •  Urut kaki, lebih kerap lebih baik 
  • Rendam kaki dalam air suam untuk menghilangkan keletihan
  •  Duduk rehat dengan melunjur kaki selama 10 minit boleh membantu memperbaiki aliran darah
  • Buat senaman kaki seperti memusingkan tapak kaki beberapa kali. Ini boleh dilakukan sambil duduk ketika menyiapkan kerja 
  •  Kurangkan kekerapan pemakaian kasut tumit tinggi. Pakai kasut bertumit tinggi dan halus untuk majlis tertentu saja
  •  Khaskan kasut tumit tinggi yang tiada sokongan di belakang (tidak bertutup atau bertali) untuk acara ‘glamor’ saja yang tidak memerlukan banyak berjalan atau bergerak. Kasut jenis ini ‘memaksa’ jari kaki membengkok ketika anda berjalan dan boleh menegangkan otot jika dipakai lama 
  • Tukar kasut setiap hari, sebaik-baiknya selang-selikan pemakaian kasut bertumit tinggi dengan yang lebih rendah 
  • Pelbagaikan jenis kasut anda 
  •  Untuk pemakaian setiap hari, pilih kasut dengan ketinggian tumit tidak melebihi empat hingga lima sentimeter (satu setengah hingga dua inci) 
  • Saiz kasut berbeza mengikut jenis dan jenama. Jangan pilih kasut semata-mata berdasarkan saiz yang tertulis tetapi beli yang selesa dipakai 
  • Pilih kasut yang boleh memberi sokongan dan keselesaan mengikut bentuk kaki anda. Ada kasut yang membuatkan kaki anda nampak ‘runcing dan halus’ tetapi mungkin tidak selesa 
  •  Ukur kaki anda sebelum membeli kasut. Ini kerana saiz kaki kita bertambah dengan peningkatan usia.
Beberapa panduan untuk mengurangkan rasa sakit pada kaki setiap kali memakai kasut tinggi:

1. Tidak sesekali membeli kasut menerusi dalam talian
Kasut perlu dicuba terlebih dahulu sebelum pemakai membuat keputusan membelinya.Mereka perlu tahu sama  ada saiz dan potongan kasut benar-benar sesuai dengaan kaki.Saiz yang sepatutnya dipilih  adalah kasut yang muat sebaik  disarungkan,namun masih memberi ruang untuk jari kaki bergerak babas dan tidak terhimpit sehingga menyeksakan. Apabila kasut terlalu sempit ,kaki boleh melecet dan lama kelamaan bentuk tulang jari kaki akan berubah dan menjadi cacat. atau dikenali juga dengan jemari ' hammer'.

2. Pilih kasut yang memberikan posisi betul kepada kaki
Paling penting adalah posisi kasut berkenaan selari dengan tapak kai bagi memberikan keselesaan..tumit kasut sepatutnya berada betul-betul dibawah tulang kai ,bukannya di belakang kai seperti yang sering di tonjolkan beberapa jenis kasut.

3.Tidak terpedaya dengan kasut yang dijual terlalu murah.
Jika boleh,elakkan diri daripada membeli kasut yang terlalu murah kerana besar kemungkinan ia diperbuat daripada plastik.kasut sebegini akan menyebabkan kaki berpeluh dan kasut terasa seperti 'mengikis'  kaki.

4. Bagaimana mengelakkasut daripada terus bergeseran pada kaki
Sekiranya kasut anda jenis yang agak keras dan sering menyebabkan tumit melecet,cuba letakkan pelapik daripada jenis fabrik suede yang banyak dijual di pasaran,di bahagian belakang kasut.

5. Penyelesaian tanpa pembedahan
Letakkan kusyen  tapak kaki yang mengandungi gel lembut bagi mengurangkn kesan hentakan pada tapak kaki terutama sekiranya tapak  yang dibeli itu nipis

6. Segarkan kaki dengan meletakkannya pada ais batu
Selepas berjam-jam mengenakan kasut tumit tinggi hingga bengkak dan kesakitan ,rendam kaki dalam air sejuk dipenuhi ais bagi mengurangkan rasa sakit seterusnya melegakan kaki.Bagi mendapat kesan maksimun ,rendamkan kaki kira-kira 15 minit  untuk mengurangkan bengkak .Sebelum tidur sapukan krim bagi melembutakan  kulit kaki  sekaligus mencegah kulit kaki daripada   pecah dan melecet.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/09

Ahad, 16 Jun 2013

Herba mandian dan herba tanggas


Dapatkan

Herba tanggas 


dan 


herba mandian/SAUNA

kini

boleh didapati dengan hanya

 RM 20.00 untuk 10 sachet



Call kak ummu atau sms ke 013703819 

Bekam (wanita Sahaja)



BUAT SEMENTARA PERKHIDMATAN BEKAM DI BEKUKAN 

AKAN DIBERITAHU SEMULA BILA AKAN DIBUKA 

MAAF ATAS KESULITAN PELANGGAN KAK UMMU



Bagi sesiapa yang tinggal di sekitar Balok,Indera mahkota dan Kuantan dan berminat untuk mendapatkan rawatan bekam sunnah sila menelefon temujanji  :



 Sms atau Whatsapp  kak ummu 0137033819 

Harganya hanya RM 4.00 (1 cawan ) ---bekam darah
Lebih 10 cawan .  ada diskaun



InsyaAllah selamat ,peralatan bekam disteril dengan pancaran uv .

Jumaat, 14 Jun 2013

Hormon penting dalam kesuburan wanita


Hormon Penting dalam kesuburan wanita


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Apabila melalui alam perkahwinan, semua pasangan mengimpikan kehadiran cahaya mata bagi mengeratkan dan menceriakan rumahtangga mereka. Namun ada ramai pasangan yang telah berkahwin lebih dari 2 tahun ke atas, tidak begitu bertuah untuk memiliki anak dari darah daging mereka sendiri. Alhamdulillah...... syukur kepada Allah SWT kepada pasangan yang berjaya memiliki anak2 yg comel dan sihat. Didik dan jagalah mereka dengan baik.


Adakalanya wanita mengalami masalah hormon yang tidak seimbang atau mempunyai lebih hormon lelaki. Salah satu masalah wanita adalah ketidakstabilan hormon yang membawa kepada masalah sukar untuk hamil. Wanita biasanya memerlukan empat hormon penting bagi kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Pergerakan dan keseimbangan keempat-empat jenis hormon ini membuatkan seseorang wanita datang haid. Jadi di atas sebab-sebab tertentu, hormon wanita menjadi tidak stabil menyebabkan pengeluaran telur menjadi kurang. 


Sistem kesuburan wanita disebabkan banyak punca, misalnya organ ovari yang besarnya hanya 2.5 hingga 3 cm mempunyai fungsi yang besar seakan-akan testis bagi lelaki. Kekurangan hormon wanita menyebabkan wanita ditumbuhi bulu-bulu halus di wajah seperti misai. Hormon wanita yang seimbang amat penting dalam menyerlahkan ciri-ciri kewanitaan.


4 hormon yang terlibat dalam kesuburan wanita.
  • FSH  - bertindak ke atas ovari bagi membantu telur membesar
  • LH   -  membantu memecahkan telur menjadi ova dan bergerak ke tiub Fallopia utk persenyawaan.
  • Estrogen  -  menyediakan tempat selesa dan sesuai utk telur membesar
  • Progesteron   -  menyokong janin agar dapat membesar dgn baik
FSH dan LH dirembeskan dari kelenjar pituitari di otak untuk bertindak ke atas ovari. Manakala estrogen dan progesteron pula dikeluarkan dari ovari dan kelenjar adrenal di puncak buah pinggang. Antara sebab empat hormon utama tidak seimbang adalah pemakanan tidak teratur atau produk kesihatan tidak sesuai menyebabkan hormon lelaki semakin tinggi dan hormon wanita berkurangan.Ini akan menyebabkan SIndrom Polisistik Ovari atau Polycstic Ovarian Syndrome (PCOS). Biasanya setiap bulan satu telur membesar dengan bantuan hormon FSH dan pada masa yang sama, rahim tidak mengeluarkan hormon tetapi mendapat arahan daripada ovari. Organ rahim menerima arahan ovari dan menyediakan tempat selesa dan sesuai seakan tilam yang diuruskan oleh hormon estrogen.
Apabila telur membesar sehingga 2cm, LH akan membantu memecahkan telur menjadi ova dan bergerak ke tiub Fallopia di mana persenyawaan berlaku. Selepas persenyawaan secara semulajadi berjaya, ia akan bergerak dan menetap di tilam rahim", Kata Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran
Sementara itu hormon progesteron akan menyokong janin agar dapat membesar dengan baik. 

Punca hormon lelaki meningkat pada wanita

  1. Pemakanan
  2. gaya hidup
  3. usia hamil yg meningkat
  4. penyakit seperti diabetes yg menyebabkan hormon lelaki meningkat lebih drpd biasa
Bila salah salah satu hormon terganggu ini akan menyebabkan wanita sukar hamil dan mudah mengalami keguguran. Bagaimanapun terdapat beberapa hormon lain yang boleh memberikan kesan kepada kesuburan"-
  1. Hormon tiroid yang tidak stabil boleh menyebabkan hormon FSH/LH tidak stabil.
  2. Hormon insulin yang dikeluarkan oleh pankreas bertugas menghadamkan gula dalam darah. Diabetes akan menyebabkan pengeluaran insulin rendah dan gula tidak dapat dihadamkan tetapi masuk ke dalam aliran darah dan bukan ke organ yang memerlukan. Ini memberikan kesan buruk kepada fungsi ovari.
  3. Hormon prolaktin biasanya dirembeskan dari kelenjar pituitari berfungsi untuk mengeluarkan susu ibu. Apabila ibu sedang menysusu, paras prolaktin adalah tinggi dan mereka biasanya tidak di datangi haid. Wanita dengan prolaktin tinggi akan menyebabkan pusingan haid menjadi kacau bilau. Tempoh pusingan haid normal bagi seorang wanita adalah 24 hingga 35 hari.
  4. Obesiti juga boleh menyebabkan hormon tidak stabil maka wanita perlu mempunyai berat badan yang ideal.
  5. Stress atau tekanan biasanya akan menyebabkan pengaliran darah semakin laju dan jantung berdegup kencang. Ketika stress darah akan mengalir ke organ penting seperti otak dan jantung. Darah akan kurang mengalir ke organ lain seperti ovari.
Rawatan:
Kebiasaannya pesakit akan di diagnosis mengenai sejarah kesihatan, menjalani pemeriksaan hormon dalam darah dan ujian ultrasound. Jika persenyawaan semulajadi tidak berjaya terdapat kaedah alternatif seperti:

IUI adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah dibersihkan/diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.

ICSI di mana ia dapat mengatasi masalah sperma atau kadar persenyawaan lemah. Kaedah in hanya memerlukan satu sperma untuk disuntik ke dalam ovum dan persenyawaan berlaku secara manual.

IVF di mana telur disenyawakan dengan sperma secara manual dalam tabung uji makmal. Embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim melalui tiub dan dapat membantu wanita yang mempunyai masalah tiub fallopia.

Rabu, 12 Jun 2013

Tungku besi panjang murah

Hubungi kak ummu sms atau whatsapp 01121965827

  bagi mendapatkan tungku besi 
   panjang 

    Harga sangat berpatutan 




1.5kg-1.6kg ( RM28) 

2kg ( RM 30 )

 ## TUNGKU 1,5 KG UNTUK BERAT BADAN < 70 KG
## TUNGKU 2 KG UNTUK BERAT BADAN > 70 KG 

Semua  harga TIDAK  termasuk urusan pos