Rabu, 26 September 2012

Tips menyediakan parcel (pos laju atau pos daftar)



Entri ini ditujukan khas buat adik-adik yang belum pernah ada pengalaman menghantar parcel samada kepada customer atau sesiapa pun. Info ini ummu ambik dari blog kaytieze  pembaca blog ummu  jadi namanya ummu tak tukar tetap juga nama penulis blog  yang ummu salin .Terimakasih kepada kaytieze blog.

1. Mula2 kita pilih cara penghantaran samada guna perkhidmatan pos laju atau pos daftar.

2  Pastikan kita bungkus parcel itu dengan teliti, Kalau barang yang nak dihantar itu mudah rosak atau patah, balutlah dengan kertas tebal atau bubble plastik. PIHAK POS TAKKAN BALUTKAN BUNGKUSAN ANDA.

3. Seeloknya gunalah plastik pos laju yang boleh didapati secara percuma (sekarang kena beli, melainkan kita melanggan pos laju ) di pejabat pos (kat tempat kak tie tak ada), atau sampul surat yang sesuai, atau plastik seperti yang Tie tunjukkan di bawah ini. Kalau kita bungkus bentuk kotak, harganya lebih mahal sebab ikut kadar volumetrik.. jadi sumbat jer dalam sampul surat atau plastik, ya... melainkan tiada pilihan.


4. Pastikan ada nama pengirim di sudut kiri , nama , alamat lengkap dan no tel. Tulis dengan jelas nama penerima, alamat lengkap dan no tel, walaupun kita guna pos laju. Tie guna permanent marker untuk nama dan alamat penerima (dan taip nama pengirim dan alamat  atas kertas sticker, sebab malas nak tulis alamat sendiri berkali2)

 5. Ambillah langkah berjaga2 ini.. Kenapa ? Sebab kita tak tahu, malang tak berbau, pihak kerani mungkin tertukar slip @ resit pos laju itu dan tepek pada parcel lain.. terutama bila kita nak hantar lebih dari satu parcel yang semuanya bogel tiada apa-apa maklumat.

6. Kalau boleh elakkan tulis nama pengirim di belakang parcel, kerana ada kemungkinan pihak yang mengurus parcel ini akan keliru (terutama bila guna pos daftar seperti apa yang berlaku pada Tie ... sampai ambil masa lebih 2 minggu baru Tie dapat parcel tu...)

7. Untuk pos daftar, kalau parcel tu kecil, tak muat nak tulis nama pengirim di depan, tulis dalam tulisan lebih kecil di belakang parcel berbanding dengan nama dan alamat penerima di depan.. supaya pihak pengurusan pos dapat bezakan penerima dan pengirim... (ada yang tak tahu bezakan KEPADA dan DARIPADA.... , bangla kot)

Beritahu kat kerani, kita nak guna pos daftar, dia akan beri borang kecik ni, isi info penerima, seperti di bawah ni....

Kerani akan timbang dan tambah nilai guna stamp kiranya beratnya melebihi berat 20gm. Kita bayar kat situ juga.

.
.

Kat belakang borang tadi ada sticker, label dan resit pengeposan. Tulis info penerima di situ juga. Hanya address sahaja, yang lain (ic/tandatangan) akan ditulis oleh penerima bila dia terima parcel ni. Tanggalkan label tu.. dan lekatkan ke parcel/sampul surat sebelah kiri. Biasa kerani yang buat ni. Kalau rasa was2 , beritahulah tak pernah guna perkhidmatan pos daftar...

Yang tertulis RD065XXXXXXMY tu adalah tracking no. Kita boleh check di website POS MALAYSIA. Biasa pos daftar ambil masa 3,4-7 hari untuk sampai. Berbanding dgn poslaju  yang ambil masa 1-2 hari, selewat2nya 3 hari, bergantung kepada tempat dan cuti umum.

8. Untuk parcel lebih besar/berat gunalah poslaju... kalau kita kehabisan sampul surat besar, atau plastik pos laju, gunalah plastik baru, brown paper atau kertas mahjung (putih) tu... janganlah ga una beg plastik yang kita dapat ketika beli sesuatu dari kedai.. maksudnya plastik yang ada chop kedai tersebut...  Penerima mungkin rasa tersinggung bila menerima parcel tersebut, ya laa.. dah bayar harga postage, takkanlah tak boleh cari sesuatu yang sopan untuk membungkus.

9. Akhir sekali Tie ingin mohon maaflah kiranya ada yang terasa hati. Mungkin ada yang tak ambil serius dalam bab parcel ni, tapi sebagai pelanggan @ penerima parcel, dia berhak untuk menerimanya dalam bungkusan yang sedap mata memandang.

20 September 2012

Kak Tie nak tambah sedikit info.. tentang cara nak isi consignment note tu (minta dari kerani pos dulu) dan cara nak track parcel yang kita pos/ atau akan terima...

Mula2 meh tgk consigment note ni..


Nampak tak ? Ni kak tie saja isi ikut suka, sebagai contoh. Jangan pula salah tulis, ya.. kang parcel tu balik kepada kita pulak.. pernah terjadi tau.. haha..  Ruang yang kosong tu biar kerani yang isi. Nanti dia beri kita satu salinan supaya kita boleh check track no dan juga sebagai bukti yang kita dah pos. Kekadang customer nak track no.. supaya senang dia nak standby tunggu posman.

.
.
.

Yang ni no tracking. Boleh check kedudukan parcel kita nanti. Biasanya kita pos pagi.. lewat petang baru pihak pos update. Jangan lak dah pos terus track.. manalah nak jumpa, haha..

.
.
.http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp


Tulis kat dlm petak tu no track.. dan klik .
.
.
.

Ini contoh parcel yang kak tie kirim pada seorang customer.. dia dah terima pon. Biasa ambil masa 1-3 hari bergantung kepada zon address.. Ok.. Harap semuanya clear, ya. Cuma kekadang website ni ada problem, atau tak dapat updates pon... biasalah ni kerja manusia. Ada ketika berlaku kesilapan teknikal dan lain2... Sabor je laa..

Selasa, 25 September 2012

Balas Jasa Ibu..jangan jadi anak seperti cerita di bawah nie..


Jadilh seperti anak dalam gambar atas nie...jangan jadi anak seperti cerita di bawah nie..

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”

Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”

apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.

Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.

Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.

Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu. 
Daripada: http://www.mieneaststar.com

Ahad, 9 September 2012

Rempah Ratus Tangas basah


RM 2 untuk 1 sachet 

 Rahsia menjaga dara dan merapatkan rahim. Boleh digunakan oleh wanita yang belum berkahwin dan yang berkahwin. Ini adalah amalan tradisi menjaga mahkota wanita agar mantap. Herba tangas keluaran kami mengandungi akar kayu dan rempah ratus terpilih yang kini sukar ditemui, kini ia dimudahkan untuk kegunaan anda tanpa perlu berbelanja tinggi dan tak perlu mencari hingga ke ceruk kampung.

Kegunaanya

-Menngurangkan  masalah keputihan
-Merapatkan pintu rahim
-Mengetatkan otot vagina (berkemut)
-Mengurangkan masalah bau
-Menjadikan mahkota wanita sentiasa muda
-Memberikan kepuasan kpd suami 
-Antibakteria dan anti fungus
-mengandungi 40 jenis akar kayu   
-Mengurangkan kesan kencing tak lawas


Cara penggunaan:

1. Bertanggas basah
Rebus  1 uncang Rempah Ratus Tangas  sehingga mendidih dan tuangkan air rebusan ke dalam baldi/periuk tanah.  Boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali ketika haid dan nifas. Air nya boleh dijadikan pencuci setiap hari.Bertangas basah pula menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus. 

Untuk mereka yang berpantang bersalin, mula rawatan selepas hari ke 40 iaitu selepas tangas kering, dan dilakukan sehingga 100 hari. Untuk selepas haid, dilakukan selepas tangas kering juga. Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap dan kejab di bahagian alat sulit. Ia juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. 

Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot saluran sulit dan rahim. Bertangas dibuat dengan selubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan. Lakukan selama 20 minit


Bagi tanggas basah 1 sachet boleh digunakan sebanyak 3 kali.sangat menjimatkan!!!!!!! 

Dapatkan rempah ratus tanggas keluaran srisariherbs daripada kak ummu dengan harga :


 Pos SM : RM 6.00
 POS SS :  RM 10.00.


  BOLEH DIBELI MENGIKUT KUANTITI YANG DIPERLUKAN 


Penghantaran adalah menggunakan pos laju .  Sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya silalah berurusan seperti dibawah  :

 1. Masukkan duit kepada salah satu akaun kak ummu dan ikuti langkah yang seterusnya         


1. CIMB islamic
no akaun : 7608628109
Nama : Muhammad bin sua”ibunaha

2. Maybank
no akaun  : 151240221078
Nama:   fatimah ali

Setelah pembayaran dibuat sila simpan resit (jika ada) dan smskan maklumat anda seperti di bawah ke 0137033819  atau emailkan ke balqis_suai@yahoo.com. Langkah ini penting bagi memastikan produk yang anda pesan sampai ke destinasi.


Nama – Alamat – Produk – Tarikh Bayaran – Masa Bayaran

Khamis, 6 September 2012

Islam Hanya Pada Nama



 Alhamdulillah Ya Allah kerana memberikan kami nikmat kehidupan, nikmat berkeluarga, nikmat untuk berpuasa dan menjamah makanan yang halal, nikmat untuk merasa kebahagiaan, dan pelbagai nikmat-nikmat yang tidak terhingga dan terbilang oleh kami manusia yang lemah. Dan sesungguhnya nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan ini tiadakan dapat dinilai walaupun dengan jutaan ubudiyyah kami kepada-Mu. Apatah lagi dengan kalimah Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah.
Sungguh Islam ini adalah satu anugerah kepada setiap manusia dan hamba Allah yang hidup di dunia ini. Islam itu suci, indah dan penuh kesempurnaan. Dengan melafazkan kalimah syahadah diikuti hati yang percaya akan kewujudan Allah dan Kerasullan Nabi Muhammad s.a.w, seorang individu akan memeluk agama Islam dan menjadi seorang Muslim.
Ramai antara kita pada hari ini dilahirkan memeluk agama Islam taqlidiyyah iaitu secara ikutan daripada nenek moyang mereka. Apabila si ibu dan si ayah adalah Islam, maka secara tidak langsung si anak juga Islam atas dasar 'keturunan'- turun temurun. Antara kita yang ramai ini, siapakah antara kita yang benar-benar memahami Islam, mengamalkan cara hidup Islam, dan meletakkan Islam sebagai satu landasan dan keutamaan dalam hidup kita? Dan antara kita yang ramai ini, siapakah yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t?
Jika kita telah dilahirkan sebagai Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk mencintai Islam, memahami Islam dan berusaha mencapai keimanan dan ketaqwaan. Kenapa kita perlu menjadi orang-orang Beriman dan Bertaqwa? Persoalan dan jawapannya harus datang dari diri kita sendiri dan jauhilah diri kita daripada menjadi golongan munafiq.
Pernah Hamba Allah ditanya oleh beberapa kenalan bukan Islam mengenai Islam dan setiap perlakuan orang-orang Islam yang lain. Ada yang bertanya kenapa itu kenapa ini?. Salah satu soalan yang pernah ditanya oleh kenalan bukan Islam adalah "Kenapa orang Islam tidak suka akan anjing dan budak-budak kecil beragama Islam apabila nampak anjing mereka melontar batu pada anjing tersebut"?
Persoalan yang kita anggap kecil ini mungkin menjadi satu penghalang kepada kenalan bukan Islam untuk mengenali Islam. Setiap haiwan adalah ciptaan Allah s.w.t dan kita perlu menyayangi setiap ciptaanNya, haiwan seperti anjing dan khinzir terdapat larangan-larangan yang digariskan oleh Islam. Namun begitu haiwan-haiwan ini tetap mempunyai haknya yang tersendiri untuk hidup di dunia ini. Kita perlu mendidik anak-anak kita dan generasi sedia ada dan akan datang supaya betul-betul memahami Islam dan mengamalkan cara hidup Islam. Hamba Allah pun bukanlah seorang Ustaz atau alim ulama untuk membicara tentang hukum-hakam namun menjadi tanggungjawab Hamba Allah dan setiap Muslim di luar sana untuk memahami dan mendalami Islam.
Salah seorang kenalan bukan Islam juga yang berbangsa Cina pernah berbual dengan Hamba Allah dan melalui perbualan tersebut dengan secara tidak sengaja Hamba Allah mendapat tahu bahawa kenalan bukan Islam tersebut belum berkahwin (kerana isu peribadi) dan mempunyai tiga orang anak angkat. Ketiga-tiga anak angkat tersebut beragama Islam dan mengaji di sekolah agama dan pondok.
 
Salah seorang anak angkatnya bakal menjadi seorang ustaz tidak lama lagi (InsyaAllah). Kenalan tersebut ada memberitahu bahawa sejak dia mempunyai anak angkat, dia pastikan yang segala duit yang dia ada tidak ada unsur haram (Judi dan sebagainya) kerana pernah ditegur pada awal-awal dia mengenal anak-anak angkat beliau. Anak-anak angkat beliau pernah bertanya "Halal kah duit ini"? Beliau pun bertanya maksud duit halal tersebut dan mengaku ada bermain judi dan beliau tahu mana satu duit judi dan bukan. Anak angkat beliau memberitahu secara ringkas, walaupun jumlah duit haram itu diketahui namun jika duit itu di dalam bank misalannya, duit itu bercampur dengan yang lain dan macam mana dia tahu mana satu duit halal atau haram yang dia keluarkan?
Kenalan tersebut masih belum dibuka hatinya untuk memeluk agama Islam. Hamba Allah bertanya kepadanya sama ada dia berminat akan Islam, dia menjawab Ya tetapi belum ada kekuatan untuk memeluk agama Islam. Hamba Allah doakan beliau mendapat hidayah, dibuka hatinya, dan diberikan kekuatan untuk memeluk agama Islam. Ameen.
Hamba Allah teringat tentang satu perbincangan radio IKIM (Institut Kemajuan Islam Malaysia) tentang seorang Cina yang memeluk agama Islam. Beliau mengatakan "Saya rasa zalim orang-orang Islam sekeliling saya dahulu semasa belum memeluk Islam kerana TIDAK ADA antara mereka yang pernah memberitahu tentang Islam atau mengajak saya untuk masuk Islam. Kalau pun tidak memberitahu atau mengajak, cukuplah kalau mereka menunjukkan perlakuan yang dapat menarik minat saya kepada Islam. Alhamdulillah Allah memberi Hidayah kepada saya dan saya maafkan mereka".
Sebagai Hamba Allah, kita perlu memahami, mendalami, dan mengamalkan cara hidup Islam. Kita perlu bersyukur akan nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t dan menggunakannya sebaik-baiknya. Janganlah kita dustakan nikmat-nikmat yang diberi ini dan haruslah kita menjaga Amanah yang diberi. InsyaAllah.
Kesimpulannya, setiap kita adalah da'ie - Pendakwah. Walaupun kita mungkin buka berlatar belakangkan orang yang belajar agama, namun jadikanlah diri kita orang yang 'membawa agama' dalam kehidupan kita. Sekalipun kecil pada pandangan manusia atas apa yang cuba kita lakukan, sebagai contoh dengan menjaga adab-adab sebagai seorang muslim dalam pelbagai aspek kehidupan seperti ketika makan, ketika tidur dan ketika hendak ke bilik air, InsyaAllah jika kita lakukan semata-mata kerana Allah pasti akan memberi kebaikan kepada kita dan juga orang di sekeliling kita.
Usah kita hanya tahu menuding jari atau melepaskan tanggungjawab dakwah ini hanya pada mereka yang bergelar ustaz, ustazah mahu pun para alim ulama. Sesungguhnya dakwah itu luas. Mengajak kepada kebaikan itu juga dakwah. Berkata baik itu juga dakwah. Berpakaian menutup aurat itu juga dakwah. Hatta senyum itu juga dakwah.
Kenalilah, fahamilah, dalamilah, hayatilah dan amali lah Islam itu dalam kehidupan kita seharian. Usah jadikan diri kita Islam hanya pada nama sahaja.Semoga dengan dakwah sekecil ini dapat dapat melepaskan diri kita dari di soal oleh Allah di akhirat kelak. Dan semoga dengan dakwah sekecil ini melatih diri kita agar istiqamah menjadikan Islam itu sebagai cara hidup kita seharian. Semoga dengan dakwah sekecil ini juga dapat memperlihatkan keindahan Islam itu dan semoga dengannya nanti akan membuka hati-hati sahabat kita yang belum meraih hidayah dan mengakui hanyasanya Islam itu teralu indah! 


Biodata Penulis

Hamba Allah merupakan seorang lelaki yang dilahirkan sebagai seorang Islam, dinamakan Islam, dan dibesarkan di dalam keluarga Islam. Pernah melakukan kesilapan suatu masa dahulu namun mendapat hidayah Allah SWT. Alhamdulillah dan kini berusaha untuk mengamalkan Islam sebagai cara hidupnya. 

Jiwang Karat Bersalut Islamik


Sejak akhir-akhir ni, ramai yang sudah mulai sedar mengenai haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada... Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta "High Class".
Tapi....
Tidak dinafikan adakalanya diri ini naik mual dengan ayat-ayat yang di'post' di alam maya, seperti..
"Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini"
"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Di manakah anda?"
"Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti..."
"Kasih saya hanya untuk suami"
Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di'post' di alam maya.
Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.
Ingatlah... isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.
Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!
 
Kenapa saya titikberatkan hal ini?
Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah an-nur.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
(Surah an-Nur ayat 26)
Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?
Sedangkan Allah telah berfirman lagi:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(Surah al-Ankabut ayat 2)
Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah!

Biodata Penulis

Nur Aimi Liyana Binti Hambali sedang menuntut diUniversiti Islam Antarabangsa dalam jurusan perubatan. Berkongsi karya di http://aimiliyana-itu-ana.blogspot.com/