Salam kepada pengunjung blog , lama ummu tak mecatat ,bukannya apa sibuk dengan bermacam-macam
Rasanya belum terlambat untuk ummu ucapkan selamat menyambut tahun baru Masehi (tahun baru hijrah pada bulan 11).Tahun baru hijarah telah lama berlalu. Apa- apa pun bercakap berkenaaan tahun baru membuka lagi satu lembaran baru dalam hidup. Umur pun semakin meningkat .Kalau diikutkan faktor umur bolehlah dikatakan kubur semakin dekat dan dunia semakin jauh.Tapi kematian datang tak mengira umur. Bila rezeki seseorang itu sudah tiada di atas dunia ini lagi makanya meninggallah orang itu,tidak kiralah tua atau muda.Masuklah ke dalam alam yang lain daripada dunia yang ada sekarang iatiu alam kubur,kalau punya amal kebaikan yang banyak selesalah disana kalau punya banyak kejahatan yang dilakukan sakitlah di alam sana .Muhasabahlah diri .......
Semoga di tahun ini kita semua berazam untuk melakukan banyak kebaikkan berganda-ganda berbanding dengan tahun lepas.Ingatkan kematian lebih banyak berbanding tahun sebelum ini kerana bila nafas berada di halqum tiada berguna lagi taubat anda ,,taubat anda sudah tidak valid lagi . Yang ada hanyalah penyesalan demi penyesalan yang tidak berkesudahan....Wallahualam