Rabu, 8 Ogos 2012

SIAPA SOLEH DAPAT SOLEHAH


Kumbang Dan Bunga Sentiasa Bersama




“Jadi soleh atau solehah,
bukan  cari soleh atau solehah”

Cerita ummu pada  kali ini adalah tentang mencari
 calon isteri atau mencari calon suami.Sukar betul
 untuk mencari calon isteri solehah dan mencari
 calon suami yang soleh.Begitu keluhan ramai
lelaki dan wanita pada masakini.Agaknya sukar
mencari gagak putih ditengah gagak hitam.

Sebenarnya mudah , tidak payah susah-susah hendak
diukur ,ditelek,dinilai dan dikaji itu dan ini.Tidak payah
‘meneropong’ iman  dan takwa didada orang orang lain.
Caranya adalah : Jadikan diri kita dahulu calon suami atau
Isteri yang soleh dan solehah.

Kenal pasti dahulu ciri-ciri suami atau isteri yang soleh
dan solehah . Kemudian bina semua ciri itu didalam diri 
Sendiri terlebih dahulu.

Muhasabah pula soal hati,soal  dalaman…..muhasabah iman
dan takwa kita  sendiri.Bisikkan ke hati, apakah aku telah
soleh atau  solehah atau aku masih berusaha menjadi soleh
atau solehah.

Padankan  sifat-sifat orang  yang soleh atau solehah dalam 
diri sendiri .Sudah ada atau belum?. Jawab dengan jujur.
Hai itu sukarkan? Memang sukar. Tetapi jauh lebih mudah
daripada hendak mengukur iman dihati orang lain.

Inilah kaedah yang paling tepat untuk mendapat suami
atau Isteri yang soleh dan solehah.Mungkin ini agak lambat,
tetapi inilah cara yang paling tepat.Kaedah ini ada
kelebihannya.Sebab kunci kejayaan terletak pada diri
kita  sendiri.

Lebih cepat kita  membina sifat-sifat  soleh atau solehah
dalam diri kita……maka lebih cerahlahlah peluang
peluang  untuk mendapat suami yang soleh atau isteri
yang solehah.

Semuanya bermula dengan usaha terhadap diri kita sendiri.

“Perempuan –perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki
Yang baik .Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk
Perempuan yang baik  “  (An-Nur 24: 26)

Wallahu’alam

Tulisan diatas ummu petik dari buku TENTANG CINTA
yang ditulis oleh penulis terkenal  PAHROL MOHD JUOI. 


                  



Selasa, 7 Ogos 2012

Sauna


Apa itu sauna?
Sauna merupakan satu bilik kecil yang merupakan ruang tertutup yang direka khas agar wap terperangkap samada kering atau basah dengan suhu sekitar 60 hingga 100 darjah celcius. Sauna dapat dbahagi kepada dua, sauna konvensional yang memanaskan udara dan sauna infra red yang memanaskan objet. Sauna boleh menggunakan pelbagai bahan bakar seperti arang, karbon dan bahan lain. Tujuan asal penciptaan sauna adalah untuk pemanasan badan, tetapi kini disalah gunakan untuk tujuan pengurusan berat badan.
Keburukan
Sauna boleh jadi bahaya disebabkan pemanasan dan berisiko untuk hipertermia. Kanak-kanak dan orang tua yang ada sakit jantung dan mereka yang menggunakan alkohol atau kokain adalah mereka yang berisiko.Duduk lama di dalam sauna boleh menyebabkan kehilangan elektrolit badan. Risiko dehidrasi boleh menyebabkan strok panas. Risiko-risiko ini boleh diatasi dengan minum jumlah air yang mencukupi. Selepas sauna, adalah penting untuk meminum kembali air yang telah hilang.
Kebaikan Sauna
Banyak sebenarnya kebaikan sauna ini. Antaranya membersihkan kulit. Sauna menyebabkan berpeluh dan mandi selepas sauna boleh membersihkan kulit daripada mandi biasa. Sauna juga meningkatkan perjalanan darah dan oksidasi sel-sek, tisu dan organ. Ini meningkat kemampuan tubuh utuk menghasilkan tenaga yang pada masa sama mempercepat pemulihan. Sauna juga mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet yang banyak menggunakan stamina. Sauna juga didakwa mampu mencegah beberapa penyakit seperti radang sendi disamping ada disyorkan digunakan sebagai rawatan sakit-sakit seperti sakit otot, glaucoma, sindrom keletihan kronik, fibromyalgia, penyembuhan selepas melahirkan anak, diabetis, hipertensi, aterosklerosis hiperlipidemia, anorexia nervosa, meningkatkan aritma jantung dan mengurangkan denyut jantung ketika latihan.
Menurut kajian sauna juga mampu mengurangkan tekanan degan mengurangkan paras hormon adrenalin dan noradrenalina serta meningkatkan paras endorphin beta. Bagaimanapun, ia juga menyebabkan kenaikan substansial dalam ACTH (hormon adrenokortikotropik) dan kortisol disebabkan tekanan hipertermia. Kortisol tetap tinggi walaupun selepas 30 minit di dalam sauna. Menurut kajian sauna juga dapat mengurangkan prostaglandin F2alpha dan melindungi badan dari tekanan oksidasi. Ia dapat meningkatkan pengaktifan monosit terhadap bakteria dan endotoksin.
Kajian juga menunjukkan sauna diikuti dengan mandi air telah dapat mengurangkan rasa sakit pada rheumatoid arthritis di mana rasa sakit dimediasi oleh simpatetik c-fiber peka. Selalu bersauna meningkatkan peredaran mikro yang mengurangkan vasokonstriksi dan hipertensi. Sauna meningkatkan bekalan mikrosirkulasi dan darah ke tempat-tempat terhad disebabkan vasokonstriksi.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa adaptasi sejuk melalui stimulus sejuk seperti berendam dalam air sejuk mempunyai manfaat tambahan utuk meningkatkan kebolehan antioksida badan dengan peningkatan glutathione dan pengurangan asid urik. Paras glutathione memainkan peranan penting dalam kesihatan kardiovaskular, penyakit paru-paru, kencing manis, penyakit radang usus, kanser, osteoporasis, penuaan, penyakit degeneratif neuro, CFS, dan lain-lain. Peningkatan asid urik menjadi faktor untuk gaot, penyakit metabolisme dan penyakit vaskular.
Satu kajian dari Institut Trombosa di London tentang kesan dari mandi sejuk mendapati bahawa sukarelawan yang mengikuti kajian harian mandi sejuk selepas sauna mendapati peningkatan kekebalan sel darah putih dan tahap enzim pencair darah semulajadi meningkat. Ia juga merancang pengeluaran hormon testosteron untuk lelaki dan estrogen untuk perempuan. Ia juga dapat mengurangkan gejala kekejangan otot dan mempengaruhi frekuensi pernafasan. Ini boleh menyebabkan modulasi imunologi dalam pola jenis-TH1, iaitu profil sitoki pro inflamasi. Profil ini terlibat dalam penyakit seperti arthritis, diabetis, myopathies inflamasi, penyakit usus inflamasi, psoriasis, CFS, fibromyalgia, sakit kronik keletihan, penyakit auto imun dan lain-lain keadaan inflamasi. Adaptasi daripada air sejuk mengurangkan jumlah kolesterol dan kolesterol LDL, menurunkan kepekatan plasma dan tekanan darah. Rendam dalam air sejuk mengurangkan masa pemulihan untuk atlet dan meningkatkan prestasi.
Apa yang ummu paparkan tentang sauna  di atas hanyalah info semata-mata.